PUTRAJAYA: Laporan Penuh Jawatankuasa Khas Siasatan Kes Kematian anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dijangka akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri bulan hadapan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ia berikutan kerajaan telah menerima laporan penuh berkenaan daripada jawatankuasa yang memulakan proses siasatan sejak 21 Dis tahun lepas itu, semalam.
"Laporan Jawatankuasa Khas ini disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu sebelum 31 Ogos 2022.
"Laporan yang disediakan ini telah mengambil kira pelbagai perspektif dan pandangan daripada pakar-pakar yang dilantik dan wakil kementerian, jabatan serta agensi berkaitan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas berkenaan berkata Jawatankuasa Khas itu telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengenal pasti punca kematian termasuklah sesi temu bual saksi-saksi kes dan sesi penelitian dokumen-dokumen siasatan di War Room Jawatankuasa yang diadakan hampir setiap minggu.
Selain itu Wan Junaidi berkata Sesi Rekonstruksi Kejadian juga telah diadakan dengan semua agensi berkaitan bertujuan untuk membuat simulasi kejadian berdasarkan kepada rakaman litar tertutup (CCTV), rakaman-rakaman video serta keterangan daripada saksi-saksi kejadian.
"Adalah menjadi harapan kerajaan, agar laporan ini dapat menjawab persoalan orang ramai berhubung insiden ini.
"Kerajaan juga berharap agar laporan ini dapat dijadikan panduan bagi mengelakkan insiden seumpama ini daripada berulang di masa hadapan," katanya.
Pada 9 Okt tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya berhubung kes kematian Muhammad Adib.
Muhammad Adib yang merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, cedera semasa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov 2018 dan meninggal dunia pada 17 Dis 2018, selepas berjuang untuk hidup selama 21 hari.
Allahyarham dikatakan diserang serta dipukul hingga parah dan jentera bomba dirosakkan selain dua kenderaan lain dibakar dalam rusuhan yang berlaku berikutan perselisihan antara dua kumpulan mengenai isu perpindahan tapak kuil berusia lebih 100 tahun itu.
Prosiding inkues bagi menyiasat kematian Muhammad Adib di Mahkamah Koroner Shah Alam di hadapan Koroner Rofiah Mohamad berlangsung selama 41 hari dan berakhir 24 Julai 2019. Seramai 30 saksi dipanggil dan 137 bahan bukti dikemukakan.
Pada 27 Sept 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib adalah perbuatan jenayah dilakukan lebih dua individu tidak dikenali.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 31 2022
![Laporan penuh siasatan kes kematian Muhammad Adib dibawa ke Kabinet bulan hadapan Laporan penuh siasatan kes kematian Muhammad Adib dibawa ke Kabinet bulan hadapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661935346_tbmuhammadadib.jpg)
Kerajaan telah menerima laporan penuh siasatan kematian Allahyarham Muhammad Adib daripada jawatankuasa yang memulakan proses siasatan sejak 21 Dis tahun lepas itu, semalam. - Gambar fail
![Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719927009_AgendaAWANI.jpg)
Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.
![Pensyarah UM dilantik sebagai penasihat kerajaan Timor-Leste Pensyarah UM dilantik sebagai penasihat kerajaan Timor-Leste](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719931819_TBKhooYingHooi.jpg)
Pensyarah UM dilantik sebagai penasihat kerajaan Timor-Leste
Ying Hooi merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang dilantik secara rasmi sebagai Anggota Dewan Penasihat Antarabangsa (IAC).
![Fahmi persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong kepada Raja Bahrain Fahmi persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong kepada Raja Bahrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719922608_TBFahmiFadzil.jpg)
Fahmi persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong kepada Raja Bahrain
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mempersembahkan Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim kepada Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa.
![KPK cadang semak semula levi untung luar biasa sawit dalam Belanjawan 2025 - Johari KPK cadang semak semula levi untung luar biasa sawit dalam Belanjawan 2025 - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694504905_JohariGhanibahas.jpg)
KPK cadang semak semula levi untung luar biasa sawit dalam Belanjawan 2025 - Johari
KPK bercadang menyemak semula levi keuntungan luar biasa (WPL) ke atas minyak sawit di negara ini dalam pembentangan Belanjawan 2025, seiring dengan harga semasa komoditi itu.
![Rasuah projek lebuh raya: SPRM tahan dua lagi individu Rasuah projek lebuh raya: SPRM tahan dua lagi individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719930946_TBsprm.jpg)
Rasuah projek lebuh raya: SPRM tahan dua lagi individu
Penahanan itu bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai lebih RM1 bilion membabitkan projek lebuh raya di Lembah Klang.
![Polis bongkar taktik sembunyi dadah dalam guni berisi tanah, rampas syabu bernilai RM1.84 juta Polis bongkar taktik sembunyi dadah dalam guni berisi tanah, rampas syabu bernilai RM1.84 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719930571_TBsyabu.jpg)
Polis bongkar taktik sembunyi dadah dalam guni berisi tanah, rampas syabu bernilai RM1.84 juta
Polis berjaya menumpaskan cubaan menyeludup dadah jenis syabu bernilai RM1.84 juta melalui perkhidmatan kurier, selepas menahan sepasang suami isteri di Puchong Jaya, pada 27 Jun.
![Polis kesan tiga individu tipu urusan jual beli tanah Polis kesan tiga individu tipu urusan jual beli tanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714298313_DatukMuhamadZakiH.jpg)
Polis kesan tiga individu tipu urusan jual beli tanah
Polis Kelantan sedang mengesan tiga individu termasuk dua adik-beradik, bagi membantu siasatan berkaitan kes penipuan urusan pembelian sebidang lot tanah.
10 Berita Pilihan - (02 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![PRK Sg Bakap: Kerajaan Perpaduan mampu menang - Ahmad Zahid PRK Sg Bakap: Kerajaan Perpaduan mampu menang - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719929229_AhmadZahidHamidi.jpg)
PRK Sg Bakap: Kerajaan Perpaduan mampu menang - Ahmad Zahid
Kerajaan Perpaduan mampu memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap Sabtu ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
![Pasaran kargo udara global terus kukuh pada Mei - IATA Pasaran kargo udara global terus kukuh pada Mei - IATA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670227180_TBIATA.jpg)
Pasaran kargo udara global terus kukuh pada Mei - IATA
Syarikat pengangkutan dari Amerika Utara mencatatkan pertumbuhan kargo sebanyak 8.7 peratus tahun ke tahun pada Mei dan merupakan yang paling lemah antara semua wilayah.
![Laporan penuh siasatan kes kematian Muhammad Adib dibawa ke Kabinet bulan hadapan Laporan penuh siasatan kes kematian Muhammad Adib dibawa ke Kabinet bulan hadapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661935346_tbmuhammadadib.jpg)
Laporan penuh siasatan kes kematian Muhammad Adib dibawa ke Kabinet bulan hadapan
Kerajaan telah menerima laporan penuh berkenaan daripada jawatankuasa yang memulakan proses siasatan sejak 21 Dis tahun lepas itu, semalam.
![Rotan murid: Ustaz perlu jalani hukuman penjara 6 bulan serta-merta Rotan murid: Ustaz perlu jalani hukuman penjara 6 bulan serta-merta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646728403_TBCourtHammer.jpg)
Rotan murid: Ustaz perlu jalani hukuman penjara 6 bulan serta-merta
Ini berikutan keputusan sebulat suara panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Hanipah Farikullah yang mengembalikan semula hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret Kajang pada 16 Nov 2018.
![Kes Muhammad Adib: JBPM hargai usaha kerajaan tubuh jawatankuasa khas Kes Muhammad Adib: JBPM hargai usaha kerajaan tubuh jawatankuasa khas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/71583136766_DatukMohamadHamdan.jpg)
Kes Muhammad Adib: JBPM hargai usaha kerajaan tubuh jawatankuasa khas
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menghargai usaha kerajaan melalui penubuhan jawatankuasa khas bagi menyiasat punca kematian anggotanya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.
![Allah ada sesuatu yang lebih baik, bekas tunang Adib redha selepas setahun Allah ada sesuatu yang lebih baik, bekas tunang Adib redha selepas setahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/81576590486_najihahradzi.jpg)
"Allah ada sesuatu yang lebih baik", bekas tunang Adib redha selepas setahun
Najihah turut mencatatkan tarikh yang memberi makna besar buatnya iaitu pada 17 Disember 2018 hingga 17 Disember tahun ini.
![Saya boleh simpan Waytha Moorthy sebagai menteri - Tun M Saya boleh simpan Waytha Moorthy sebagai menteri - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-06/61561366671_TBTUNMAHATHIR.jpg)
"Saya boleh simpan Waytha Moorthy sebagai menteri" - Tun M
Januari lepas, Dr Mahathir berkata, beliau akan memutuskan kedudukan Waytha Moorthy menerima laporan penuh inkues kematian Muhammad Adib
![Inkues Kematian Adib: Hormati keputusan Mahkamah Koroner - Guan Eng Inkues Kematian Adib: Hormati keputusan Mahkamah Koroner - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/81569584836_KeputusanInkues.jpg)
Inkues Kematian Adib: Hormati keputusan Mahkamah Koroner - Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berharap semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Koroner Shah Alam, berhubung inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.
![Tunang Adib bersyukur dengan keputusan hari ini Tunang Adib bersyukur dengan keputusan hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/61569559312_TBINKUESADIB.jpg)
Tunang Adib bersyukur dengan keputusan hari ini
Nurul Najihah keluar dari mahkamah dalam keadaan menangis sambil dipimpin oleh seorang wanita.
![Keputusan ini yang ditunggu keluarga - Abang Muhammad Adib Keputusan ini yang ditunggu keluarga - Abang Muhammad Adib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/51569561000_TBINKUESADIB.jpg)
Keputusan ini yang ditunggu keluarga - Abang Muhammad Adib
Mohd Asraf Mohd Kassim, abang kepada Muhammad Adib
![Keputusan inkues Adib diumum hari ini Keputusan inkues Adib diumum hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/71566441668_INKUESADIB.jpg)
Keputusan inkues Adib diumum hari ini
Prosiding perbicaraan inkuiri kematian anggota bomba dan penyelamat (JPBM) Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim bermula 11 Februari lalu.
![27 September tarikh keputusan inkues Adib 27 September tarikh keputusan inkues Adib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/71566441668_INKUESADIB.jpg)
27 September tarikh keputusan inkues Adib
Koroner Rofiah Mohamad menetapkan tarikh tersebut selepas mendapati tiada lagi keperluan untuk prosiding inkues itu diteruskan selepas prosiding tersebut ditutup pada 24 Julai lepas.