KUALA LUMPUR: Pencapaian Projek Naik Taraf dan Baik Pulih Bangunan Parlimen yang sepatutnya mengambil tempoh enam tahun mengalami kelambatan siap hingga 14 tahun mengambil kira projek fasa 2C(ii) yang dijadualkan siap berdasarkan kontrak pada 2025.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 1, pengukuran keberhasilan keseluruhan projek yang bermula pada 2011 itu, belum dapat dinilai sepenuhnya kerana fasa 2C(ii) melibatkan skop kerja naik taraf dan baik pulih Blok Menara serta penyediaan tempat letak kenderaan bertingkat yang masih dalam fasa pelaksanaan.
"Secara keseluruhannya, pengurusan Projek Naik Taraf dan Baik Pulih Bangunan Parlimen Malaysia adalah memuaskan dengan enam fasa telah disiapkan dan satu fasa dalam pelaksanaan," menurut laporan itu.
Laporan itu memaklumkan semakan audit mendapati perubahan skop kerja yang banyak atas permintaan pelanggan dan teknikal turut menyumbang kepada peningkatan kos siling berjumlah RM106.10 juta (20.4 peratus) daripada RM520 juta kepada RM626.10 juta.
Prestasi kewangan projek juga menunjukkan perbelanjaan hingga 31 Dis 2021 adalah berjumlah RM468.45 juta (74.8 peratus) berbanding peruntukan terkini berjumlah RM626.10 juta.
Selain itu, terdapat kelemahan dari segi pengurusan projek seperti pengurusan nilai, pengurusan kontrak dan perolehan, serta tadbir urus pembangunan sistem Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kontrak kerja yang memerlukan perhatian daripada pihak pengurusan untuk tindakan penambahbaikan.
Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dan memastikan tidak berulang pada masa hadapan, pihak Audit mengesyorkan Jabatan Kerja Raya (JKR) memastikan tadbir urus dan pemantauan menyeluruh serta berkesan supaya pelaksanaan projek berjaya dicapai mengikut objektif yang ditetapkan.
Selain itu, Parlimen dan JKR perlu memastikan pengurusan pembangunan sistem ICT dirujuk kepada pihak yang berautoriti bagi memelihara keperluan, kepentingan dan keselamatan ICT sektor awam.
"Parlimen juga perlu memastikan perolehan aset memfokuskan kepada penggunaan aset yang optimum dan dimanfaatkan sepenuhnya," menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022
![Laporan audit: Projek naik taraf, baik pulih bangunan Parlimen lambat siap hingga 14 tahun Laporan audit: Projek naik taraf, baik pulih bangunan Parlimen lambat siap hingga 14 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658155368_BangunanParlimen.jpg)
Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dan memastikan tidak berulang pada masa hadapan, pihak Audit mengesyorkan Jabatan Kerja Raya (JKR) memastikan tadbir urus dan pemantauan menyeluruh. - Gambar fail
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![KKDW sedia bincang dengan PETRA berkaitan isu air di Sabah, Sarawak KKDW sedia bincang dengan PETRA berkaitan isu air di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721037873_tbbuburasyura.jpg)
KKDW sedia bincang dengan PETRA berkaitan isu air di Sabah, Sarawak
Perbincangan itu dilihat sebagai usaha mencari jalan penyelesaian terbaik dan berkesan bagi memastikan rakyat menikmati bekalan air bersih.
![LKAN: Proses perolehan LCS merujuk pembinaan terdahulu - Mohamed Khaled LKAN: Proses perolehan LCS merujuk pembinaan terdahulu - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719218102_KhaledNordin.jpg)
LKAN: Proses perolehan LCS merujuk pembinaan terdahulu - Mohamed Khaled
Laporan Ketua Audit Negara berhubung proses pelaksanaan perolehan LCS yang dikatakan berada pada tahap rendah adalah merujuk kepada status pembinaan terdahulu.
!['HRD Corp tak rugi batal pembelian Menara Ikhlas' - Laporan 'HRD Corp tak rugi batal pembelian Menara Ikhlas' - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720333130_HRDcorp.jpg)
'HRD Corp tak rugi batal pembelian Menara Ikhlas' - Laporan
Pengurusan HRD Corp memaklumkan bahawa firma guaman telah memulangkan deposit berjumlah RM120 juta bersama faedah sebanyak RM3.2 juta kepada pihaknya.
![Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718955416_KhairyJamaluddin.jpg)
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
![Isu HRD Corp: KESUMA diminta bentang penemuan juruaudit bebas pada PAC Isu HRD Corp: KESUMA diminta bentang penemuan juruaudit bebas pada PAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720667410_TBMASERMIEYATI.jpg)
Isu HRD Corp: KESUMA diminta bentang penemuan juruaudit bebas pada PAC
PAC mahu KESUMA membentangkan penemuan dan dapatan hasil audit bebas terhadap HRD Corp pada September ini.
![Isu HRD Corp: 6 individu tiba di SPRM untuk beri keterangan Isu HRD Corp: 6 individu tiba di SPRM untuk beri keterangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51664010181_HishamuddinHashim.jpg)
Isu HRD Corp: 6 individu tiba di SPRM untuk beri keterangan
SPRM menjangkakan 10 individu daripada HRD Corp dan Kementerian Sumber Manusia dijadual diambil keterangan mereka hari ini.
![Isu HRD Corp: Kementerian Sumber Manusia pertimbang buat laporan polis Isu HRD Corp: Kementerian Sumber Manusia pertimbang buat laporan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720657975_tbStevenSimChee.jpg)
Isu HRD Corp: Kementerian Sumber Manusia pertimbang buat laporan polis
Setakat ini, laporan telah dibuat kepada SPRM dan kementerian itu juga melaksanakan audit bebas oleh pihak ketiga ke atas HRD Corp.
![Isu HRD Corp hangatkan sesi perbahasan Dewan Rakyat Isu HRD Corp hangatkan sesi perbahasan Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51656223348_TBHRDCorp.jpg)
Isu HRD Corp hangatkan sesi perbahasan Dewan Rakyat
Isu tadbir urus HRD Corp menghangatkan sesi perbahasan usul laporan itu pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.
![HRD Corp: Siasatan SPRM menjurus kepada elemen jenayah HRD Corp: Siasatan SPRM menjurus kepada elemen jenayah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720333130_HRDcorp.jpg)
HRD Corp: Siasatan SPRM menjurus kepada elemen jenayah
Fokus utama siasatan SPRM adalah menjurus kepada elemen-elemen jenayah yang tertakluk di bawah Akta SPRM 2009.
![SPRM mula siasatan, 'kunjungi' pejabat HRD Corp, Kesuma untuk teliti dokumen SPRM mula siasatan, 'kunjungi' pejabat HRD Corp, Kesuma untuk teliti dokumen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720257923_hrdcorp.jpg)
SPRM mula siasatan, 'kunjungi' pejabat HRD Corp, Kesuma untuk teliti dokumen
SPRM mengesahkan sudah memulakan siasatan berhubung dakwaan salah guna dana membabitkan syarikat Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp).