PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini berkata laporan berita yang mengatakan seramai 1,684 penunggang p-hailing maut dalam masa sembilan bulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020 adalah tersalah tafsir tanpa sengaja.
Menurut hantaran MOT di laman Facebook hari ini, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong ketika Kempen Keselamatan P-Hailing pada 9 April lepas (2021) tidak merujuk dua pertiga daripada keseluruhan angka 2,576 kematian jalan raya melibatkan penunggang p-hailing secara spesifik.
P-hailing ialah perkhidmatan penghantaran barangan dan makanan menggunakan motosikal.
MOT dalam hantaran itu turut menyiarkan petikan Wee pada kempen itu: "Walaupun dilaksanakan PKP, kematian tetap 12 sehari, dan jumlah ini tidak kecil. Jadi 60 peratus ke atas, hampir dua pertiga adalah penunggang motosikal secara umum, tapi bayangkan pada tahun lepas siapa yang banyak menggunakan jalan ketika PKP, adalah mereka yang terlibat di dalam 'essential services'. Penghantaran makanan adalah 'essential service'."
MOT berkata pihaknya mengambil maklum mengenai mesej tular tentang angka kematian penunggang p-hailing yang diterbitkan oleh portal berita, media sosial termasuk aplikasi WhatsApp.
"MOT berharap laporan berita termasuk tangkap layar berkaitan angka yang tidak tepat dihentikan daripada terus disebarkan bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai," kata kementerian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 20 2021
![Laporan 1,684 penunggang p-hailing maut ketika PKP tersalah tafsir - MOT Laporan 1,684 penunggang p-hailing maut ketika PKP tersalah tafsir - MOT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612340984_MenteriPengangkutan.jpg)
MOT berkata pihaknya mengambil maklum mengenai mesej tular tentang angka kematian penunggang p-hailing yang diterbitkan oleh portal berita, media sosial termasuk aplikasi WhatsApp. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![CAP minta Kementerian Pengangkutan ambil langkah lebih ketat kurangkan kemalangan CAP minta Kementerian Pengangkutan ambil langkah lebih ketat kurangkan kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718185949_MohideenAbdulKader.jpg)
CAP minta Kementerian Pengangkutan ambil langkah lebih ketat kurangkan kemalangan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berharap Kementerian Pengangkutan dapat mengambil langkah keselamatan lebih cekap dan ketat bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di seluruh negara.
![MOT, JPJ akan bincang aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasi mySIKAP MOT, JPJ akan bincang aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasi mySIKAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736923748_tbAnthonyLokeSiew.jpg)
MOT, JPJ akan bincang aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasi mySIKAP
Anthony Loke berkata, ia juga bagi mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.
![Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707444726_TBPLUSjpg.jpg)
Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina
Kenderaan barangan dilarang berada di atas jalan raya selama empat hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.
![Perkukuh kesedaran keselamatan jalan raya menerusi kempen berterusan - Hasbi Perkukuh kesedaran keselamatan jalan raya menerusi kempen berterusan - Hasbi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736850796_TBMMSDA.jpg)
Perkukuh kesedaran keselamatan jalan raya menerusi kempen berterusan - Hasbi
Kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mematuhi peraturan jalan raya perlu diperkukuhkan melalui pendidikan dan kempen secara berterusan.
![MOT tiada kompromi, sifar toleransi isu integriti - Loke MOT tiada kompromi, sifar toleransi isu integriti - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71735812746_sidangmediaanthon.jpg)
MOT tiada kompromi, sifar toleransi isu integriti - Loke
Kementerian Pengangkutan (MOT) mengamalkan pendekatan tiada kompromi dan sifar toleransi terhadap isu integriti melibatkan pegawai penguat kuasa di bawah kementerian itu, kata Menterinya Anthony Loke.
![MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736494161_tbAnthonyLoke.jpg)
MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini.
![SPRM tahan lapan suspek tawar kelulusan lesen kenderaan perdagangan SPRM tahan lapan suspek tawar kelulusan lesen kenderaan perdagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736334182_sprmbernama.jpg)
SPRM tahan lapan suspek tawar kelulusan lesen kenderaan perdagangan
Lapan individu termasuk pengarah sebuah agensi di bawah sebuah kementerian selain tiga pengarah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu.
![MOT cadang tarif elektrik khas untuk sektor pengangkutan awam MOT cadang tarif elektrik khas untuk sektor pengangkutan awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736256245_AnthonyLokeSiew.jpg)
MOT cadang tarif elektrik khas untuk sektor pengangkutan awam
Kementerian Pengangkutan mencadangkan tarif elektrik khas bagi sektor pengangkutan awam bagi mengurangkan beban pengusaha.
![Anggota JPJ bakal guna kamera badan, tingkat ketelusan penguatkuasaan - Loke Anggota JPJ bakal guna kamera badan, tingkat ketelusan penguatkuasaan - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736146064_TBANTHONYMOT.jpg)
Anggota JPJ bakal guna kamera badan, tingkat ketelusan penguatkuasaan - Loke
Inisiatif ini secara tidak langsung dapat mengelakkan anggota JPJ daripada dicemuh masyarakat kerana mereka mempunyai bukti ketika bertugas di lapangan.
![Tindakan bersepadu banteras isu kenderaan berat bawa muatan berlebihan - Loke Tindakan bersepadu banteras isu kenderaan berat bawa muatan berlebihan - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735807484_makantengahhari.jpg)
Tindakan bersepadu banteras isu kenderaan berat bawa muatan berlebihan - Loke
Isu keselamatan kenderaan berat yang membawa muatan berlebihan akan cuba diselesaikan dengan pemerkasaan tindakan bersepadu termasuk meneliti aspek perundangan.