Penduduk di sekitar perkampungan Tanduo, termasuk di kawasan Felda Sahabat diminta segera melaporkan kepada pihak berkuasa jika mengetahui tentang kehadiran pendatang tanpa izin (Pati) atau orang yang mencurigakan di kawasan itu.
Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) DCP Datuk Abdul Rashid Harun berkata mereka boleh menyalurkan maklumat itu ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Esscom yang beroperasi 24 jam di talian 089-863181 atau faks 089-863182.
"Kita sering mendengar khabar-khabar angin kononnya gelombang kedua pencerobohan pengganas Sulu akan berlaku. Walaupun ia tidak benar namun kita tidak boleh leka, sebaliknya sentiasa bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
"Dalam hal ini, kerjasama semua pihak termasuk penduduk pesisir pantai sekitar Tanduo dan anggota polis bantuan Felda amat penting bagi membantu pihak keselamatan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.
Abd Rashid berkata demikian ketika berucap pada majlis pertemuan (engagement) Esscom bersama anggota polis bantuan Felda di Felda Sahabat 3, hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Esscom Ruji Ubi dan Pengurus Besar Felda Wilayah Sabah Timur Sharuddin Amin.
Abd Rashid mahu anggota polis bantuan di kawasan Felda Sahabat menjadi mata dan telinga kerajaan untuk menyalurkan maklumat khususnya yang berkaitan dengan kehadiran Pati atau kemasukan penjenayah yang menyamar sebagai orang tempatan.
Beliau turut menyeru para anggota polis bantuan supaya terus membudayakan amalan integriti dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan di lapangan.
"Jangan pula timbul situasi 'Harapkan pagar, pagar makan padi'. Jangan takut atau bimbang tindakbalas pihak tertentu apabila memberikan maklumat kepada anggota keselamatan...kita tidak berkompromi terhadap mana-mana pihak yang bersekongkol dengan Pati atau penjenayah rentas sempadan," katanya.
Abd Rashid berkata insiden Tanduo dan Kg Simunul, Semporna telah membuka mata semua pihak terutama rakyat tempatan yang cintakan keamanan, dan berharap sejarah hitam itu tidak berulang.
Walaupun peristiwa itu berlaku hampir dua tahun lepas, namun tragedi pertempuran Tanduo, yang menyaksikan 10 anggota keselamatan negara terkorban manakala sekitar 68 pengganas ditembak mati, masih segar dalam ingatan jutaan rakyat negara ini.
Ridzal Abdullah
Wed Feb 18 2015
![Lapor segera kehadiran orang yang mencurigakan - Esscom Lapor segera kehadiran orang yang mencurigakan - Esscom](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/41414298247_295x200.jpg)
Abd Rashid mahu anggota polis bantuan di kawasan Felda Sahabat menjadi mata dan telinga kerajaan untuk menyalurkan maklumat
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![ESSCom sedia beri kerjasama penuh dengan Nadma hadapi bencana ESSCom sedia beri kerjasama penuh dengan Nadma hadapi bencana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/81478515917_EsssCom.jpg)
ESSCom sedia beri kerjasama penuh dengan Nadma hadapi bencana
Itu termasuk kesediaan menggerakkan keanggotaan serta aset-aset ESSCom yang diperlukan sepanjang tempoh kerjasama seperti ketika aktiviti dan latihan amali dijalankan oleh Nadma.
![Perintah berkurung di ESSZone dilanjutkan sehingga 13 Dis Perintah berkurung di ESSZone dilanjutkan sehingga 13 Dis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/81475306233_PolisSabah.jpg)
Perintah berkurung di ESSZone dilanjutkan sehingga 13 Dis
Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah di Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) yang berakhir hari ini, akan dilanjutkan sehingga 13 Dis, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashi
![Esscom patahkan beberapa cubaan jenayah rentas sempadan Esscom patahkan beberapa cubaan jenayah rentas sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/81475306233_PolisSabah.jpg)
Esscom patahkan beberapa cubaan jenayah rentas sempadan
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berjaya mematahkan beberapa cubaan penjenayah rentas sempadan untuk melakukan jenayah termasuk penculikan untuk wang tebusan, tahun ini.
![Mangsa culik di perairan Pulau Gaya dibebaskan - Polis Sabah Mangsa culik di perairan Pulau Gaya dibebaskan - Polis Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/81475306233_PolisSabah.jpg)
Mangsa culik di perairan Pulau Gaya dibebaskan - Polis Sabah
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata mangsa sekarang berada di Lahad Datu bersama pihak polis.
![Mangsa culik adalah warga Filipina, miliki dokumen IMM13 - Polis Sabah Mangsa culik adalah warga Filipina, miliki dokumen IMM13 - Polis Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/71459755043_DatukAbdulRashid.jpg)
Mangsa culik adalah warga Filipina, miliki dokumen IMM13 - Polis Sabah
Polis Sabah mengesahkan tiga kru kapal nelayan yang diculik di perairan Pulau Pom Pom, Semporna malam tadi adalah warga Filipina.
![Perintah berkurung ESSZone dilanjutkan hingga 22 Julai Perintah berkurung ESSZone dilanjutkan hingga 22 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81459676036_AbdulRashidHarun.jpg)
Perintah berkurung ESSZone dilanjutkan hingga 22 Julai
Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah di Esszone yang berakhir hari ini, akan dilanjutkan sehingga 22 Julai, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun.
![Bekas mangsa culik Abu Sayyaf dijadual pulang ke Sarawak pagi esok - Polis Bekas mangsa culik Abu Sayyaf dijadual pulang ke Sarawak pagi esok - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/71459755043_DatukAbdulRashid.jpg)
Bekas mangsa culik Abu Sayyaf dijadual pulang ke Sarawak pagi esok - Polis
Proses mengambil keterangan daripada kesemua mangsa untuk dokumentasi hampir selesai dan proses membawa mereka pulang akan diuruskan pihak polis.
![Perintah berkurung di ESSZone dilanjut hingga 3 Mei - Pesuruhjaya Polis Sabah Perintah berkurung di ESSZone dilanjut hingga 3 Mei - Pesuruhjaya Polis Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/51451125749_ESSZONE.jpg)
Perintah berkurung di ESSZone dilanjut hingga 3 Mei - Pesuruhjaya Polis Sabah
Abdul Rashid berkata perintah berkurung berkenaan membabitkan kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.
![Culik: Polis Sabah akan ambil keterangan kru kapal warga Indonesia yang selamat Culik: Polis Sabah akan ambil keterangan kru kapal warga Indonesia yang selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/51459744134_anand.jpg)
Culik: Polis Sabah akan ambil keterangan kru kapal warga Indonesia yang selamat
Mereka dilaporkan diculik kumpulan bersenjata yang dipercayai memintas kapal tunda mereka, ketika dalam perjalanan dari Filipina ke Indonesia.
![Polis tunggu laporan penuh identiti kumpulan culik empat rakyat Malaysia di Sabah Polis tunggu laporan penuh identiti kumpulan culik empat rakyat Malaysia di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/71459755043_DatukAbdulRashid.jpg)
Polis tunggu laporan penuh identiti kumpulan culik empat rakyat Malaysia di Sabah
Polis masih menunggu laporan penuh berhubung identiti kumpulan yang bertanggungjawab menculik empat rakyat Malaysia dalam kejadian di sempadan Pulau Ligitan, Semporna, Jumaat lalu.