Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berjaya mematahkan beberapa cubaan penjenayah rentas sempadan untuk melakukan jenayah termasuk penculikan untuk wang tebusan, tahun ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata kejayaan itu merupakan kerjasama antara Esscom dan semua agensi keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).
"Dengan kerjasama daripada Esscom, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, kita dapat mematahkan beberapa cubaan (penjenayah untuk lakukan jenayah rentas sempadan).
"Dengan kehadiran anggota keselamatan di kawasan perairan, ia juga memberi satu bentuk pencegahan yang baik...kita tahu mereka (penjenayah) cuba nak masuk tetapi mereka tidak dapat apabila melihat kehadiran anggota keselamatan di kawasan perairan," katanya.
Abdul Rashid berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Hari Sukan Negara peringkat Ibu Pejabat Kontinjen Sabah yang disertai kira-kira 800 anggota dan pegawai polis bersama pasangan dan anak masing-masing, di sini hari ini.
Menurutnya kejayaan berkenaan merupakan hasil kerjasama rapat secara bersepadu antara semua agensi keselamatan yang terdapat di Esszone yang sering bertemu dan berbincang untuk membendung masalah keselamatan di kawasan berkenaan.
"Ini peranan kami. Saya menyeru masyarakat untuk memberikan sepenuh kerjasama dalam menyampaikan sebarang maklumat berkaitan dengan keselamatan sebab tanpa kerjasama daripada masyarakat, amat sukar bagi kami untuk bertindak," katanya.
Sementara itu, Abdul Rashid mengingatkan golongan nelayan termasuk persatuan-persatuan nelayan agar memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak agensi keselamatan di kawasan Esszone bagi memastikan keselamatan mereka sentiasa terjamin.
Merujuk kepada kes penculikan terbaharu baru-baru ini, Abdul Rashid berkata bot nelayan terbabit tidak mempunyai Sistem Pengesanan Automatik (AIS) untuk berkomunikasi serta masih menggaji pekerja yang tiada dokumen pengenalan diri.
"Dia tidak minta pun permit pengecualian perintah berkurung. Jadi kenapa jadi begini? Kerjasama daripada para nelayan ini mustahak untuk kepentingan bersama," katanya.
Mengenai tindakan agresif pasukan keselamatan negara Filipina dalam memburu kumpulan pengganas di selatan negara itu, Abdul Rashid berkata pasukan keselamatan di Esszone sentiasa peka dengan perkembangan itu.
Katanya polis Sabah sentiasa mengambil serius apa juga yang berlaku di negara jiran dan anggota perisikan Malaysia dan Filipina juga sentiasa bekerjasama bagi berkongsi maklumat risikan berkaitan keselamatan.
Bernama
Sat Oct 08 2016

ABDUL RASHID: Saya menyeru masyarakat untuk memberikan sepenuh kerjasama dalam menyampaikan sebarang maklumat berkaitan dengan keselamatan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

ESSCom sedia beri kerjasama penuh dengan Nadma hadapi bencana
Itu termasuk kesediaan menggerakkan keanggotaan serta aset-aset ESSCom yang diperlukan sepanjang tempoh kerjasama seperti ketika aktiviti dan latihan amali dijalankan oleh Nadma.

Perintah berkurung di ESSZone dilanjutkan sehingga 13 Dis
Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah di Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) yang berakhir hari ini, akan dilanjutkan sehingga 13 Dis, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashi

Esscom patahkan beberapa cubaan jenayah rentas sempadan
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berjaya mematahkan beberapa cubaan penjenayah rentas sempadan untuk melakukan jenayah termasuk penculikan untuk wang tebusan, tahun ini.

Mangsa culik di perairan Pulau Gaya dibebaskan - Polis Sabah
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata mangsa sekarang berada di Lahad Datu bersama pihak polis.

Mangsa culik adalah warga Filipina, miliki dokumen IMM13 - Polis Sabah
Polis Sabah mengesahkan tiga kru kapal nelayan yang diculik di perairan Pulau Pom Pom, Semporna malam tadi adalah warga Filipina.

Perintah berkurung ESSZone dilanjutkan hingga 22 Julai
Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah di Esszone yang berakhir hari ini, akan dilanjutkan sehingga 22 Julai, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun.

Bekas mangsa culik Abu Sayyaf dijadual pulang ke Sarawak pagi esok - Polis
Proses mengambil keterangan daripada kesemua mangsa untuk dokumentasi hampir selesai dan proses membawa mereka pulang akan diuruskan pihak polis.

Perintah berkurung di ESSZone dilanjut hingga 3 Mei - Pesuruhjaya Polis Sabah
Abdul Rashid berkata perintah berkurung berkenaan membabitkan kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Culik: Polis Sabah akan ambil keterangan kru kapal warga Indonesia yang selamat
Mereka dilaporkan diculik kumpulan bersenjata yang dipercayai memintas kapal tunda mereka, ketika dalam perjalanan dari Filipina ke Indonesia.

Polis tunggu laporan penuh identiti kumpulan culik empat rakyat Malaysia di Sabah
Polis masih menunggu laporan penuh berhubung identiti kumpulan yang bertanggungjawab menculik empat rakyat Malaysia dalam kejadian di sempadan Pulau Ligitan, Semporna, Jumaat lalu.