Orang ramai diminta melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya mendapati mana-mana pihak atau individu mempergunakan nama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) untuk kepentingan mereka sendiri.
Pengerusinya Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata sejak dua bulan lepas pihaknya telah membuat tiga laporan polis mengenai penyalahgunaan nama, logo dan akronim PUNB.
Pihaknya mengenal pasti tiga kes iaitu akaun Facebook bernama Pinjaman PUNB dan koperasi diberi nama KPUNB yang menawarkan pelbagai pinjaman, dengan yang terbaharu syarikat bernama Kongsi Makan Sdn Bhd menjalankan konsep pelaburan francais menggunakan nama PUNB.
"Saya kesal, dan menegaskan bahawa PUNB tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan ketiga-tiga entiti yang saya sebutkan tadi. PUNB juga tidak pernah melantik mana-mana ejen atau wakil menjadi perantara untuk mendapatkan pinjaman," katanya ketika berucap merasmikan Pejabat PUNB Melaka di Ayer Keroh di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif PUNB Datuk Azhar Ahmad.
Pada sidang akhbarnya pula, Mohd Ali berkata kejadian seperti itu memberikan imej yang tidak baik kepada PUNB, malah lebih menyedihkan apabila ada yang hilang wang ringgit akibat menjadi mangsa kepada kegiatan tersebut.
Beliau berkata PUNB membuka pintu seluas-luasnya kepada orang ramai untuk memohon pinjaman perniagaan secara terus kepada perbadanan itu, dan orang ramai hanya perlu terus ke pejabat cawangan PUNB berhampiran untuk mengemukakan permohonan.
Sementara itu, beliau berkata PUNB dengan kerjasama Maybank Islamic telah membangunkan skim baharu, SME PUNB Property Financing-i, bagi membolehkan usahawan Bumiputera membeli dan memiliki hartanah seperti rumah kedai, lot kedai dan kedai pejabat.
Melalui skim itu, usahawan Bumiputera hanya perlu mengeluarkan lima peratus nilai belian hartanah antara RM500,000 dan RM2.5 juta, manakala tempoh pembiayaan sehingga 20 tahun dengan dua tahun tempoh bernafas. (tempoh tidak bayar ansuran bulanan)
"Skim ini terbuka kepada ushawan Bumiputera, dan PUNB menyediakan jaminan 25 peratus daripada jumlah pembiayaan hartanah atau maksimum RM250,000 kepada Maybank Islamic.
"Justeru untuk tujuan ini PUNB memperuntukkan RM15 juta dengan sasaran 60 unit hartanah tahun ini dan 14 permohonan sedang dalam proses oleh pihak Maybank," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Ali berkata untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun ini sebanyak RM9.4 juta pinjaman diluluskan kepada 26 syarikat di Melakai, dan menyasarkan meluluskan pinjaman berjumlah RM10.1 juta kepada 39 syarikat lagi di negeri ini tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2017
MOHD ALI: Kejadian seperti itu memberikan imej yang tidak baik kepada PUNB, malah lebih menyedihkan apabila ada yang hilang wang ringgit akibat menjadi mangsa kepada kegiatan tersebut. - Gambar fail
Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang
Menurut, Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr. Safiah Omar hutang boleh menjadi alat untuk memperoleh dana yang diperlukan tetapi pergantungan yang berlebihan boleh membawa kepada masalah kewangan jangka panjang, termasuk beban hutang yang tinggi serta mendorong kepada ketidakstabilan ekonomi
Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang
Langkah ini dilakukan dalam usaha mengekang penipuan perbankan dalam talian, serta mencegah penipuan yang cuba meningkatkan had pemindahan transaksi.
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar
Negara-negara yang mempunyai hutang yang tinggi sering menghadapi kesukaran untuk membayar semula hutang.
Prabayar Siswa: KPT sambut baik pengumuman pakej rahmah
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik pengumuman Kementerian Komunikasi yang menawarkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30 dengan permulaan data minimum sebanyak 30GB untuk tempoh sah laku selama 180 hari.
George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.
Generatif AI berpotensi besar dalam sektor kewangan negara - Pakar
Generatif AI meningkatkan kecekapan dan keselamatan sektor kewangan Malaysia melalui analisis data yang cepat dan pengesanan penipuan. Namun, menurut pakar, pelaburan dalam teknologi dan keselamatan siber adalah kunci untuk kejayaan ini.
Aerotrain KLIA beroperasi semula awal tahun depan
Kementerian Pengangkutan berkata, langkah itu selaras dengan pelan penggantian Aerotrain di Terminal 1, KLIA yang dijadual siap sepenuhnya pada 31 Januari 2025.
Pemberian insentif, anak pokok Musang King perkukuh penanaman durian
Pemberian insentif kepada petani bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran buah-buahan tempatan bagi tujuan eksport dan mengurangkan kebergantungan import buah-buahan.
KKM ingatkan APHM tumpu kepada pay for outcome
Pemilik dan pemain industri kesihatan swasta khususnya Persatuan Hospital Swasta (APHM) mengambil kira menyediakan perkhidmatan untuk menampakkan hasil dan bukan menyediakan perkhidmatan tertumpu kepada kemudahan semata.
Lapor jika ada pihak perguna nama PUNB - Mohd Ali Rustam
Orang ramai diminta melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya mendapati mana-mana pihak atau individu mempergunakan nama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) untuk kepentingan sendiri.