KUALA TERENGGANU: Lapan sekeluarga nyaris maut dalam kejadian kepala air ketika mandi di Lata Payong, Sungai Tong, Setiu dekat sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Setiu ASP Burhanuddin Mustafa berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian daripada Balai Bomba dan Penyelamat Setiu pada 5.20 petang memaklumkan terdapat beberapa mangsa terperangkap.
"Semasa kejadian, satu keluarga dari Petaling Jaya, Selangor terdiri daripada tiga lelaki, empat wanita dan seorang kanak-kanak sedang melakukan aktiviti riadah di lata itu, sebelum berlaku fenomena kepala air.
"Tiga mangsa iaitu pasangan suami isteri dan kanak-kanak yang merupakan anak saudara mereka telah lari ke tebing sungai dan terperangkap di situ," katanya dalam kenyataan hari ini.
Burhanuddin berkata kesemua mangsa yang terperangkap telah diselamatkan oleh pasukan bomba selain dibantu penduduk kampung berhampiran kira-kira 6.10 petang.
Beliau berkata berdasarkan pemeriksaan awal, kesemua mangsa didapati tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Orang ramai dinasihatkan tidak berkunjung ke kawasan rekreasi air terjun dan sungai terutama semasa perubahan cuaca yang tidak menentu dan berisiko berlakunya bencana," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024

Lapan sekeluarga nyaris maut dalam kejadian kepala air ketika mandi di Lata Payong, Sungai Tong, Setiu petang semalam. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

8 sekeluarga nyaris maut dalam nahas dua kenderaan di Kepala Batas
Kemalangan berlaku apabila jip jenis Isuzu D'max yang dipandu lelaki berusia 29 tahun itu hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.