KUALA LUMPUR: Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara malam tadi.
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan, yang dijalankan mengikut istiadat pengebumian tradisi tentera laut dengan dihadiri ribuan ahli keluarga, kenamaan serta sanak saudara yang hadir memberi penghormatan buat kali terakhir.
Terdahulu, proses bedah siasat terhadap 10 mangsa berkenaan yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak selesai pada 2.20 petang Rabu dengan jenazah mangsa beragama Islam dibawa ke Kem Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Ipoh untuk solat jenazah.
Jenazah Pegawai Memerintah Skuadron 503 Komander Muhammad Firdaus Ramli, 44, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, di Pulau Pinang malam ini yang turut dihadiri Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayub.
Van membawa jenazah Muhammad Firdaus tiba di masjid itu pada 7.41 malam selepas disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi ketenteraan di kem berkenaan kira-kira 6 petang tadi.
Jenazah juruterbang TLDM Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Zainal Abidin, 37, dikebumikan kira-kira 10 malam di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Muda selepas disolatkan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati di ibu negara pada 8.20 malam
Suasana hiba menyelubungi pengebumian jenazah Wan Rezaudeen Kamal yang dikebumikan mengikut istiadat pengebumian TLDM ketika Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyerahkan Bendera Ensign (Panji-Panji TLDM) kepada isteri Allahyarham, Alia Amalina Md Noor.
Urusan pengebumian dua mangsa tragedi berkenaan di Perak pula selesai kira-kira 9.25 malam ini, melibatkan jenazah Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi, 41, di Tanah Perkuburan Islam Batu 10 Lekir, Lumut dan Jenazah Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, 41, di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ulu Nor, Sungai Bayor, Selama.
Sementara itu, di Kedah, jenazah Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, 39, dikebumikan dengan penuh istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Haji Nyak Gam Kampung Ruat, Yan pada 9.55 malam ini berhampiran kubur arwah ibunya, Ratipa Yahaya yang meninggal dunia Julai tahun lepas.
Jenazah Pegawai Waran II Muhammad Faisol Tamadun, 36, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sik Dalam, Sik, kira-kira 10.10 malam bersebelahan pusara ibunya, Fatimah Abdullah yang meninggal dunia Ogos tahun lepas.
Jenazah Allahyarham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, 35, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang, Negeri Sembilan kira-kira 11 malam yang sebelum itu disembahyangkan di Masjid At-Taufiqiah Kariah Taman Pinggiran Senawang.
Turut serta dalam solat jenazah ialah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.
Turut dikebumikan malam ini ialah jenazah Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM Komander Muhamad Amir Mohamad, 44, di Tanah Perkuburan Islam Felcra Bukit Kepong, Labis, Johor.
Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut dalam kenyataan pula memaklumkan jasad mendiang Leftenan T. Sivasutan, 31, dibawa pulang ke kediaman keluarga di Sitiawan, Perak sebelum disemadikan pada Khamis.
Sementara itu, jasad mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia Rohna, 26, yang diterbangkan menggunakan pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tiba di Lapangan Terbang Kuching, Sarawak pada 11.54 malam dan akan dibawa ke Serian untuk disemadikan.
Dalam kejadian 9.32 pagi Selasa, 10 anggota dan pegawai TLDM maut dalam tragedi dua helikopter terhempas ketika sedang menjalani raptai lintas hormat bersempena dengan sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024

Jenazah 8 anggota mangsa tragedi dua helikopter milik TLDM, yang terhempas di Lumut pada Selasa, ketika dibawa ke Surau Salahuddin Al Ayubi. - Foto BERNAMA

TIC sasar 50,000 pelancong Indonesia ke Kelantan tahun ini
Menerusi promosi dibuat MyBHA, ia telah menjadikan Kelantan sebagai antara tempat pelancongan baharu kepada rakyat Indonesia.
AWANI Pagi: Revolusi pengurusan aset strategik - Pendekatan berasaskan data dan AI
Diskusi pagi Isnin bersama Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor ,(Penjanaan dan Prasarana) & Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) membincangkan mengenai apa itu pengurusan aset strategik dalam kontek penggunaan data dan kecerdasan buatan (AI).

Seorang remaja maut, dua selamat dalam kemalangan di Machang
JBPM Kelantan menerima panggilan kecemasan pada 3.34 pagi dan enam anggota daripada BBP Ketereh telah bergegas ke lokasi kejadian.

Skuad takraw Bihar 2025 buat simulasi awal Ramadan
Bekas tekong negara itu mahu pemain menggandakan usaha dalam membentuk kekuatan mental dan fizikal dalam baki sesi latihan.
FBMKLCI: Merosot 3.12 peratus, aliran keluar pelabur asing berterusan
FBMKLCI mencatat pulangan 13.02 peratus pada 2024, tetapi setakat 21 Februari 2025, indeks ini turun sebanyak negatif -3.12 peratus Kita juga melihat aliran keluar pelabur asing yang berterusan, dengan jumlah mencecah MYR10.9 bilion sejak Oktober 2024. Walaupun Ringgit semakin kukuh kepada 4.41 per USD dan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus pada 2024 dengan inflasi kekal rendah, pasaran saham masih menunjukkan kelemahan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Februari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama GeeGee Ahmad & Farhan Hakimi
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu

Pengurusan dana awam, kes buli antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Jamaludin ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan setiap peruntukan dana awam yang diumumkan dalam belanjawan tidak diseleweng.
Ringgit dijangka cecah paras sokongan 4.36 minggu ini
Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika minggu ini, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.

Nahas helikopter TLDM: Keluarga Muhammad Firdaus terima dengan hati terbuka laporan akhir
Keluarga Allahyarham Muhammad Firdaus Ramli yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM menerima dengan hati terbuka laporan akhir siasatan.

Nahas helikopter TLDM: Keluarga Faisol reda terima hasil laporan siasatan
Keluarga seorang mangsa yang terkorban dalam nahas membabitkan helikopter TLDM di Lumut menerima laporan akhir siasatan dengan reda.

Dua helikopter TLDM terlibat nahas tidak boleh dibaik pulih
Dua Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan AS 555 SN Fennec disahkan tidak boleh dibaik pulih untuk digunakan dalam operasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Laporan penuh nahas helikopter TLDM diterbitkan esok - Fahmi
Laporan penuh nahas helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya di Lumut, Perak telah siap dan akan dikeluarkan esok.

Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.

Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.

Nahas helikopter Lumut: Pengamal media, orang ramai diminta tidak sebar video insiden
Beliau berkata dalam situasi sekarang, orang ramai seharusnya menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi kesan kepada mereka.

Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled
Pihaknya bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi penyediaan laporan itu.