Lapan kenderaan termasuk enam kereta rosak dihempap pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang di dua lokasi di sini petang ini.
Dalam insiden pertama di kawasan tempat letak kereta di belakang sebuah hotel di Jalan Sultan Idris Shah, lima kereta dan dua motosikal dihempap dua pokok besar yang tumbang.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Datuk Yahya Mahdis berkata lima kereta yang terlibat adalah jenis Lexus, Perodua Myvi, Proton Saga, Proton Waja dan Honda.
"Bomba menerima panggilan pada pukul 4.10 petang dan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memotong dua pokok sepanjang 10 meter yang menimpa kenderaan terbabit dengan menggunakan gergaji berantai dan parang. Tiada mangsa yang cedera dalam kejadian ini," katanya ketika dihubungi Bernama.
Yahya berkata pokok itu turut menimpa tiang elektrik dan pihaknya telah meminta bantuan daripada Tenaga Nasional Berhad untuk mengalihkan pokok tersebut.
Sementara itu, Yahya berkata pihaknya turut menerima satu lagi panggilan pada pukul 5.16 petang di mana sebuah kereta jenis Toyota Camry dihempap sebatang pokok besar di Jalan C.M Yusoff.
"Akar pokok itu turut merosakkan bahagian belakang sebuah kedai kopi. Seramai tujuh anggota bomba komuniti Pekan Baru dengan bantuan anggota MBI (Majlis Bandaraya Ipoh) melakukan kerja pembersihan," katanya.
Menurut Yahya, terdapat dua lagi lokasi pokok tumbang dan merintangi jalan iaitu di hadapan Hotel Seri Malaysia serta Hotel Impiana di sini dan ketika ini anggota bomba dan MBI sedang melakukan pembersihan.
Dalam pada itu, seorang pekerja tempat letak kereta di Jalan Sultan Idris Shah, Jennifer Abraham, 27, berkata beliau menyedari hujan lebat serta angin kencang sejak pukul 2.30 petang tadi.
"Angin memang kuat sangat dan saya dengar bunyi seakan bom, rupanya pokok tumbang...ketika terdengar bunyi kuat itu saya berasa takut dan terus lari ke hadapan hotel," katanya. --BERNAMA
Bernama
Mon Apr 24 2017
Salah sebuah kereta turut mengalami kerosakan apabila dua batang pokok tumbang berhampiran sebuah hotel akibat kejadian hujan lebat dan ribut lebih kurang jam empat petang tadi hari ini. --fotoBERNAMA
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Monsun Timur Laut: Amaran hujan lebat di 9 negeri, Kuala Lumpur, Putrajaya petang ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya hingga 6 petang hari ini.
Marang dan Setiu kembali terjejas banjir
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan sedikit peningkatan hari ini, susulan dua daerah iaitu Marang dan Setiu kembali dinaiki air.
Mangsa banjir Kemaman terus meningkat kepada lebih 2,000
Ketika ini, hujan melanda di beberapa tempat di negeri ini dan jumlah mangsa turut menunjukkan trend meningkat.
Banjir: JBPM beri tumpuan lima negeri terdedah hujan luar jangka
JBPM memberi tumpuan utama kepada Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak yang dijangka terdedah kepada hujan luar jangka pada bulan hadapan hingga boleh mengakibatkan banjir.
Luruan monsun: Hujan lebat berterusan dijangka hingga hujung November
Luruan monsun membawa hujan lebat berterusan yang kini berlaku di timur dan selatan Semenanjung dijangka berlanjutan hingga hujung November ini.
Projek TAPS dijangka siap Mei 2025
Projek pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Jernih Melaka bernilai RM234 juta yang mengalami kelewatan akibat masalah teknikal dijangka siap pada Mei 2025.
Tragedi 'water rafting': Mangsa petugas JKR SPT dan Langkawi - Polis
Tiga mangsa yang lemas ketika melakukan aktiviti water rafting di Sungai Jahang, Gopeng di sini petang tadi merupakan petugas Jabatan JKR SPT, Pulau Pinang dan JKR Langkawi, Kedah.
Luruan monsun: Ahmad Zahid nasihat orang ramai terus waspada mulai 19 Nov
Rakyat Malaysia diingatkan untuk terus berwaspada dengan fenomena luruan monsun yang dijangka berlaku pada 19 sehingga 23 November ini.
Hujan lebat landa Kuala Lumpur, DBKL pantau situasi semasa
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang memantau situasi semasa di beberapa kawasan yang dilaporkan dinaiki air susulan hujan lebat di ibu negara, pada petang Jumaat.
Ribut petir, hujan lebat diramal landa negara hingga 5 petang
Ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang dijangka berlaku di hampir semua negeri di Malaysia hingga pukul 5 petang ini.