BALIK PULAU: Polis menahan tujuh lelaki dan seorang wanita warga tempatan dipercayai menjadi keldai akaun kepada beberapa sindiket penipuan sehingga menyebabkan lapan mangsa kerugian RM623,834.70 di daerah Barat Daya, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata mereka berusia 19 hingga 51 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Pulau Pinang dan Selangor oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Barat Daya semalam.
"Daripada lapan individu ditahan itu, tiga kes membabitkan jumlah kerugian besar oleh mangsa iaitu kes pertama membabitkan penahanan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun di Pandamaran, Selangor yang menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan panggilan.
"Dalam kes itu, mangsa membuat laporan polis di Bayan Baru di sini selepas terperdaya dengan sindiket penipuan tersebut dan membuat 26 transaksi secara dalam talian ke akaun bank membabitkan jumlah kerugian RM349,000," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata kes kedua membabitkan lelaki berusia 38 tahun ditahan di Bayan Baru dipercayai keldai akaun kepada sindiket urusan pembelian rumah sehingga mangsa kerugian RM216,000.
Kamarul Rizal berkata bagi kes ketiga, mangsa kerugian RM75,902.70 selepas terperdaya sindiket penipuan komisen kerja dalam talian setelah membuat beberapa transaksi dalam talian ke akaun bank.
Katanya, dalam kes itu polis menahan lelaki berusia 22 tahun di Seri Kembangan, Selangor.
"Manakala lima lagi individu ditahan kerana menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM6,444 hingga RM19,200," katanya.
Beliau berkata kesemua mereka direman bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2024
Kesemua individu itu ditahan secara berasingan di sekitar Pulau Pinang dan Selangor oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Barat Daya pada Ahad.
India akan belanja US$1.2 bilion dalam tujuh tahun bagi kurangkan import minyak makan
Kerajaan India pada Khamis meluluskan inisiatif untuk meningkatkan minyak bijian domestik kepada 69.7 juta tan menjelang 2030-31.
Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.
Lebih 16,000 anggota JBPM dalam mod siap siaga hadapi banjir lebih awal
Perbezaan pada trend taburan hujan lebat tahun ini menyebabkan bomba terpaksa meletakkan semua anggota dalam mod berjaga-jaga lebih awal.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
Empat keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM160,000
Seorang warga emas antara empat individu ditahan dipercayai keldai akaun kepada beberapa sindiket penipuan hingga menyebabkan kerugian RM161,856.76 dalam kejadian berasingan, baru-baru ini.
Polis tahan keldai akaun, mangsa rugi lebih RM50,000
Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan pada Rabu oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya.
Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM130,000
Kedua-dua lelaki itu kini direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.
KPT perluas program kesedaran elak mahasiswa jadi keldai akaun
KPT pandang serius isu berkenaan dan akan kenal pasti mahasiswa yang menjadi mangsa dan akaun bank mereka digunakan oleh sindiket penipuan.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM100,000
Polis menahan enam lelaki dipercayai keldai akaun kepada beberapa sindiket penipuan sehingga menyebabkan kerugian RM100,815.14.
Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN
Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pelajar IPT sebagai pemilik keldai akaun disebabkan mereka turut menjadi mangsa penipuan sehingga akaun bank mereka digunakan sindiket.
Polis tahan enam individu disyaki jadi 'keldai akaun' babitkan kerugian lebih RM96,000
Kesemua mereka berusia 20 hingga 47 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Pulau Pinang berhubung enam kes penipuan.
Sindiket pelaburan tidak wujud tumpas, enam keldai akaun ditahan
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pelaburan tidak wujud yang giat mencari mangsa menerusi pengiklanan di Facebook.
Polis tahan lelaki jadi 'keldai akaun' sindiket penipuan
Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menjadi "keldai akaun" kepada satu sindiket penipuan berkaitan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Bekas pemilik syarikat dipenjara, denda sembunyi RM195,000 milik warga emas
Seorang bekas pemilik syarikat teknologi maklumat dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen.