JOHOR BAHRU: Lapan borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, di sini dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Muar, telah dibeli setakat hari ini.
Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Johor Nor Nekman Jaimon berkata dua set daripada borang pencalonan itu adalah bagi Parlimen Pulai dan enam borang pencalonan lagi melibatkan DUN Simpang Jeram.
Beliau berkata borang pencalonan berkenaan boleh dibeli hingga hari penamaan sebelum pukul 10 pagi.
"Setakat ini, berdasarkan borang pencalonan yang dibeli hanya seorang calon sahaja yang telah membayar deposit sebanyak RM5,000 untuk DUN Simpang Jeram," katanya pada sidang media selepas Taklimat Petugas Media bagi PRK P161 Pulai dan N13 Simpang Jeram di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Johor Naim Fahmi Ahmad Tajuddin dan Presiden Gabungan Kelab Media Malaysia Mohamad Fauzi Ishak.
Nor Nekman berkata persiapan SPR bagi kedua-dua PRK itu telah mencapai 80 peratus dengan 2,674 petugas akan ditugaskan bagi Parlimen Pulai dan 674 petugas bagi DUN Simpang Jeram.
Beliau berkata mesyuarat penyelarasan SPR bersama agensi berkaitan bagi persediaan bencana di DUN Simpang Jeram telah dibuat pada 14 Ogos, manakala Parlimen Pulai dua hari lepas.
Setakat 23 Julai, seramai 166,653 individu layak mengundi bagi kerusi Parlimen Pulai dan bagi DUN Simpang Jeram pula seramai 40,379 pengundi.
SPR menetapkan tarikh penamaan calon bagi kedua-dua PRK pada 26 Ogos ini, manakala pengundian awal 5 Sept dan hari pengundian 9 Sept.
PRK itu dilaksanakan berikutan kematian penyandangnya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 18 2023
Pengarah SPR Negeri Johor Nor Nekman Jaimon berkata dua set daripada borang pencalonan itu adalah bagi Parlimen Pulai dan enam borang pencalonan lagi melibatkan DUN Simpang Jeram. - Gambar fail/BERNAMA
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Lapan borang pencalonan PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram dibeli - SPR
Lapan borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram telah dibeli setakat hari ini.
Nurul Amal tawar diri bertanding jawatan Ketua Puteri UMNO
Naib Ketua Puteri UMNO Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Puteri UMNO pada pemilihan UMNO 18 Mac ini.
PRK Chini: Lapan borang pencalonan dibeli
Pengarah SPR Pahang Datuk Zamree Hamli berkata daripada jumlah itu, empat borang dibeli wakil Barisan Nasional (BN), manakala empat lagi oleh wakil bebas.
KHA keluarkan hanya satu borang rasmi - Presiden
Mohd Asmirul menegaskan bahawa beliau tidak pernah menurunkan kuasa kepada mana-mana pihak untuk mewakilinya dalam urusan surat-menyurat persatuan.
Presiden MPM: Khairy akan hantar pencalonan baharu jika masih layak
Bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada keputusan mengenai tarikh baharu AGM MPM Ke-22 dan pemilihan pucuk pimpinan tertinggi badan induk sukan atlet kurang upaya itu.
Mesyuarat Agung Tahunan MPM tangguh
AGM bagi penggal 2019-2023 itu ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian selepas mendapat persetujuan sebulat suara semua 24 ahli gabungan MPM.
KJ tidak layak tanding jawatan Presiden MPM
Ini berikutan, keputusan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) hari ini, yang mendapati MPM terkhilaf berhubung tarikh tutup borang pencalonan yang disangkakan pada 15 Jun.
Campur tangan KBS, Pesuruhjaya Sukan jika MPM gagal selesai isu pencalonan secara profesional
KBS dan Pesuruhjaya Sukan berhak untuk berbuat demikian sekiranya MPM gagal untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi secara profesional.
PRK PD: Tabung khas saya bukan untuk beli undi, namun ... - Saiful Bukhari
Satu tabung khas untuk mengumpul dana bagi membiayai kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson bagi calon Bebas Saiful Bukhari Azlan telah dilancarkan.
Pemilihan PKR 2018/21: Spekulasi berakhir, Rafizi sah cabar Azmin
Penyerahan borang pencalonan tersebut menamatkan spekulasi mengenai jawatan yang akan ditandingi oleh Mohamed Azmin sebelum ini.