KUALA LUMPUR: Geopark atau taman geo adalah tapak warisan yang menampilkan aspek sejarah dan geografi yang boleh dimanfaatkan oleh semua pihak bagi tujuan pembangunan, pendidikan dan pemuliharaan lestari.
Di Malaysia, terdapat beberapa tapak yang diisytiharkan kerajaan sebagai geopark, namun hanya dua bertaraf global, iaitu diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) setakat ini - Langkawi yang menerima status itu pada 2007, dan terbaharu pada Mei 2023, Kinabalu Geopark.
Menurut Penasihat Langkawi UNESCO Global Geopark Prof Emeritus Ibrahim Komoo, bukan mudah untuk memperoleh status itu dan cabaran seterusnya ialah mempertahankan penarafan tersebut.
Langkawi yang juga geopark global pertama Asia Tenggara, menampilkan keunikan menerusi himpunan 99 buah pulau dan ini turut menjadi cabaran kepada pentadbir, iaitu kerajaan Kedah dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), dalam mengekalkan status geopark global UNESCO hingga ke hari ini.
Ibrahim berkata pelbagai usaha dilaksana bagi memastikan taman itu dapat mempertahankan status kad hijau buat kali keempat berturut-turut sejak 2007.
"Kad hijau adalah pembaharuan label UNESCO Global Geopark. Sejak menerima status itu, kita berusaha tanpa mengenal lelah untuk memastikan kita dapat mengekalkan status geopark global, dan status ini berjaya dipertahankan sekali lagi pada awal September lalu," katanya dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.
Ujarnya, pencapaian itu adalah sesuatu yang harus dibanggakan oleh seluruh negara kerana tidak mudah untuk memenuhi kriteria yang disyaratkan di bawah UNESCO Global Geopark.
SERAMPANG DUA MATA
Ibrahim yang juga Felow Utama Institut Alam Sekitar dan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata pembabitan pelbagai pihak diperlukan dalam mempertahankan status itu.
"Contohnya, semasa penilaian ketiga pada 2019, antara yang kami ketengahkan kepada penilai UNESCO ialah penyertaan pengusaha hotel yang mewujudkan galeri geopark di hotel masing-masing, sekali gus mencerminkan kefahaman mereka tentang perlunya pembangunan geopark ini dilakukan secara bersama-sama.
"Kemudian, semasa penilaian terbaharu pada tahun ini, kami mewujudkan dua produk berkaitan pelancongan geo. Satu daripadanya ialah mengubah Gunung Raya menjadi kawasan taman hutan geo baharu. Kawasan ini merangkumi Kilim Karst, Machinchang dan Tasik Dayang Bunting.
"Selain itu, kita juga berjaya mewujudkan lima denai geo baharu sebagai tambahan kepada Kubang Badak BioGeo Trail," jelas beliau.
Satu daripada denai baharu tersebut ialah di Pulau Tuba, dan menurut Ibrahim, laluan itu dibangunkan sejak dua tahun lalu susulan penemuan penyelidikan bahawa terdapat 28 tapak yang mempunyai nilai geologi, biologi dan warisan kebudayaan di pulau berkenaan.
"Menerusi penyelidikan ini, LADA membangunkan beberapa denai yang menghubungkan kesemua 28 tapak dengan bantuan penduduk setempat. Pemandu pelancong akan memberi pencerahan tentang kesemua lokasi ini sambil pelancong melewati tempat-tempat berkenaan.
"Penduduk juga telah menubuhkan Persatuan Best Tuba yang bagi saya agak menarik kerana mereka terlibat secara aktif dalam projek denai geo ini. Mereka juga bersedia menawarkan pelbagai jenis pengangkutan seperti bugi elektrik bagi memudahkan pelancong menyelusuri denai," katanya, menambah projek turut bertujuan meningkatkan lagi sosioekonomi penduduk setempat.
KERJASAMA SEMUA PIHAK
Bercerita lanjut, Ibrahim berkata Langkawi UNESCO Global Geopark mempunyai biodiversiti yang luas meliputi paya bakau, pantai dan muara sungai, sekali gus membuatkan kawasan itu begitu bernilai dan perlu dilindungi tanpa kompromi.
Taman geo ini mempunyai jujukan sedimen atau mendapan era Palaeozik paling terdedah dan lengkap di Malaysia, iaitu dari tempoh Kambrium hingga Permian yang berlaku sekitar 220 juta tahun dahulu.
Mujurlah katanya usaha menjaga dan memulihara warisan alam itu mendapat sokongan penduduk setempat yang bukan sahaja menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelancong tetapi turut memastikan kemudahan tersebut seiring usaha memulihara.
"Pendek kata setiap orang memainkan peranan mereka. Begitu juga institusi pendidikan seperti sekolah yang bekerjasama dengan kita. Ada 32 sekolah yang mewujudkan sudut maklumat taman geo di sekolah masing-masing, selain penyertaan pelajar dalam program kita, menunjukkan minat mendalam generasi lebih muda dalam melindungi permata alam semula jadi ini," katanya.
MENJAGA ALAM SEMULA JADI
Sementara itu, Pengurus Pelancongan LADA Dr Azmil Munif Mohd Bukhari berkata agensi tersebut sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Geosains dan Mineral dalam menangani impak perubahan iklim terhadap alam sekitar di Langkawi Geopark.
"Kami membangunkan sistem amaran awal yang ditempatkan di lokasi-lokasi strategik terutama di air terjun Telaga Tujuh, di mana di situ adalah laluan mendaki ke Gunung Machinchang.
"Sistem amaran awal ini akan memaklumkan jika hujan lebat melanda dan kemungkinan berlaku kepala air serta angin kuat yang boleh membahayakan pelancong di kawasan itu," katanya.
Bagi melindungi nilai warisan alam semula jadi, LADA memastikan tidak ada sebarang pembangunan tidak perlu dilaksanakan di hutan simpan kekal di Langkawi.
"Kita bertuah kerana hampir 60 peratus kawasan geopark di Langkawi ini terletak di hutan simpan kekal yang dilindungi sepenuhnya oleh Akta Hutan Perhutanan Negara 1984.
"Sehubungan itu, kami mengehadkan pembangunan kepada seminimum mungkin, iaitu hanya sekadar memenuhi keperluan pelancong dan penduduk setempat, antaranya jeti, kawasan letak kenderaan, gerai serta pusat penerangan. Pembangunan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya bagi melindungi lokasi warisan alam semula jadi ini," jelas beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2023
Langkawi yang juga geopark global pertama Asia Tenggara, menampilkan keunikan menerusi himpunan 99 buah pulau. - Foto Facebook/Langkawi Global Geopark
Pesawat SWISS Airbus lakukan pendaratan cemas akibat asap dalam kabin dan kokpit
Pesawat Airbus milik syarikat penerbangan SWISS yang dalam perjalanan dari Bucharest ke Zurich pada Isnin terpaksa melakukan pendaratan cemas.
Sertai Nissan-Honda, Mitsubishi beri kata putus penghujung Jan 2025
Pengumuman ini adalah lanjutan daripada rancangan Nissan dan Honda untuk membentuk syarikat induk gabungan menjelang 2026.
Bonus ASB 2024 catat lebih tinggi dari jangkaan
Menurut Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Nur Azam Anuarul Perai, pencapaian ini bukan sahaja menggambarkan kemampuan pengurus dana ASB dalam memilih pelaburan yang tepat, tetapi juga memperlihatkan kepakaran mereka dalam menguruskan dana dengan cekap dan berkesan.
Doktor pelatih alami tekanan, siapa perlu pantau?
Pengarah hospital disarankan melakukan pemantauan berterusan terhadap setiap ketua unit di hospital, terutamanya apabila terdapat aduan mengenai masalah penyeliaan yang berlaku di antara doktor pakar dan doktor pelatih.
Kerajaan disaran perkenal skim insurans kesihatan nasional
Menurut pakar ekonomi, langkah itu antara lain mampu membantu kerajaan menangani isu kenaikan caj perubatan fasiliti kesihatan swasta dan peningkatan kadar premium insurans kesihatan.
Peruntukan dana Parlimen: Syed Saddiq gagal peroleh kebenaran semakan kehakiman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga pihak lain gagal dalam permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pantau Belanjawan: ASB: Bagaimana kadar dividen mencorak pelaburan masa depan?
Permodalan Nasional Berhad (PNB) dijangka akan mengumumkan agihan pendapatan bagi tahun 2024 hari ini. Bagaimana agihan pendapatan ini mencerminkan trend dividen di Malaysia serta mencorak hala tuju pembayaran dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) pada masa hadapan? Kupasan lanjut bersama Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Nur Azam Anuarul Perai.
Honda, Nissan umum pertimbangan untuk gabung syarikat
Kedua-dua syarikat telah memulakan perbincangan untuk mengintegrasikan perniagaan mereka di bawah syarikat induk baharu ini.
AWANI Ringkas: Kemalangan maut ragut tujuh nyawa di Melaka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Mikel Arteta sahkan Arsenal hilang khidmat Bukayo Saka
Jurulatih Arsenal, Mikel Arteta, mengesahkan The Gunners akan beraksi tanpa khidmat Bukayo Saka selama 'beberapa minggu' selepas dia mengalami kecederaan.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Pemancing hilang ditemukan lemas di Langkawi
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut ketika menyeberangi jambatan kayu 'Water Breaker' Kuala Chenang di Langkawi, malam semalam, ditemukan lemas petang tadi.
Terjun laut tinggalkan dadah RM3.55 juta
Dadah bernilai RM3.55 juta yang dipercayai diseludup masuk dari negara jiran ke Pulau Langkawi sebagai destinasi transit, digagalkan polis.
Langkawi bakal diserikan dengan Festival Mahsuri Disember ini
Festival Mahsuri bertujuan menjadikan Langkawi sebagai destinasi utama untuk pengalaman budaya bertaraf dunia.
Toldi, Hollioake ungguli kejohanan Ironman Malaysia 2024
Toldi menjuarai kategori lelaki dengan catatan masa lapan jam 10m 23s disusuli Tim Van Berkel dari Australia dan Andreas Dreitz dari Jerman.
LTdL 2024: Dataran Lang jadi saksi kemeriahan majlis pengenalan 22 pasukan
Kali terakhir Langkawi menjadi tuan rumah majlis simbolik sebelum perlumbaan bermula secara rasmi itu adalah pada 2018.
Feri di Terminal Penumpang Kuala Kedah kembali beroperasi hari ini
Terdapat empat perjalanan feri dari Kuala Kedah ke Langkawi dan lima perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah.
Feri Kuala Kedah-Langkawi beroperasi semula esok
Konsortium feri merancang untuk melaksanakan sembilan perjalanan keluar dan masuk ke Langkawi dari Terminal Penumpang Kuala Kedah.
BERNAS pamer kelainan di Laman Padi MAHA 2024 kali Ini
BERNAS mengambil peluang untuk mempamerkan inovasi terbaharu dalam pertanian padi dan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan industri ini.