Langkawi kini dilengkapi sistem amaran awal Tsunami dengan pemasangan kelengkapan pengesan dan amaran di beberapa lokasi di pulau ini.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (METMalaysia), Datuk Che Gayah Ismail berkata kelengkapan itu termasuk dua buah stesen tolok pasang surut, sebuah stesen pergerakan kuat, satu sistem kamera pantai dan lima unit sistem siren Tsunami.
Berucap merasmikan program Table Top Exercise Tsunami (TTX-Langkawi) di sini, beliau berkata Langkawi adalah antara tempat yang terdedah kepada ancaman Tsunami dan kelengkapan yang ada mampu menyebarkan maklumat tentang kejadian itu dalam tempoh lapan minit selepas Tsunami dikesan.
"Usaha-usaha sedang diambil untuk terus menyelenggara sistem amaran awal Tsunami negara kita agar sentiasa berfungsi dengan baik," katanya dalam teks ucapannya yang dibacakan Timbalannya, Dr Mohd Rosaidi Che Abas.
Menurutnya, kelengkapan di pulau ini menjadi sebahagian dari sistem amaran awal negara yang merangkumi 63 buah stesen seismik bagi memantau kejadian gempa bumi dalam negara dan serantau, 17 stesen tolok pasang surut dan sebuah pelampung pengesan ombak Tsunami.
Che Gayah berkata sejak 2006, sebanyak 12 latihan amali tentang Tsunami telah diadakan di seluruh negara di mana tiga daripadanya berlangsung di Langkawi.
"Sebanyak 95 program kesedaran awam mengenai gempa bumi dan Tsunami serta kempen kesedaran awam siren Tsunami juga telah diadakan, di mana 13 daripadanya dijalankan di Kedah yang mana tiga daripadanya adalah di Langkawi," katanya.
Beliau berkata program TTX-Langkawi merupakan program anjuran bersama METMalaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk memantapkan lagi tahap kesiapsiagaan menghadapi bencana Tsunami.
Seramai 150 orang peserta yang mewakili agensi teknikal dan pengurusan bencana negara menyertai program itu yang melibatkan pembentangan dua kertas kerja dan latihan dalaman.
Katanya latihan ini juga juga sejajar dengan program Indian Ocean Tsunami Wave Exercise 2016 (IOWAVE16) anjuran Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Bernama
Wed Sep 07 2016
Datuk Che Gayah Ismail berkata kelengkapan itu termasuk dua buah stesen tolok pasang surut, sebuah stesen pergerakan kuat, satu sistem kamera pantai dan lima unit sistem siren Tsunami. - Gambar fail
MITI kenal pasti 33 indikator, 32 tindakan akan dilaksanakan
Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI) telah mengenal pasti 33 indikator dengan 32 tindakan yang akan dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan sederhana melalui mesyuarat pertama Jawatankuasa Daya Saing Negara (JKDSN).
63 sekolah persendirian Cina terima lebih RM20 juta
Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan lebih RM20 juta untuk 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara pada tahun ini.
Mayat kanak-kanak autistik ditemui dalam sungai
Jasad seorang kanak-kanak lelaki autistik berusia tujuh tahun yang dikhuatiri hilang ditemui lemas di Sungai Kedah.
Reman pengurus akaun badan berkanun di Perlis disambung
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis telah mendapat kebenaran untuk menyambung reman seorang pengurus akaun badan berkanun kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan penyelewengan wang untuk kegunaan peribadi bernilai kira-kira RM600,000.
Negara mampu jimat RM300 juta jika projek penanaman bawang berjaya - Mohamad Sabu
Negara mampu menjimatkan kira-kira RM300 juta jika projek penanaman bawang di dalam negara berjaya direalisasikan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
LRT Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen, libat jajaran 29.5 km - Loke
Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen di lokasi-lokasi yang strategik, termasuk satu stesen provisional di Pulau Reklamasi Selatan Pulau Pinang.
AWANI Ringkas: Bantu negara jadi hebat- PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pendatang warga Bangladesh ditahan di sempadan Malaysia-Thailand
Lelaki itu ditahan setelah dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di tebing Sungai Golok.
Kejayaan bersejarah rangkul Piala Dunia seperti mimpi - Natasha
Atlet berusia 28 tahun itu sangat gembira kerana kerja keras selama bertahun-tahun akhirnya berhasil.
Limpahan air Sungai Johor memburukkan situasi
Air Sungai Johor di tengah Kota Tinggi berpotensi melimpah, sekiranya hujan berterusan dan air pasang besar terjadi dalam waktu sama.
Langkawi kini dilengkapi sistem amaran awal tsunami - METMalaysia
Langkawi kini dilengkapi sistem amaran awal Tsunami dengan pemasangan kelengkapan pengesan dan amaran di beberapa lokasi di pulau ini.
Cuaca panas diramal beransur baik menjelang April - Jabatan Meteorologi
Musim peralihan monsun itu akan menyebabkan cuaca di negara ini akan kembali lembap dan mengurangkan suhu panas yang dialami ketika ini.
Cuaca panas akibat El-Nino dijangka hingga Mac ini
Orang ramai diminta supaya tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka dan banyakkan meminum air bagi mengelakkan dehidrasi.
Peningkatan hujan di Pantai Timur Semenanjung bermula Khamis
Pantai Timur Semenanjung dijangka menerima peningkatan hujan bermula Khamis ini.
Jerebu dijangka pulih November ini - Jabatan Meteorologi
Masalah jerebu yang melanda negara dijangka berakhir November ini berikutan ketibaan angin monsun dari arah timur laut yang akan menolak udara tercemar ke selatan wilayah Malaysia.
Jerebu dijangka pulih November - Jabatan Meteorologi
Datuk Che Gayah Ismail hari ini berkata jerebu yang melanda negara akan pulih sepenuhnya apabila angin timur laut mula bertiup pada November ini.
Jerebu teruk akibat ribut tropika Mujigae, dijangka pulih 5 Okt - Jabatan Meteorologi
Jabatan Meteorologi berkata fenomena jerebu tersebut berpunca daripada ribut tropika Mujigae yang melanda kawasan lebih kurang 1,300 kilometer arah barat laut Sabah.
Negara berdepan Monsun Timur Laut awal November
Kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia dijangka menerima jumlah hujan paras purata bagi bulan Oktober, November dan Disember kecuali Johor dan timur Pahang.
Jabatan Meteorologi Malaysia belum bercadang mengadakan pembenihan awan
Dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, MET hanya akan menjalankan pembenihan awan jika sesuatu kawasan itu mencatatkan tahap tidak sihat bagi tempoh 72 jam secara konsisten.
Impak fenomena El Nino dijangka kurangkan banjir pada musim tengkujuh
Menurut Jabatan Meteorologi, jangka hayat musim tengkujuk akan lebih panjang jika fenomena ini melanda di negara ini.