KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sinis menyifatkan 'Langkah London' sebagai lebih mahal berbanding 'Langkah Kajang'.
Anwar memberi reaksi tersebut selepas ditanya berhubung dakwaan 'Langkah London' yang mahu menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh beliau ketika ini.
"Langkah London itu jauh sangat. Murah lagi buat Langkah Kajang," katanya kepada pemberita di Masjid Bukit Aman pada Jumaat.
Langkah Kajang merujuk kepada krisis politik Selangor pada 2013, membabitkan Menteri Besar ketika itu, Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Gerakan tersebut membawa kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada 2014 dan pemilihan PKR pada tahun sama.
Sebelum ini, media melaporkan terdapat satu pertemuan rahsia telah diadakan di London, kononnya sedang mengatur gerakan bagi membuat penjajaran semula politik negara.
Begitu pun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan dikaitkan dengan gerakan cubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan membabitkan beberapa pemimpin politik, termasuk daripada UMNO dan pemimpin parti pembangkang.
Bekas Perdana Menteri itu mendakwa menjadi mangsa serangan fitnah oleh pihak yang "tidak mengenal dosa" apabila dikaitkan dengan khabar mengenai 'Langkah London'.
Tegas Ahli Parlimen Bera itu lagi, beliau tidak ke London sebaliknya bercuti bersama keluarga di Timur Tengah.
Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut menegaskan bahawa dakwaan itu adalah khabar angin dan beliau tidak akan membuat keputusan berdasarkan kepada khabar angin.
Sebelum ini, politik Malaysia turut berdepan Langkah Sheraton yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Hasimi Muhamad
Fri Jan 06 2023
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sinis menyifatkan 'Langkah London' sebagai lebih mahal berbanding 'Langkah Kajang' - Fail/BERNAMA
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
"Bercuti di Dubai pun dikait Langkah London" - Ismail Sabri perjelas sebab berdiam diri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini tampil menjelaskan tindakan beliau yang dilihat mendiamkan diri khususnya selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
'Langkah London' itu jauh sangat - PM Anwar
Sebelum ini, media melaporkan terdapat satu pertemuan rahsia telah diadakan di London, kononnya sedang mengatur gerakan bagi membuat penjajaran semula politik negara.
Zahid enggan ulas 'Langkah London'
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas 'Langkah London' yang kini banyak dibangkitkan sejak beberapa hari lepas.