Tidak sampai setahun kerajaan Pakatan Harapan memegang tampuk pentadbiran Kerajaan Persekutuan, satu langkah besar diambil bagi mengembalikan pengiktirafan kedudukan asal Sabah dan Sarawak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan bakal membuktikan Malaysia terdiri daripada tiga entiti iaitu 11 negeri, Sabah dan Sarawak.
“Jadi pada tahun ini selepas kerajaan Pakatan Harapan memerintah kurang setahun, kita telah ambil satu langkah besar untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak seperti posisi pada 1963.
“Jadi di mana Malaysia iaitu The Federation of Malaysia adalah terdiri daripada 11 negeri-negeri di Malaya, kedua adalah negeri-negeri di Borneo - iaitu Sabah dan Sarawak.
“Jadi dengan ini, kita dapat melihat dengan jelas bahawa Malaysia terdiri daripada tiga entiti iaitu Malay States of Malaya, Sabah dan Sarawak, sekali gus mengiktiraf kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan kita,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI di Parlimen hari ini.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Apr 08 2019
![Langkah besar Kerajaan PH kembalikan status Sabah, Sarawak Langkah besar Kerajaan PH kembalikan status Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61552989470_DATUKLIEWVUIKEONG.jpg)
VUI KEONG: Pada tahun ini selepas kerajaan Pakatan Harapan memerintah kurang setahun, kita telah ambil satu langkah besar untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak seperti posisi pada 1963. -Gambar fail
![Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Chelsea siasat laungan perkauman Enzo terhadap Perancis
Kelab bola sepak Chelase pada Rabu mengumumkan prosedur tatatertib ke atas pemain tengah mereka, Enzo Fernandez, susulan dakwaan telah mengeluarkan laungan bersifat perkauman terhadap Colombia, selepas memenangi Piala Copa America 2024 bersama skuad Argentina.
Lebih daripada 60 kanak-kanak ditahan, dipukul, diseksa di El Salvador
Lebih 60 kanak-kanak di El Salvador ditahan, diseksa dan dipukul secara rambang semenjak kerajaan mengisytiharkan darurat lebih dua tahun lalu untuk membanteras amalan gangsterime.
Datuk Bandar Paris berenang, yakin sungai Seine bersih
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berenang di Sungai Seine menjelang acara olimpik sebagai usaha menyakinkan orang ramai bahawa kualiti sungai tersebut cukup bersih dan bersedia untuk digunakan.
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan.
Wanita racun lima orang kemudian bunuh diri
Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu.
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang pekebun lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan keropok beracun minggu lalu, akan tamat pada Khamis dan tidak akan disambung semula.
![Langkah besar Kerajaan PH kembalikan status Sabah, Sarawak Langkah besar Kerajaan PH kembalikan status Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61552989470_DATUKLIEWVUIKEONG.jpg)
Langkah besar Kerajaan PH kembalikan status Sabah, Sarawak
Langkah besar Kerajaan PH kembalikan status Sabah, Sarawak