Seramai 29 individu termasuk tiga wanita didenda RM1,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana berhibur di sebuah pub, Selasa lalu.
Kesemua mereka yang berumur antara 19 dan 36 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan serentak di hadapan Majistret Umzarul An Nur Umar.
Turut dijatuhi hukuman yang sama ialah pemilik pusat hiburan yang terlibat.
Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pusat hiburan di Jalan Lau Ek Ching, di sini, kira-kira jam 9.30 malam, 26 Mei lalu.
Mereka didakwa melanggar Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 kerana terlibat dalam perhimpunan bagi maksud bersosial yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksima RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Pemilik pusat hiburan pula didakwa melanggar Peraturan 3 di bawah Peraturan-Peraturan yang sama kerana menganjurkan aktiviti perniagaan ketika PKPB.
Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara tiga bulan terhadap kesemua mereka sekiranya gagal membayar denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya K. Darinee.
Dua puluh lapan pengunjung dan pemilik pusat hiburan diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) G Harbhajan Singh sementara seorang lagi tertuduh diwakili peguam Lau Chee Foon.
Abd Razak Mohd Ali
Fri May 29 2020
![Langgar PKPB: 29 pengunjung pub didenda RM1,000 setiap seorang Langgar PKPB: 29 pengunjung pub didenda RM1,000 setiap seorang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/71590733571_LanggarPKPBpen.jpg)
Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pusat hiburan di Jalan Lau Ek Ching, di sini, kira-kira jam 9.30 malam, 26 Mei lalu. - Astro AWANI
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
![Tiada larangan warga asing guna nama pasangan rakyat tempatan berniaga di Johor Tiada larangan warga asing guna nama pasangan rakyat tempatan berniaga di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715599487_tbMohdJafni.jpg)
Tiada larangan warga asing guna nama pasangan rakyat tempatan berniaga di Johor
PBT di Johor tidak mempunyai larangan untuk warganegara asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan menjalankan aktiviti perniagaan termasuk menggunakan nama pasangannya.
![JMG belum terima permohonan ulasan teknikal restoran dalam gua batu kapur JMG belum terima permohonan ulasan teknikal restoran dalam gua batu kapur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710419214_GuaBatuKapur.jpg)
JMG belum terima permohonan ulasan teknikal restoran dalam gua batu kapur
JMG tidak menerima sebarang permohonan daripada pengusaha perniagaan atau PBT untuk mengulas apsek teknikal terhadap cadangan atau aktiviti perniagaan di sebuah gua batu kapur di Gombak, Selangor.
![MACEOS perkenal inisiatif kelestarian strategik jadikan Malaysia destinasi acara perniagaan utama dunia MACEOS perkenal inisiatif kelestarian strategik jadikan Malaysia destinasi acara perniagaan utama dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706716558_francisteo.jpg)
MACEOS perkenal inisiatif kelestarian strategik jadikan Malaysia destinasi acara perniagaan utama dunia
MACEOS menyasar untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi acara perniagaan utama di dunia dengan memperkenalkan beberapa inisiatif kelestarian strategik bagi menyokong agenda Sifar Bersih karbon.
![HKN'23 catat prospek perniagaan sebanyak RM46.9 juta HKN'23 catat prospek perniagaan sebanyak RM46.9 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689869310_TBewon.jpg)
HKN'23 catat prospek perniagaan sebanyak RM46.9 juta
HKN'23 yang berlangsung pada 21 hingga 23 Julai lepas di SICC, Kota Kinabalu telah berjaya mencatatkan prospek perniagaan sebanyak RM46.9 juta melalui 44 sesi padanan perniagaan.
![Produktiviti buruh catat pertumbuhan 2.1 peratus suku pertama 2023 Produktiviti buruh catat pertumbuhan 2.1 peratus suku pertama 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673629630_TBbnm.jpg)
Produktiviti buruh catat pertumbuhan 2.1 peratus suku pertama 2023
Produktiviti buruh Malaysia yang dinyatakan sebagai nilai ditambah per jam bekerja mencatatkan pertumbuhan 2.1 peratus pada suku pertama (S1) 2023.
![Pasar Masjid Tanah, pasar raya ditutup untuk sanitasi Pasar Masjid Tanah, pasar raya ditutup untuk sanitasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627338522_PasarMasjidTanah.jpg)
Pasar Masjid Tanah, pasar raya ditutup untuk sanitasi
Ia ditutup hingga 8 Ogos depan selepas terdapat ahli keluarga salah seorang peniaga barangan borong disahkan positif COVID-19.
![PKPD: Perniagaan dan perkhidmatan perlu dibenar beroperasi - KPDNHEP PKPD: Perniagaan dan perkhidmatan perlu dibenar beroperasi - KPDNHEP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61625223539_MahadzirMHassan.jpg)
PKPD: Perniagaan dan perkhidmatan perlu dibenar beroperasi - KPDNHEP
Aktiviti perniagaan di bawah sektor perdagangan pengedaran yang melibatkan barang keperluan asas dan perkhidmatan perlu, dibenarkan beroperasi di kawasan PKPD.
![Judi Sungai Buloh: Rombakan dalaman diputuskan selepas siasatan selesai - KPN Judi Sungai Buloh: Rombakan dalaman diputuskan selepas siasatan selesai - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/81597210079_KetuaPolisNegara.jpg)
Judi Sungai Buloh: Rombakan dalaman diputuskan selepas siasatan selesai - KPN
Beliau berkata pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu berlaku adil dan menyiasat terlebih dahulu dakwaan salah laku pegawai dan anggota IPD Sungai Buloh berhubung isu perjudian itu.
![Langgar PKPB: 29 pengunjung pub didenda RM1,000 setiap seorang Langgar PKPB: 29 pengunjung pub didenda RM1,000 setiap seorang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/71590733571_LanggarPKPBpen.jpg)
Langgar PKPB: 29 pengunjung pub didenda RM1,000 setiap seorang
Kesemua mereka yang berumur antara 19 dan 36 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan serentak di hadapan Majistret Umzarul An Nur Umar.
![Ranhill catat keuntungan selepas cukai RM18.2 juta suku pertama 2020 Ranhill catat keuntungan selepas cukai RM18.2 juta suku pertama 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81589993172_RanhillUtilitiesBe.jpg)
Ranhill catat keuntungan selepas cukai RM18.2 juta suku pertama 2020
Penghasilan pendapatan yang berterusan dilihat sebagai petanda positif untuk syarikat.