PETALING JAYA: Planetmahir Sdn Bhd, syarikat penyedia platform pendidikan digital, melangkah ke Fasa Dua pengembangan syarikat dengan pengenalan Aplikasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi platformnya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Planetmahir, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, program MAHIR Tutor A Level, International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) serta kurikulum persekolahan Indonesia, Singapura dan Brunei akan mula ditawarkan tahun ini, menandakan kemasukan Planetmahir ke pasaran pendidikan global.
Katanya, pengenalan Aplikasi AI dan penerokaan ke pasaran pendidikan global itu menandakan bermulanya fasa dua syarikat itu yang dikenali sebagai Planetmahir 2.0.
"Planetmahir ketika ini merupakan pemimpin pasaran dalam industri pendidikan dan latihan di mana kami kini telah bersedia untuk memasuki pasaran global menerusi pengenalan aplikasi AI yang dilancarkan hari ini serentak dengan fasa peralihan Planetmahir 2.0.
"Kami berbesar hati untuk menawarkan satu platform digital yang lebih bermakna kepada semua pelanggan kami dengan pengalaman pembelajaran dan latihan yang terkini dan bersifat global," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis pelancaran 'Planetmahir 2.0' di sini pada Selasa.
Tambah Ahmad Ramzi, aplikasi teknologi AI akan membolehkan pelajar mendapatkan personalised learning daripada MAHIR AI, iaitu aplikasi berasaskan AI 'Intelligent Tutoring System' yang dibangunkan dengan kerjasama Organisasi Perdagangan Luar Jepun, JETRO dan dijangka siap akhir tahun ini.
"Antara ciri istimewa MAHIR AI adalah memberi nasihat kepada pelajar tentang kursus yang boleh diambil berdasarkan kebolehan dan pencapaian mereka, mencerap prestasi pembelajaran, menjangka kebarangkalian lulus atau gagal dalam peperiksaan, automasi pemeriksaan kertas jawapan peperiksaan serta pengesahan pengenalan diri apabila menduduki ujian dalam talian."
Sementara itu, Planetmahir juga mengumumkan produk kelas digital dalam talian, MAHIR Tutor, yang kini dibuka kepada semua pelajar sekolah menengah.
Ia boleh dilanggan dengan harga hanya RM10 sebulan bagi satu subjek.
Kelas tutor digital itu sebelum ini hanya boleh diakses secara percuma di bawah program tajaan khas untuk kumpulan pelajar dari keluarga B40.
MAHIR Tutor yang juga merupakan sebuah Sekolah Maya, mempunyai lebih 50,000 pelajar di seluruh negara.
"MAHIR Tutor adalah kelas digital dalam talian yang menggunakan teknologi video-on-demand di mana semua subjek pengajaran telah direkodkan dan boleh diakses secara dalam talian pada bila-bila masa dan di mana jua, sama ada melalui laman web planetmahir.com/tutor atau aplikasi mudah alih Planetmahir.
"Ia telah dibangunkan dengan bantuan MDEC di bawah program Geran Pembangunan Konten (DCG).”
Planetmahir juga mengumumkan pelancaran Sistem Pengurusan Latihan atau TiMS (Training Management System), khusus untuk kegunaan agensi kerajaan dan penyedia latihan.
TiMS diperkenalkan bagi tujuan memudahkan pengurusan dan pengendalian latihan, kursus serta program secara dalam talian.
Planetmahir mensasarkan TiMS akan mula memasuki pasaran global pada suku kedua tahun ini.
"Planetmahir juga sedang giat melakukan aktiviti penyelidikan dan pembangunan teknologi terkini di dalam bidang pendidikan dan latihan termasuk pembangunan teknologi hologram dan Extended Reality," kata Ahmad Ramzi.
Untuk rekod, Planetmahir ditubuhkan pada 2019, kini mempunyai lebih 100,000 pelajar dan telah memberikan perkhidmatan digitalisasi di dalam bidang pendidikan dan latihan kepada lebih 30 agensi kerajaan dan swasta.
Tersenarai antara 50 syarikat teknologi digital utama di Malaysia, Planetmahir kekal sebagai peneraju pendidikan digital di negara ini dengan slogan ‘Gedung Ilmu Online".
Astro Awani
Wed Feb 15 2023
Pengenalan Aplikasi AI dan penerokaan ke pasaran pendidikan global itu menandakan bermulanya fasa dua syarikat itu yang dikenali sebagai Planetmahir 2.0. - Foto Planetmahir
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
Pasca perang Syria: Presiden baharu umum kerajaan peralihan inklusif
Presiden baharu Syria, Ahmed al-Sharaa, mengumumkan beliau akan membentuk sebuah kerajaan peralihan inklusif yang mewakili pelbagai komuniti untuk membina institusi dan mentadbir negara sehingga pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan.
Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai
Sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.
Lancar aplikasi AI, syarikat penyedia platform pendidikan digital melangkah ke pasaran global
Pengenalan Aplikasi AI dan penerokaan ke pasaran pendidikan global menandakan bermulanya fasa dua yang dikenali sebagai Planetmahir 2.0.
Pendidikan alaf baru: Kandungan perlu kreatif, inovatif dan dinamik
Kandungan pendidikan perlu profesional selain perlu ada ruang interaktif yang membolehkan pelajar bertanya kepada pengajar.