Kematian mengejut seorang wartawan Malaysia Claudia Theophilus di Baakleen, Lubnan pada Sabtu telah menghasilkan satu laman Facebook yang didedikasikan oleh kenalan beliau kepada mendiang.
Laman Facebook itu diwujudkan awal pagi ini dan dinamakan 'Keeping the Flame Alive: In Memory of Claudia Theophilus’.
Dengan pembuka kata “Kepada sesiapa yang mengingati Claudia Theophilus sebagai seorang ahli keluarga, kawan, wartawan, rakan seperjuangan dan seorang yang disayangi. Kita yang berasal dari seluruh pelusuk dunia mungkin tidak pernah bersua, tetapi kami tersentuh dengan semangat membara beliau”.
Laman itu telah menerima lebih 362 ‘Likes’ setakat ini.
Ramai yang pernah bersua dengan Theophilus yang pekerjaan akhirnya adalah sebagai seorang penerbit di saluran berita Al Jazeera di Doha, Qatar membanjiri laman Facebook itu dengan mesej-mesej memperingati beliau.
Pengguna Facebook Richard Yeoh berkata: “Saya akan sentiasa mengingati kamu sebagai seorang yang baik hati dan lembut. Saya bertuah kerana dapat bertemu kamu semasa bekerja dan saya berharap Tuhan akan merestui roh kamu selama-lamanya.’
Seorang lagi pengguna Facebook Hanif Roslan, menulis: “Anda adalah seorang kakak, kawan dan seorang yang tidak membangga diri. Kamu dilahirkan di dunia dan kini kembali kepada tuhan. Kami akan merindui kamu. Semoga aman di sana.”
Seorang lagi pengguna Facebook, Kong See Hoh berkata, “Claudia adalah seorang pejuang. Beliau mungkin tiada tetapi semangatnya akan terus kekal dihati kami.”
Wartawan yang disukai ramai itu terbunuh pada pukul 2.30 pagi (8.30 pagi waktu Malaysia) pada Sabtu semasa bercuti dengan dua orang kawannya.
Polis Lubnan telah menahan dua orang yang bersama beliau ketika beliau terbunuh.
Mendiang juga pernah berkhidmat dengan akhbar The Sun dan portal berita Malaysiakini.
T K Letchumy Tamboo
Mon Feb 04 2013


RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mayat mendiang Claudia tiba malam semalam
Mayat Penerbit Bahasa Inggeris Portal Berita Al-Jazeera, mendiang Claudia Theophilus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 9.40 Sabtu malam.

Mayat mendiang Claudia dijangka tiba malam ini
Mayat mendiang Claudia Theophilus, penerbit berita Al-Jazeera yang mati akibat terkena tembakan di Lubnan baru-baru ini, dijangka tiba malam ini.

Mayat Claudia tiba di Malaysia Jumaat ini
Mayat wartawan Al-Jazeera warga Malaysia, Claudia Theophilus dijangka tiba di Malaysia pada Jumaat ini.

Mayat wartawan terkorban di Lubnan dijangka tiba esok
Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO akan membantu menguruskan penghantaran pulang mayat Claudia Theophilus, Penerbit Bahasa Inggeris portal berita Al-Jazeera, yang maut terkena tembakan Sabtu lalu.

Keluarga mendiang Claudia mohon privasi
Keluarga Claudia Theophilus, wartawan Malaysia yang terbunuh dipercayai akibat terkena tembakan dalam satu insiden di Lubnan meminta media menghormati saat kesedihan yang dilalui oleh mereka.

Laman Facebook untuk Claudia Theophilus
Kematian mengejut wartawan Malaysia Claudia Theophilus di Baakleen pada Sabtu telah disusuli dengan satu laman Facebook.

Rakan wartawan terkejut dengan kematian Claudia
Bekas rakan setugas di akhbar 'The Sun', Husna Yusop sedih dengan berita kematian wartawan Al-Jazeera Claudia Theophilus.

Wartawan Malaysia mati tertembak di Lubnan
Seorang wartawan warga Malaysia, Claudia Theophilus dilaporkan mati tertembak di Lubnan.