KUALA SELANGOR: Laluan di persimpangan bertingkat Bandar Bukit Raja Utara ke persimpangan bertingkat Assam Jawa, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan dibuka kepada pengguna bermula pada 12.01 tengah malam ini.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pengecualian tol juga diberikan bermula waktu sama tengah malam ini hingga 11.59 malam 2 Jan 2024, kepada pengguna lebuh raya yang memasuki laluan Seksyen 6 sepanjang 21.8 kilometer (km) dari Plaza Tol Bandar Bukit Raja Utara ke Plaza Tol Assam Jawa atau arah sebaliknya.
"Bagi pengguna yang memasuki Lebuhraya WCE dari Seksyen 5 iaitu dari Plaza Tol Bandar Bukit Raja Selatan ke Plaza Tol Assam Jawa atau arah sebaliknya, akan dikenakan nilai kadar tol sedia ada mengikut jenis kelas kenderaan masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan laluan Seksyen 6 WCE, di persimpangan bertingkat Bandar Bukit Raja Utara ke persimpangan bertingkat Assam Jawa di sini hari ini.
Nanta berkata pembukaan laluan lebuh raya Seksyen 6 itu dijangka dapat menjimatkan masa perjalanan dari Kapar, Klang ke Assam Jawa, Ijok yang dijangka mengambil masa hanya 15 minit berbanding 45 minit sebelum ini melalui laluan sedia ada.
"Pengurangan masa perjalanan selama 30 minit ini menjanjikan kemudahan dan keselesaan yang lebih baik kepada pengguna lebuh raya.
"Selain itu, pembukaan laluan lebuh raya Seksyen 6 ini akan memberi impak positif dalam merancakkan industri pelancongan tempatan, dengan destinasi pelancongan menarik seperti Bandar Warisan Batu Arang, Bukit Malawati, Sky Mirror, dan Taman Kelip-Kelip Kampung Kuantan boleh diakses lebih mudah oleh pengunjung," katanya.
Jelas Nanta lagi, pembukaan laluan itu secara tidak langsung dapat meningkatkan aktiviti pelancongan di kawasan itu serta mewujudkan peluang baharu untuk perniaga tempatan sekali gus merancakkan pertumbuhan sosioekonomi komuniti.
Empat seksyen pertama Lebuhraya WCE telah dibuka pada 2019, melibatkan tiga seksyen di negeri Perak iaitu Seksyen 8 (Hutan Melintang-Teluk Intan), Seksyen 9 (Lekir-Changkat Chermin) dan Seksyen 10 (Changkat Chermin-Beruas), manakala satu seksyen di Selangor iaitu Seksyen 5 (Bandar Bukit Raja Selatan-Bandar Bukit Raja Utara).
Sementara itu, mengulas kenyataan keluarga Syed Asnan Sayed Mokhtar, 37, yang ingin menyaman kerajaan selepas lelaki tersebut maut dalam kemalangan jalan raya, Nanta berkata ia adalah hak rakyat dan pihaknya sedang melaksanakan siasatan serta meneliti laporan berhubung kejadian berkenaan.
Sabtu lepas, seorang kerani maut selepas motosikal ditunggangnya terlanggar lubang sebelum terjatuh lalu digilis lori treler di lampu isyarat Batu 5, Jalan Meru, Klang dekat sini.
Dalam perkembangan lain, Nanta berkata kementeriannya menerima lebih 4,000 aduan menerusi aplikasi MYJalan setakat minggu lepas, dan orang ramai digalakkan terus menyalurkan maklumat supaya kerosakkan jalan raya dapat dibaik pulih.
Aplikasi MYJalan merupakan platform bagi memudahkan pengguna membuat aduan dan semua jenis aduan jalan akan diterima walaupun yang bukan diselenggara Kementerian Kerja Raya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023
![Laluan Seksyen 6 WCE dibuka tengah malam ini, pengecualian tol hingga 2 Jan Laluan Seksyen 6 WCE dibuka tengah malam ini, pengecualian tol hingga 2 Jan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700466904_TBDATUKSERIALEXA.jpg)
Nanta (dua, kiri) hadir pada Majlis Pembukaan Seksyen 6 Dari Persimpangan Bertingkat Bandar Bukit Raja Utara Ke Persimpangan Bertingkat Assam Jawa Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) di Plaza Tol WCE Assam Jawa hari ini. - Foto Bernama
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Pemandu lori maut kemalangan di WCE Pemandu lori maut kemalangan di WCE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739233661_kemalangan.jpg)
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.
![Siasatan kes kemalangan dua beradik maut di Ipoh masih berjalan - Polis Siasatan kes kemalangan dua beradik maut di Ipoh masih berjalan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737971463_tbDCPZulkafliSaria.jpg)
Siasatan kes kemalangan dua beradik maut di Ipoh masih berjalan - Polis
Polis sudah memperoleh bukti menerusi rakaman kamera papan pemuka berhubung insiden dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan MPV di Jalan Pasir Puteh.
![Jajaran Seksyen 2 WCE dibuka bermula tengah malam ini Jajaran Seksyen 2 WCE dibuka bermula tengah malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737440680_TBWCEBUKA.jpg)
Jajaran Seksyen 2 WCE dibuka bermula tengah malam ini
Pembukaan jajaran ini dijangka mengurangkan kos operasi sektor logistik, mempermudah penghantaran barangan, dan meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.
![Tiada lagi tol percuma musim raya, pertimbang ganti mekanisme baharu Tiada lagi tol percuma musim raya, pertimbang ganti mekanisme baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682329416_TBTOLGOMBAK.jpg)
Tiada lagi tol percuma musim raya, pertimbang ganti mekanisme baharu
Pemberian tol percuma mungkin akan dilaksanakan sekiranya terdapat pertimbangan lain dan ia akan diumumkan dari semasa ke semasa.
![Seksyen 11 WCE mula laksana kutipan tol pada 24 Julai Seksyen 11 WCE mula laksana kutipan tol pada 24 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712541935_lebuhrayaWCEjpg.jpg)
Seksyen 11 WCE mula laksana kutipan tol pada 24 Julai
Jajaran Seksyen 11 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan Taiping Selatan-Trong-Beruas akan melaksanakan kutipan tol bermula 12.01 tengah malam pada 24 Julai ini.
![Lelaki maut tersepit, kereta terbabas di lebuh raya WCE Lelaki maut tersepit, kereta terbabas di lebuh raya WCE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713090544_Lelakimauttersepit.jpg)
Lelaki maut tersepit, kereta terbabas di lebuh raya WCE
Seorang lelaki maut setelah kereta yang dipandunya terbabas di bahu jalan dekat KM 254 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
![Laluan Seksyen 6 WCE dibuka tengah malam ini, pengecualian tol hingga 2 Jan Laluan Seksyen 6 WCE dibuka tengah malam ini, pengecualian tol hingga 2 Jan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700466904_TBDATUKSERIALEXA.jpg)
Laluan Seksyen 6 WCE dibuka tengah malam ini, pengecualian tol hingga 2 Jan
Laluan di persimpangan bertingkat Bandar Bukit Raja Utara ke persimpangan bertingkat Assam Jawa, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan dibuka kepada pengguna bermula pada 12.01 tengah malam ini.
![Kereta hilang kawalan punca pemandu rentung dalam nahas di WCE - Polis Kereta hilang kawalan punca pemandu rentung dalam nahas di WCE - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697334869_PemanduRentung.jpg)
Kereta hilang kawalan punca pemandu rentung dalam nahas di WCE - Polis
Kemalangan yang mengorbankan pemandu kereta di Plaza Tol Lekir arah selatan dekat Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat dipercayai akibat hilang kawalan.
![Pemandu rentung, kereta terbakar rempuh pembahagi tol di WCE Pemandu rentung, kereta terbakar rempuh pembahagi tol di WCE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697318956_PemanduRentung.jpg)
Pemandu rentung, kereta terbakar rempuh pembahagi tol di WCE
Identiti mangsa yang terperangkap dan maut dalam kenderaan berkenaan masih belum dikenal pasti.
![Laluan pintas Terowong Menora lebih mahal berbanding WCE? - Aziz Bari Laluan pintas Terowong Menora lebih mahal berbanding WCE? - Aziz Bari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41438237253_ABDULAZIZBARI.jpg)
Laluan pintas Terowong Menora lebih mahal berbanding WCE? - Aziz Bari
Projek pembinaan jalan baharu itu dianggarkan bernilai lebih RM5.7 bilion manakala WCE pula melibatkan sebanyak RM5 bilion.