Pelajar cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018, Abdul Manaf Abdul Aziz, tidak henti-henti mengucapkan syukur kerana laluannya untuk bergelar doktor semakin cerah selepas tersenarai sebagai calon penerima biasiswa Yayasan Bank Rakyat (YBR).
Abdul Manaf, 18, yang memperoleh 10A, mengakui gusar akan masa depannya ekoran kehidupan keluarganya yang miskin dan bergantung kepada pendapatan bapanya, Abdul Aziz Osman, 60, yang bekerja kampung.
Bekas pelajar Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah (SHAH) di sini, berkata gurunya, Norzul Farizah Zulkipli antara insan yang paling istimewa kerana kisah kemiskinannya menjadi tular di lama sosial disebabkan guru Bahasa Melayu itu.
"Cikgu memuat naik kisah saya di akaun Facebooknya dengan niat untuk dijadikan kenangan kerana saya memohon doanya memandangkan emak (Hasliza Amanah) telah meninggal dunia... tapi tak sangka kisah saya menjadi tular sehingga ramai yang tampil untuk membantu.
"Awalnya saya buntu bagaimana mahu mencapai cita-cita untuk bergelar doktor tanpa menambah beban kewangan keluarga... pelbagai usaha dilakukan untuk mencari biasiswa. Alhamdulillah, pertolongan cikgu menjadikan jalan hadapan saya cerah," katanya.
Abdul Manaf berkata demikian semasa ditemui di rumahnya di Kampung Temai Tengah di sini, pada Jumaat, selepas menerima kunjungan Pengurus Besar YBR, Norashikin Shaharudin bagi menyampaikan bantuan awal pendidikan sebanyak RM1,500 dan berita gembira bahawa remaja itu kini tersenarai sebagai calon penerima biasiswa YBR.
Abdul Manaf, yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik, berkata beliau setakat ini menerima tawaran biasiswa daripada beberapa pihak termasuk YBR, selain tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Bagaimanapun, katanya, beliau masih memikirkan tawaran yang diterima dan akan mendapat pandangan guru serta melaukan solat Istikarag supaya pilihan yang dibuat adalah terbaik.
Sementara itu, Norashikin berkata Abdul Manaf merupakan finalis tunggal penerima biasiswa yang memilih bidang kedoktoran dan kini perlu mengikuti kem pemilihan bagi menentukan 15 penerima biasiswa yayasan itu selain berpeluang mendapat biasiswa penuh dengan syarat dan terma yang ditentukan.
"Kesungguhan Abdul Manaf dalam mencapai impiannya harus menjadi contoh dan iktibar kepada semua. Hanya kesungguhan yang tinggi membolehkan kita mencapai apa juga impian," katanya.
Norashikin berkata sejak ditubuhkan pada 16 Mei 2007 hingga Januari lalu, YBR telah membantu 4,900 pelajar dari keluarga kurang berkemampuan dengan jumlah tajaan keseluruhan bernilai RM100 juta selain menerima 25,000 permohonan berkaitan produk pembiayaan pendidikan setiap tahun.
Katanya, pelajar tajaan YBR juga akan melalui beberapa siri latihan peningkatan kemahiran diri dan kemahiran insaniah manakala pelajar yang tersasar daripada gred minima akan menerima bimbingan bagi membantu mereka kembali cemerlang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2019
Norashikin Shaharudin (dua, kiri) menyampaikan bantuan awal persekolahan kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Abdul Manaf Abdul Aziz (dua,kanan) di rumahnya di Kampung Temai Tengah p[ada Jumaat. - Bernama
Ciri baharu jadikan penjejakan pedati Thaipusam lebih menarik
Lebih 1.5 juta penganut Hindu dari seluruh negara serta pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang bagi sambutan Thaipusam tahun ini.
Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.
Singapura hantar bantuan kemanusiaan ketujuh ke Gaza
Pengaturan penghantaran bantuan telah disahkan dengan Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi.
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Polis menggesa orang ramai menjauhkan diri dari sekolah berkenaan yang terletak di bandar Orebro, kira-kira 160 km ke barat Stockholm.
Bekas ketua NATO, Stoltenberg dilantik sebagai Menteri Kewangan Norway
Stoltenberg pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Norway dari 2000 hingga 2001 dan dari 2005 hingga 2013.
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun manakala di Sabah kekal setakat 8 malam Selasa.
10 Berita Pilihan - (4 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 5 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Argentina perintis hasilkan kuda guna teknik CRISPR-CAS9
Menurut Pengasas & Pengarah Saintifik Keiron, Gabriel Vichera, mereka mengambil gen daripada seekor kuda betina Argetina serta gen lain yang sudah disunting untuk meningkatkan kelajuan lima kuda tersebut tanpa menjejaskan ciri-ciri asal.
UK, EU bakal runding tingkat keselamatan dan perdagangan
London dan Brussels yakin dapat mencapai persetujuan meningkatkan kerjasama dalam keselamatan, penguatkuasaan perundangan dan penghapusan halangan perdagangan menjelang Mei.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Laluan pelajar cemerlang Abdul Manaf bergelar doktor semakin cerah
Pelajar cemerlang SPM 2018 yang memperoleh 10A, mengakui gusar akan masa depannya ekoran kehidupan keluarganya yang miskin.