KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya dijangka mencapai kekerapan tren tiga minit pada waktu puncak menjelang hujung bulan ini.
Menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) ketika ini kekerapan tren adalah 3.8 minit pada waktu puncak berbanding 4.4 minit pada Disember 2022 berikutan pengoperasian tiga tren baharu di laluan itu bermula bulan lepas.
"Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) telah melaksanakan beberapa usaha untuk meningkatkan kekerapan perkhidmatan tren. Tiga tren empat gerabak (bagi laluan Kelana Jaya) telah memulakan operasi pada September 2023.
"Baki 16 tren lagi akan diterima secara berperingkat sehingga Disember 2024 di bawah projek Kuala Lumpur Additional Vehicles 27 (KLAV27)," menurut kementerian itu dalam jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, hari ini.
Bagi laluan Transit Aliran Massa (MRT) Kajang pula, MOT memaklumkan penggantian roda tren sedang dilaksanakan dan kekerapan tren pada waktu puncak disasar akan bertambah baik dari enam minit kepada empat minit pada hujung Januari 2024.
Selain itu, kementerian memaklumkan Prasarana sedang melaksanakan beberapa inisiatif untuk LRT Laluan Kelana Jaya dan MRT Laluan Kajang termasuk program khas bagi membaik pulih komponen tren yang kerap mengalami masalah.
"(Antara masalah itu) penukaran tayar tren dan aktiviti penyelenggaraan yang berfokuskan kepada punca kegagalan tren semasa operasi untuk meningkatkan ketersediaan tren," menurut MOT.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2023
Menurut MOT, ketika ini kekerapan tren adalah 3.8 minit pada waktu puncak berbanding 4.4 minit pada Disember 2022 berikutan pengoperasian tiga tren baharu di laluan itu bermula bulan lepas. - Gambar fail/Bernama
Op Ladang: AGC setuju dakwa bekas pengurus besar NAFAS - Azam Baki
Seorang bekas pengurus besar NAFAS dijangka dihadapkan ke mahkamah hujung bulan ini, berhubung kes rasuah membabitkan bekalan baja padi bernilai RM1.8 bilion.
Boleh berhimpun tapi ikut peraturan - Saifuddin
Rakyat bebas berhimpun namun perlu mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 bagi memudah cara dan menghormati hak semua pihak terlibat.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, akta itu dikuatkuasakan bagi memudah cara perjalanan sesuatu perhimpunan pada hari kejadian.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, akta itu dikuatkuasakan bagi memudah cara perjalanan sesuatu perhimpunan pada hari kejadian.
Dua individu termasuk seorang timbalan pengarah direman
SPRM Negeri Sembilan menahan reman dua individu termasuk seorang timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM600, 000.
Bayaran STR fasa 1 bermula esok, peruntukan RM2.3 bilion
Pembayaran STR Fasa 1 disalurkan mulai Rabu melibatkan peruntukan RM2.3 bilion, meningkat berbanding RM2.1 bilion pada tahun lepas.
Penganjur perhimpunan diingatkan patuhi Akta Perhimpunan Aman - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri mengingatkan pihak penganjur perhimpunan di ibu negara pada Sabtu ini, agar mematuhi setiap peruntukan yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman.
Majoriti negara anggota ASEAN perlu guna pakai zon waktu seragam - Abdul Wahid
Idea itu bukan baharu dan kali pertama telah dicadangkan pada 1995.
[TERKINI] COO syarikat konsesi lebuh raya, pengurus syarikat dihadap ke mahkamah
SPRM mendapat kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa dua individu berkaitan dua projek lebuhraya di Lembah Klang.
Kes pukul OKU: Perbuatan tidak wajar, perlu diambil tindakan - Fahmi
Fahmi menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan kandungan media sosial dan platform lain yang sering menjadi lubuk sebaran maklumat palsu.
Gempa bumi di Taiwan cederakan 15 orang - Laporan
Sekurang-kurangnya 15 orang cedera selepas gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda Taiwan.
Op Lintas: COO syarikat konsesi lebuh raya, pengurus syarikat bakal dihadap ke mahkamah - Azam Baki
SPRM telah mendapat keizinan daripada pihak Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa dua individu berkaitan dua projek lebuh raya di Lembah Klang.
Laluan LRT Kelana Jaya dijangka capai kekerapan waktu puncak 3 minit hujung bulan ini
Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya dijangka mencapai kekerapan tren tiga minit pada waktu puncak menjelang hujung bulan ini.