Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan kerjasama memberikan kemudahan dengan membuka laluan khas kepada pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai yang bekerja atau tinggal di Singapura untuk balik mengundi 16 November ini.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud dan Setiausaha SPR Datuk Mohamed Elias Abu Bakar menerusi kenyataan bersama berkata laluan khas itu dibuka di kaunter Imigresen di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor Bahru.
"Laluan khas ini terhad untuk pengundi yang menggunakan pengangkutan bas dan kereta sahaja," kata Khairul Dzaimee dan Mohamed Elias menerusi kenyataan itu.
Di BSI, laluan khas kereta melibatkan empat kaunter di Zon D dan bas melibatkan kaunter 1,2,3 dan 4, manakala di KSAB, laluan khas kereta melibatkan empat kaunter di laluan kontra manakala Dewan Pelancong melibatkan 12 kaunter.
Waktu operasi yang ditetapkan selama 24 jam pada Jumaat manakala 12.01 pagi hingga 4 petang pada Sabtu.
Bagi tujuan mengenal pasti pengundi bagi PRK Parlimen Tanjung Piai, mereka dinasihatkan supaya membawa bersama slip maklumat semakan daftar pemilih yang mengandungi maklumat pengundian bagi PRK Tanjung Piai dengan slip terbabit boleh dicetak dari portal SPR, https://pengundi.spr.gov.my.
"Selain itu, pengundi juga boleh membuat semakan daftar pemilih di aplikasi MySPR Semak di telefon pintar masing-masing dan menunjukkan maklumat tersebut kepada pegawai Imigresen yang bertugas.
"Maklumat semakan daftar pemilih tersebut adalah bagi pengesahan mereka adalah pengundi bagi PRK Tanjung Piai untuk membolehkan mereka menggunakan laluan khas yang disediakan," menurut kenyataan itu lagi.
Bagi memastikan inisiatif berkenaan berjalan lancar, Imigresen akan memastikan sistem pemeriksaan berfungsi dengan baik serta melibatkan pegawai yang bertugas lebih masa dan penugasan semula pegawai-pegawai akan turut dilaksanakan bagi membantu aspek operasi dan kawalan dalam pelaksanaan laluan khas ini.
"Hebahan maklumat berhubung pelaksanaan laluan khas tersebut akan dibuat dari semasa ke semasa melalui media massa dan media sosial iaitu di Facebook dan Twitter Imigresen dan SPR untuk memastikan pengundi maklum akan kemudahan yang disediakan tersebut," menurut kenyataan itu.
Untuk sebarang pertanyaan, para pengundi boleh menghubungi Imigresen di talian 03-88801555 atau SPR di talian 03-88927018 yang dibuka pada waktu pejabat sehingga 5.30 petang, 16 November
--BERNAMA
Bernama
Tue Nov 05 2019
Laluan khas ini terhad untuk pengundi yang menggunakan pengangkutan bas dan kereta sahaja - Gambar Bernama
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
Dua polis BSI ditahan bantu siasatan kes pemerasan
Dua anggota polis yang berkhidmat di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) ditahan semalam, bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan seorang lelaki tempatan yang bekerja di Singapura.
Peras ugut: Reman dua anggota polis BSI disambung hingga esok
Tempoh reman dua anggota polis dipercayai melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) disambung sehari lagi.
Dua polis dipercayai peras ugut lelaki di BSI ditahan
Dua anggota polis dipercayai melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) membabitkan nilai RM2,000 ditahan.
Imigresen Johor cari pendekatan, formula tambah baik sistem CIQ BSI dan KSAB
Tindakan itu selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang dizahirkan baginda menerusi satu perbincangan pada Selasa.
KPISM sanjung keprihatinan MB Johor
KPISM sentiasa berhubung rapat dengan pegawai yang bertugas di pintu masuk utama negara terutamanya BSI yang juga merupakan antara pintu masuk tersibuk di dunia.
Dua anggota trafik disiasat lakukan pemerasan - Polis Johor
Polis Johor menjalankan siasatan berhubung video tular tindakan anggota polis trafik didakwa melakukan pemerasan terhadap warga Singapura di Bangunan Sultan Iskandar.
CIQ BSI alami gangguan bekalan elektrik selama satu jam
Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), mengalami gangguan bekalan tenaga elektrik selama sejam, petang tadi.
BSI tutup beberapa kaunter zon bas, laluan automatik mula esok
CIQ BSI akan menutup beberapa kaunter zon bas dan laluan automatik (sistem e-gate) bermula Jumaat selama sebulan untuk memberi laluan kerja-kerja menaik taraf.
Polis tambah kekuatan anggota di CIQ untuk memudahkan pengundi pulang
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata bagaimanapun jumlah anggota yang terlibat belum ditentukan.
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di BSI
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di kawasan Bangunan Sultan Iskandar, 22 Mei lepas.