Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) akan memantau pelaksanaan projek-projek kecil dan bank-bank terlibat bagi memastikan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) mencapai sasarannya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed menjelaskan, laporan LAKSANA itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri pada setiap minggu.
"Mengenai penyampaian projek-projek dan bank, di Kementerian Kewangan kita ada LAKSANA. LAKSANA akan pantau. Perdana Menteri akan beri dua laporan,iaitu pertama ialah status pelaksanaan projek-projek kecil.
"Pakej pertama ialah RM2 bilion. Pakej yang diumumkan Perdana Menteri yang baharu ini RM2 bilion. Jadi jumlah RM4 bilion, contoh seperti projek cat bangunan, surau, sekolah dan sebagainya. Maka ia akan dipantau LAKSANA setiap minggu di MOF, dan laporan seminggu sekali oleh Perdana Menteri," katanya semasa Program Bicara Naratif yang disiarkan RTM pada Sabtu.
Katanya secara umumnya, ramai yang memberi sokongan kepada Pakej PRIHATIN.
"Secara umumnya ramai yang menerima baik pakej PRIHATIN. Antaranya CUEPACS, yang menyatakan baik untuk kakitangan kerajaan, MTUC pula mengatakan sebut bahawa ia baik untuk pekerja," katanya lagi.
Namun, beliau mengakui ada juga pihak yang skeptikal dengan pengumuman pakej berkenaan.
Apa yang penting katanya beban yang dihadapi ketika ini ditanggung bersama baik di pihak kerajaan, pihak swasta dan pihak bank terutamanya.
"Baik negeri pembangkang juga, tiada isu politik. Kita kena lupakan semua. Seperti Perdana Menteri cakap kita tak sempurna.
"Kita menghargai semua pandangan. Namun kita harap jangan ada yang pusing-pusing dan sebarkan berita palsu. Harap pihak berkenaan akan ambil tindakan," ujar beliau.
Sementara itu, hampir kesemua sektor akan menerima kesan kegawatan ekonomi susulan krisis COVID-19.
Katanya, sektor pelancongan adalah industri yang paling teruk terjejas.
"Kesannya memang sepanjang tahun ini kita akan rasa gawat. Kita ada bercakap dengan pihak industri hotel di Majlis Tindakan Ekonomi, kita jumpa Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan juga mereka yang dalam peruncitan. Semua mengeluh dan kita telah bentangkan kertas Majlis Tindakan Ekonomi.
"Jadi hampir kesemua sektor akan terkesan kecuali mungkin pertanian. Itu pun kadang-kadang kilang tak beroperasi sepenuhnya. Paling teruk sekarang ialah pelancongan. Pelancongan dari luar negara sifar sekarang. Kalau tahun lepas pelancong 2 juta setahun, sekarang Mac hingga April kosong. Jadi pada pandangan saya tahun ini amat mencabar," tambahnya.
Justeru, melalui pelbagai langkah dilakukan, beliau menjangkakan tanda-tanda pemulihan ekonomi mungkin berlaku pada akhir tahun ini atau awal tahun depan.
Astro Awani
Sat Mar 28 2020
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed menjelaskan, laporan LAKSANA itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri pada setiap minggu.
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Filem 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Bintang utamanya Wu Kang-ren yang membawakan watak Abang turut memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi kategori Feature Snow Leopard.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'
Amina berkata langkah pencegahan telah lama dijalankan, dan ABM kini memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank bagi menghentikan kegiatan ini.
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
Bank-bank Vietnam tidak lagi sesak dengan pembeli emas selepas pendaftaran dalam talian dibuka
Beberapa bank sudah membenarkan pendaftaran pembelian emas berjenama Saigon Jewelry Company Limited (SJC) di laman sesawang mereka.
Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.
Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.
Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.
Tiga cedera ringan, polis bantuan tertembak lantai bank
Tiga cedera ringan apabila seorang polis bantuan lelaki dipercayai terlepas tembakan ketika berurusan di sebuah bank di Pekan Jasin, di sini, pada Selasa.
Pertumbuhan pinjaman bank diunjur lebih perlahan jika KDNK lebih lemah daripada jangkaan - Maybank IB
Pertumbuhan pinjaman terus menjadi menyederhana pada Julai 2023 kepada 4.2% dari tahun ke tahun.