LAHAD DATU: Usaha menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan, GiatMARA Silam di sini membantu menghasilkan Jalur Gemilang gergasi setinggi tiga tingkat Pejabat Daerah Lahad Datu yang kemudian dipasang di bangunan pentadbiran berkenaan, hari ini.
Tenaga pengajar GiatMARA Habibah Ladali ketika ditemui berkata dua tenaga pengajar serta lima pelajar bertungkus lumus menyiapkan bendera gergasi sepanjang 9.144 meter dengan ketinggian 18.288 meter itu dalam tempoh dua minggu.
"Kita bekerja siang dan malam kira-kira 10 jam sehari bagi menyiapkan Jalur Gemilang ini, proses menghasilkan bermula pada 4 Ogos dan siap pada 16 Ogos, boleh disiapkan lebih awal lagi tetapi kami berdepan sedikit masalah teknikal, harapan kami usaha ini membantu menyemarakkan semangat Bulan Kebangsaan," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Habibah ditemui pemberita selepas pelepasan program Konvoi Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 yang disempurnakan Pegawai Daerah Lahad Datu Firuz Idzualdeen Benetty Mohd Dzul di sini.
Dalam pada itu, Firuz Idzualdeen Benetty berkata pemasangan Jalur Gemilang gergasi itu di bangunan pejabat daerah merupakan idea jawatankuasa sambutan Bulan Kemerdekaan kerana lokasi strategik yang terletak di tengah bandar Lahad Datu.
"Idea ini direalisasikan dengan kerjasama pihak GiatMARA, semoga dengan berkibarnya Jalur Gemilang gergasi ini penduduk Lahad Datu turut merasai perasaan teruja untuk mengibarkan Jalur Gemilang dan menyertai dalam apa jua aktiviti sempena Bulan Kebangsaan ini.
"Saya juga 'menjemput' agar pemilik-pemilik premis, kediaman dan kenderaan di sini untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah bersempena pelancaran kibarkan Jalur Gemilang ini," katanya.
Sementara itu, Ketua KMJG 2023 Jainisah Mohd Noor berkata program tahunan Jabatan Penerangan Malaysia itu bagi menyemai serta menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia di setiap daerah di Sabah.
"Perpaduan yang sedia terjalin haruslah dipelihara sambil meraikan kepelbagaian budaya yang ada agar kita kekal kuat dan tidak alpa, marilah juga bersama mempertahankan nikmat kemerdekaan yang dikecapi dengan memelihara keharmonian," katanya yang juga Pengarah Jabatan Penerangan Sabah.
Konvoi KMJG 2023 sudah memasuki hari ke-13 kembara dan Lahad Datu merupakan lokasi ke 56 daripada 66 persinggahan keseluruhannya yang kini telah menjelajah sejauh 2,021 kilometer.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 18 2023

Pemasangan Jalur Gemilang gergasi di bangunan Pejabat Daerah Lahad Datu disifatkan lokasi strategik kerana ia terletak di tengah bandar Lahad Datu. - Facebook UPPM N62 Silam

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jalur Gemilang gergasi di puncak Menara KL
Jalur Gemilang gergasi berukuran 57 kaki lebar dan 114 kaki panjang pada antenanya dikibarkan pada ketinggian 383 meter dari aras tanah.

Lahad Datu kibar Jalur Gemilang gergasi semarak bulan kebangsaan
Dua tenaga pengajar dan lima pelajar menyiapkan bendera sepanjang 9.144 meter dengan ketinggian 18.288 meter dalam tempoh dua minggu.