LABUAN: Sebanyak 90 peratus atau 62,632 populasi dewasa di Labuan telah divaksinasi setakat semalam.
Pengerusi Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Labuan Rithuan Ismail berkata daripada jumlah itu, 62 peratus atau 42,501 orang sudah melengkapkan dos kedua vaksin COVID-19.
"Pencapaian memperoleh jumlah besar penduduk untuk divaksin bukanlah tugas yang mudah...ini adalah hasil kerjasama rapat daripada rakyat, pelbagai agensi kerajaan dan Majlis Perwakilan Penduduk.
"Pembukaan lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV), dengan kaedah walk-in dan pandu lalu banyak membantu mempercepatkan proses vaksinasi," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata CITF telah menyenaraikan sejumlah 68,500 populasi dewasa di pulau bebas cukai ini untuk menerima vaksin mereka sama ada Pfizer-BioNTech atau Sinovac di lima PPV iaitu Dewan Kolej Matrikulasi Labuan, Dewan Sri Labuan Jabatan Kerja Raya, Dewan Kompleks Darul Kifayah, dewan serbaguna Blok B Taman Perumahan Mutiara dan Dewan Foo Chow.
Rithuan berkata daripada jumlah 90 peratus yang divaksin itu, hanya 9.6 peratus bukan warganegara Malaysia.
"Sasaran kami adalah memastikan semua orang berusia 18 tahun ke atas, tanpa mengira status kewarganegaraan, selagi mereka tinggal di Labuan mereka boleh mendapatkan vaksin, ini adalah satu cara untuk membendung penularan COVID-19," katanya.
Beliau berkata pasukan vaksinasi bergerak Jabatan Kesihatan Labuan juga telah mula memberikan suntikan vaksin kepada orang kurang upaya (OKU), warga emas dan pesakit terlantar dari rumah ke rumah.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata sebanyak 40,000 dos vaksin Pfizer akan tiba di Labuan pada 20 Julai yang boleh diberikan kepada 20,000 individu.
"Selain memberikan vaksin kepada masyarakat tempatan, kami juga berkewajipan memvaksin mereka yang terlibat dalam sektor minyak dan gas serta perkapalan, kerana mereka sering datang ke pulau ini," katanya.
Dalam pada itu, Dr Ismuni berkata hanya 2.3 peratus atau 494 orang yang menjalani ujian saringan COVID-19 di dua penempatan setinggan di Kampung Saguking/Gersik semalam diuji positif.
Ujian saringan itu merupakan sebahagian daripada usaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Labuan untuk mengekang penularan COVID-19 di penempatan yang berkepadatan penduduk dengan separuh daripada populasi di situ adalah warga asing.
Labuan menyaksikan trend penurunan bilangan individu yang didapati positif COVID-19, dengan kes baharu mencatatkan dua angka beberapa hari lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 18 2021
Sebanyak 90 peratus atau 62,632 populasi dewasa di Labuan telah divaksinasi setakat semalam. - Gambar hiasan/BERNAMA
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
Leading the Way: Malaysia's data centre rise & global impact
Malaysia has been ranked first among regional peers in Southeast Asia in Knight Frank’s SEA-5 Data Centre Opportunity Index for the second consecutive year with an annual take-up of 429 megawatts (MW). In its Data Centre Research Report 2024, the global property consultancy said growth is driven by strategic investments from tech giants like Microsoft, Amazon Web Services (AWS), Google, and Oracle, totalling 23.3 billion USD.
Spekulasi tinggalkan Old Trafford: Amorim salahkan penasihat Rashford
Rashford dalam satu temu bual seakan mahukan 'cabaran baru' selepas diketepikan daripada perlawanan awal bulan ini.
SIRIM: 50 tahun terajui transformasi teknologi dan inovasi
SIRIM, sejak penubuhannya pada 1975, telah menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi dan penetapan piawaian. Temu bual ekslusif bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SIRIM, Datuk Indera Ir. Dr Ahmad Sabirin Arshad, FASc berkongsi tentang pencapaian dan rancangan masa depan SIRIM dalam mengukuhkan ekosistem teknologi dan inovasi negara.
[Data & Statistik] Dividen Amanah Saham Bumiputera lebih tinggi?
Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dijangka lebih tinggi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, agihan dividen antara 5.1 dan 5.2 peratus bagi ASB dilihat agak munasabah berdasarkan iklim pelaburan semasa.
Suami tikam isteri marah tidak dapat pinjam duit
Kejadian tikaman berlaku semasa mangsa sedang memasak di dapur.
Tinjauan 2025: Keyakinan PMKS meningkat, landskap global jadi pemboleh ubah
Landskap geopolitik yang tidak menentu, cabaran harga bahan mentah dan pelbagai lagi menjadi cabaran utama kepada PMKS di negara ini. Bagaimana mereka harus mendepaninya? Ulasan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro, Abd Azharee Abdul Wahid.
Indeks Sentimen PKS meningkat, bukti keyakinan PMKS
Momentum positif yang direkodkan dalam kajian ini sekali lagi menekankan kedudukan PMKS sebagai segmen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang secara signifikan kepada trajektori pertumbuhan Malaysia.
Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar
Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di deretan gerai berkenaan.
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Labuan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sabah dan Labuan hari ini.
Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan
Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan.
KPDN Labuan gagalkan cubaan seleweng 500 liter diesel bersubsidi
KPDN Labuan menggagalkan cubaan menyeleweng 500 liter diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris 3.0 - Kita Gempur Ahad lepas.
Tahun pertama galas tanggungjawab terhadap Labuan satu pencapaian produktif - Dr Zaliha
Dr Zaliha sifatkan tahun pertama beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan sebagai satu pencapaian yang produktif.
RM32.917 juta peruntukan untuk projek pembangunan di Labuan tahun depan
Ia termasuk projek menaik taraf Jambatan Patau-Patau 1, pembinaan sel pelupusan sisa sanitari dan penambahbaikan loji rawatan air larut resap.
Kementerian Pengangkutan utama penambahbaikan di Labuan
Kementerian Pengangkutan (MoT) komited untuk memajukan kemudahan pelabuhan Labuan agar ia menjadi pelabuhan yang berdaya saing, mengukuhkan peranannya sebagai pintu masuk ekonomi di pulau itu.
Raja Permaisuri Agong akhiri lawatan rasmi ke Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengakhiri lawatan rasmi sulung selama dua hari ke Labuan hari ini.
Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengunjungi Kolej Matrikulasi Labuan hari ini bersempena dengan lawatan sulung ke Labuan.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
Pelabur China sasar peluang pelaburan di Labuan - Dr Zaliha
Beberapa firma perindustrian di China sasar peluang pelaburan di Labuan terutama dalam sektor kewangan dan pembangunan di Labuan.