Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pemberian dividen 6.35 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.
Ia merupakan bayaran dividen paling tinggi sebanyak RM31.2 bilion kepada ahlinya, meningkat 13.66 peratus daripada RM27.45 bilion pada 2012.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata prestasi KWSP konsisten dan stabil terutamanya bagi lima tahun lepas.
“Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, KWSP telah mempelbagaikan portfolio dengan memperluaskan skop aset pelaburan bagi menguruskan risiko pasaran dan menjana pulangan yang konsisten.
“Sejak krisis kewangan global 2008, KWSP telah mengisytiharkan dividen dikompaun melebihi RM120 bilion kepada ahlinya. Saiz aset pelaburan KWSP termasuk caruman tahunan bersih telah mencatatkan peningkatan kukuh; daripada RM342.01 bilion pada 2008 kepada RM586.66 bilion pada penghujung tahun 2013.” tambah beliau.
Kadar dividen ini diisytiharkan hasil daripada pendapatan pelaburan kasar yang mencatatkan rekod tertinggi sebanyak RM35.00 bilion, meningkat 12.81 peratus daripada RM31.02 bilion yang dicatatkan pada 2012.
Pembayaran dividen 2013 diperoleh setelah ditolak peruntukan rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan dan operasi, caj berkanun serta dividen untuk pengeluaran.
Dengan jumlah ahli KWSP meningkat kepada lebih daripada 13 juta, sebanyak RM4.91 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen bagi 2013.
Ini merupakan 10.06 peratus lebih tinggi berbanding RM4.46 bilion yang dibayar untuk setiap satu peratus kadar dividen pada 2012.
Penyata akaun KWSP yang telah dikreditkan dividen 2013 boleh disemak mulai sekarang secara online melalui i-Akaun di laman web MYEPF.
Ahli juga boleh mendapatkan penyata akaun mereka dari kios KWSP atau cawangan KWSP yang berdekatan mulai hari Isnin, 17 Februaru 2014.
Astro Awani
Sun Feb 16 2014
![KWSP isytihar dividen 6.35% untuk 2013 KWSP isytihar dividen 6.35% untuk 2013](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/81392527937_295x200.jpg)
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![CBP umum 6.5 peratus dividen bagi tahun kewangan 2023 CBP umum 6.5 peratus dividen bagi tahun kewangan 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676016546_TBCoopbank.jpg)
CBP umum 6.5 peratus dividen bagi tahun kewangan 2023
CBP) hari ini mengumumkan kadar dividen bagi Syer Biasa adalah sebanyak 6.50 peratus dan Syer Keutamaan (iRCPS) sebanyak 6.78 peratus bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2023.
![KWSP dijangka mampu capai pulangan yang sama pada 2024 - Ahli akademik KWSP dijangka mampu capai pulangan yang sama pada 2024 - Ahli akademik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704855136_KWSP.jpg)
KWSP dijangka mampu capai pulangan yang sama pada 2024 - Ahli akademik
Williams yakin cabaran pada 2024 adalah lebih kurang sama seperti tahun sebelumnya dan KWSP akan berpeluang meningkatkan prestasinya.
![KWSP umum dividen konvensional 5.5 peratus, shariah 5.4 peratus KWSP umum dividen konvensional 5.5 peratus, shariah 5.4 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709445055_TBKWSP.jpg)
KWSP umum dividen konvensional 5.5 peratus, shariah 5.4 peratus
Jumlah agihan bagi simpanan konvensional melibatkan RM50.33 bilion manakala RM7.48 bilion bagi simpanan shariah.
![Dividen Tabung Haji dijangka umum April ini - Mohd Na'im Dividen Tabung Haji dijangka umum April ini - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706011048_MohdNaimMokhtar.jpg)
Dividen Tabung Haji dijangka umum April ini - Mohd Na'im
Pengumuman dan agihan dividen Tabung Haji (TH) bagi tahun kewangan 2023 dijangka pada April ini iaitu setelah audit penuh dijalankan.
![Petronas akan bayar dividen RM40 bilion kepada kerajaan tahun ini Petronas akan bayar dividen RM40 bilion kepada kerajaan tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685167796_Petronas.jpg)
Petronas akan bayar dividen RM40 bilion kepada kerajaan tahun ini
Liza berkata pembayaran dividen itu dibuat berdasarkan kepada kemampuan Petronas.
![Untung bersih Mr D.I.Y. naik kepada RM150.32 juta pada suku kedua Untung bersih Mr D.I.Y. naik kepada RM150.32 juta pada suku kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71656304111_MrDIY.jpg)
Untung bersih Mr D.I.Y. naik kepada RM150.32 juta pada suku kedua
Perolehan turut naik kepada RM1.10 bilion daripada RM1.05 bilion sebelum ini, didorong oleh sumbangan positif daripada kedai baharu.
![Syarikat MKD sumbang lebih RM50 bilion sebagai dividen kepada kerajaan pada 2022 - Ahmad Maslan Syarikat MKD sumbang lebih RM50 bilion sebagai dividen kepada kerajaan pada 2022 - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689832889_AhmadMaslan.jpg)
Syarikat MKD sumbang lebih RM50 bilion sebagai dividen kepada kerajaan pada 2022 - Ahmad Maslan
Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) menyumbang RM50.7 bilion daripada keuntungan bersih bagi tahun kewangan 2022 sebagai dividen kepada kerajaan.
![Koperasi Angkatan Tentera umum dividen 7 peratus Koperasi Angkatan Tentera umum dividen 7 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687066092_AdlyZahari.jpg)
Koperasi Angkatan Tentera umum dividen 7 peratus
Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) hari ini mengumumkan pulangan dividen tujuh peratus kepada 156,156 anggotanya membabitkan pembayaran sebanyak RM130.4 juta bagi tahun 2022.
![Keuntungan 2022 CBP melonjak 20 peratus, tertinggi dalam sejarah Keuntungan 2022 CBP melonjak 20 peratus, tertinggi dalam sejarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686536205_TBcoop.jpg)
Keuntungan 2022 CBP melonjak 20 peratus, tertinggi dalam sejarah
Baharom berkata, keuntungan itu melonjak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM86.14 juta.
![KAPB perkukuh prestasi, umum kadar dividen 8 peratus KAPB perkukuh prestasi, umum kadar dividen 8 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681081944_IlyasMohamed.jpg)
KAPB perkukuh prestasi, umum kadar dividen 8 peratus
Nilai pulangan pelaburan yang ditawarkan oleh KAPB juga merupakan antara yang tertinggi di Malaysia dengan kadar terendah sebanyak 8 peratus dan tertinggi sebanyak 15 peratus.