PUTRAJAYA: Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (Maksak) diminta mengurangkan kebergantungan kepada konsultan luar, dengan memberi sepenuh kepercayaan kepada penjawat awam melakukan tugas dalam kapasiti dan keupayaan mereka.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali yang juga Yang Dipertua Maksak Malaysia berkata perkara tersebut, selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi rukun keyakinan yang digariskan dalam gagasan Malaysia MADANI, yang diperkenalkannya.
"Maksak perlu menggembling segenap kemahiran dan kepakaran ahli-ahli untuk menyahut cabaran Perdana Menteri ini, dengan mempertingkatkan kemahiran dan keupayaan pegawai-pegawainya.
"(Ini) terutamanya pegawai-pegawai muda untuk meneroka peluang-peluang baharu, bagi melaksanakan program dan inisiatif untuk mencapai matlamat yang telah digariskan oleh kerajaan," katanya ketika berucap pada Malam Anugerah Maksak di sini hari ini.
Malaysia MADANI yang diacu berteraskan enam rukun iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan, diperkenalkan sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia.
Beliau berkata kelebihan keupayaan dan kepakaran penjawat awam muda perlu dimanfaatkan sebaik mungkin, untuk meningkatkan imej perkhidmatan awam sebagai yang terbaik di rantau Asia ini.
"Gagasan Malaysia MADANI ini juga boleh diterapkan dalam kejohanan-kejohanan sukan yang dijalankan oleh Maksak.
"Selain menambah kualiti pengurusan kejohanan dan program yang dianjurkan, penerapan konsep ini diharap boleh membawa pembaharuan yang lebih kreatif dan inovatif, dalam meningkatkan kualiti sukan yang terbaik kepada penjawat awam," katanya.
Mohd Zuki berkata Maksak juga berperanan sebagai satu badan atau entiti yang mampu menyatukan seluruh penjawat awam sama ada di peringkat persekutuan dan negeri menerusi aktiviti atau inisiatif diaturkan melalui acara sukan, khidmat masyarakat, atau kebajikan-kebajikan ahli dan penjawat awam.
Sementara itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada 18 badan gabungan Maksak yang bersama-sama menyertai kejohanan yang dianjurkan pada 2022.
Sebanyak 27 kejohanan dan 22 program telah dianjurkan pada 2022 di seluruh negara, dengan penyertaan seramai 10,536 peserta.
"Insya-Allah pada tahun ini, Maksak Malaysia menyasarkan untuk menganjurkan sebanyak 40 kejohanan dan program di seluruh negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023
Beliau berkata kelebihan keupayaan dan kepakaran penjawat awam muda perlu dimanfaatkan sebaik mungkin, untuk meningkatkan imej perkhidmatan awam sebagai yang terbaik di rantau Asia ini. - Gambar fail/Bernama
Yahya Sinwar sah dibunuh Israel - Hamas
Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel.
Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan yang baharu
Polis Diraja Malaysia umum pertukaran empat pegawai kanan berkuat kuasa 18 Nov ini.
Bilangan warga asing di Jepun cecah rekod 3.5 juta setakat Jun
Bilangan warga asing yang menetap di Jepun mencapai rekod tertinggi lebih 3.5 juta pada separuh pertama 2024, menurut data kerajaan.
Industri perbankan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah ekonomi mampan, inklusif
Institusi kewangan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah mencapai ekonomi inklusif yang mampan di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.
Pembinaan WCE beri manfaat kepada Melaka - Ketua Menteri
Laluan berkenaan bakal menjadi alternatif untuk pengguna ke Melaka selain Lebuhraya Utara-Selatan.
Belanjawan 2025: Komitmen berterusan kerajaan terhadap tanggungjawab fiskal, pertumbuhan seimbang - Khazanah
Khazanah dan syarikat-syarikat portfolionya kekal selaras dengan visi Belanjawan 2025 dan sedia menyokong agenda yang berpandangan jauh.
Belanjawan 2025: Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk pacu inovasi AI
Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk memacu inovasi kecerdasan buatan (AI).
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Belanjawan 2025: Naik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal & program penjagaan kesihatan
Kementerian kesihatan menerima peruntukan sehingga RM45.3 bilion dengan fokus menaik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal, dan program penjagaan kesihatan.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Kurangkan kebergantungan konsultan luar, beri kepercayaan penjawat awam laksana tugas
Maksak diminta mengurangkan kebergantungan kepada konsultan luar, dengan memberi sepenuh kepercayaan kepada penjawat awam melakukan tugas dalam kapasiti dan keupayaan mereka.