KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menyasarkan untuk menurunkan Indeks Tempoh Gangguan Purata Sistem (SAIDI) hingga 100 minit menjelang 2030 dalam usaha mengurangkan gangguan bekalan elektrik untuk rakyat di negeri ini.
Pengerusi SESB Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata nilai SAIDI dalam sistem bekalan elektrik Sabah kini adalah kira-kira 274.43 minit yang dapat diturunkan berbanding 4,109 minit pada 2005, 424 minit pada 2013 dan 302 minit pada tahun lepas.
"Banyak kemajuan telah dicapai dalam nilai SAIDI tetapi SESB akan bekerja keras untuk terus mengurangkannya bagi menjamin keperluan bekalan elektrik yang boleh diharap dan diyakini ke semua kawasan dan di seluruh Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan buku The SESB Story bersempena dengan sambutan Jubli Perak ke-25 SESB dan sambutan Krismas serta Tahun Baharu di sini hari ini, yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif SESB Mohd Yaakob Jaafar.
Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata nilai SAIDI itu antara lima cabaran dihadapi SESB ketika ini, selain mencapai sasaran margin rizab bekalan tenaga elektrik sebanyak 30 peratus berbanding pada masa kini hanya pada paras 12 peratus, yang menyebabkan gangguan bekalan elektrik kepada pengguna.
Beliau berkata kebergantungan kepada Subsidi Sokongan Tarif (TSS) daripada kerajaan Persekutuan menyebabkan aspek kelestarian kewangan SESB berada pada tahap kritikal dan pada tahun lepas, TSS telah mencecah RM862 juta.
"SESB menjual elektrik pada kadar purata tarif asas 34.52 sen seunit elektrik (sen/kWj), jauh lebih rendah berbanding kos purata penjanaan iaitu 43.83 sen/kWj. Perbezaan kadar ini mengakibatkan kerugian purata sebanyak 10 sen/kWj bagi setiap unit elektrik yang dijual," katanya.
Selain itu, bagi melestarikan kewangan SESB, beliau berkata adalah penting bagi SESB mengurangkan kebergantungan kepada mana-mana pihak termasuk subsidi kerajaan untuk memiliki keupayaan penjanaan elektrik sendiri sekurang-kurangnya beban utama SESB sebanyak 700 MW.
Sementara itu pada sidang media, Madius berkata SESB telah bersedia untuk mengambil alih semula kuasa mengawal selia bekalan elektrik negeri selepas persidangan khas Dewan Undangan Negeri Sabah yang dijadualkan pada 3 Jan tahun depan.
Beliau berkata kerjasama antara pengawal selia dengan pembuat dasar penting agar kepentingan semua pihak dapat dilihat bersama dan pada masa sama pengguna juga harus memahami peranan SESB terutamanya berkaitan tarif yang bukan di bawah SESB tetapi ditentukan Suruhanjaya Tenaga.
Sementara itu, beliau berharap buku The SESB Story itu akan memberi maklumat yang mendalam kepada orang ramai mengenai peranan termasuk cabaran yang dihadapi oleh SESB, dan terbitan pertama sebanyak 200 buku akan diedarkan kepada pemimpin masyarakat di Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 28 2023
![Kurangkan gangguan elektrik, SESB sasar turunkan SAIDI hingga 100 minit Kurangkan gangguan elektrik, SESB sasar turunkan SAIDI hingga 100 minit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703762008_DatukSeriWilfredM.jpg)
Pengerusi SESB Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata nilai SAIDI dalam sistem bekalan elektrik Sabah kini adalah kira-kira 274.43 minit. - Gambar fail/Astro AWANI
Tayangan 'BeetleJuice BeetleJuice' buka tirai Festival Filem Venice
Sekuel 'Beetlejuice Beetlejuice' yang diarahkan oleh Tim Burton akan membuka tirai festival filem antarabangsa Venice 2024.
Tujuh mayat rakyat Palestin ditemui dalam serangan baru
Sekurang-kurangnya 7 mayat rakyat Palestin ditemui pada Rabu dalam serangan oleh tentera Israel yang terbaharu.
Dua cedera kejadian tikam di pusat beli belah Israel
Rakaman video yang dikongsi di media sosial menunjukkan dua lelaki terbaring di atas lantai pusat beli-belah berkenaan ketika orang ramai cuba memberi rawatan kecemasan.
Wanita mangsa paling ramai terkorban
Kebanyakan mangsa rempuhan di sebuah perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh, utara India pada Selasa adalah wanita, menurut senarai kematian.
10 Berita Pilihan - (03 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tabung solidariti Selangor FC raih lebih RM76,000
Jumlah sumbangan yang diterima melalui tabung solidariti bersama Selangor FC yang dibuka bermula 26 Jun hingga 2 Julai ditutup dengan jumlah RM76,490.06.
Malaysia akan terus suarakan hak Palestin di UNGA
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia akan terus menggunakan pentas antarabangsa untuk bersuara mengenai hak Palestin secara lantang.
Belum ada keperluan bawa balik tentera pengaman di Lubnan
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Wisma Putra sentiasa memantau keadaan di Semenanjung Gaza dan kawasan sekitar termasuk ketegangan yang berlaku di Lubnan.
PRK Sg Bakap: PH diramal menang jika berjaya tarik undi Melayu
Sejumlah 53.2 peratus pengundi yang ditemui menyatakan akan mengundi PH, manakala 43.0 peratus mengundi Perikatan Nasional (PN) dan selebihnya adalah pengundi atas pagar.
Da'i Syed tarik balik rayuan
Pendakwah selebriti Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkannya membela diri atas pertuduhan merogol seorang wanita, lima tahun lepas.
![SESB pantau kestabilan bekalan elektrik di Labuan SESB pantau kestabilan bekalan elektrik di Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716827749_LogoSESB.jpg)
SESB pantau kestabilan bekalan elektrik di Labuan
Gangguan bekalan gas di pulau itu secara langsung menghentikan bekalan gas ke Stesen Janakuasa Patau-Patau milik SESB.
![[KOLUMNIS] Autoriti kawal selia elektrik kembali ke Sabah [KOLUMNIS] Autoriti kawal selia elektrik kembali ke Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704248083_TBbekalanelektrik.jpg)
[KOLUMNIS] Autoriti kawal selia elektrik kembali ke Sabah
Hari ini DUN akan mengadakan sidang khas bagi membahaskan keputusan menyerahkan kembali kuasa selia sektor bekalan elektrik kepada kerajaan negeri Sabah.
![Kurangkan gangguan elektrik, SESB sasar turunkan SAIDI hingga 100 minit Kurangkan gangguan elektrik, SESB sasar turunkan SAIDI hingga 100 minit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703762008_DatukSeriWilfredM.jpg)
Kurangkan gangguan elektrik, SESB sasar turunkan SAIDI hingga 100 minit
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menyasarkan untuk menurunkan Indeks Tempoh Gangguan Purata Sistem (SAIDI) hingga 100 minit menjelang 2030.
![Sabah sasar liputan elektrik luar bandar capai 99.9 peratus menjelang 2025 Sabah sasar liputan elektrik luar bandar capai 99.9 peratus menjelang 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-03/61551787391_TBTiangElektrik.jpg)
Sabah sasar liputan elektrik luar bandar capai 99.9 peratus menjelang 2025
Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah menyasarkan liputan program Bekalan Elektrik Luar Bandar di negeri itu mencapai 99.9 peratus menjelang akhir 2025, persidangan DUN Sabah diberitahu hari ini.
![Imbuhan kepada pemberi maklumat curi elektrik, usik meter Imbuhan kepada pemberi maklumat curi elektrik, usik meter](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615455692_ElectricWiring.jpg)
Imbuhan kepada pemberi maklumat curi elektrik, usik meter
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan memberi imbuhan kepada pemberi maklumat kes kecurian elektrik dan usikan pepasangan meter dalam usaha mengekang jenayah itu daripada terus berleluasa.
![AIM dan SESB bekerjasama baik pulih rumah peserta - Lajim AIM dan SESB bekerjasama baik pulih rumah peserta - Lajim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81604978600_TBLAJIMUKINx.jpg)
AIM dan SESB bekerjasama baik pulih rumah peserta - Lajim
AIM dan SESB akan turut berkerjasama dalam beberapa program lain, seperti menyediakan peruntukan untuk pendawaian kepada rumah B40 yang berdaftar dengan eKasih.
![Tiada pemotongan bekalan elektrik walau tertunggak 6 bulan - Menteri Tiada pemotongan bekalan elektrik walau tertunggak 6 bulan - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/51593417481_TNB.jpg)
Tiada pemotongan bekalan elektrik walau tertunggak 6 bulan - Menteri
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata arahan itu berkuat kuasa pada 1 Januari hingga 31 Mac 2021.
![COVID-19: Elektrik tidak dipotong jika lewat bayar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19: Elektrik tidak dipotong jika lewat bayar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51521455049_SHAMSULANUARNASARAH.jpg)
COVID-19: Elektrik tidak dipotong jika lewat bayar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
TNB dan Sabah Electricity Sdn Bhd telah bersetuju untuk memberi kelonggaran ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
![Guru wanita mati ditikam perompak di Sabah Guru wanita mati ditikam perompak di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/41368089482_295x200.jpg)
Guru wanita mati ditikam perompak di Sabah
Seorang guru sekolah rendah ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di bahagian kepala dan badan di sebuah rumah berhampiran kuarters Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Kundasang, Ranau, pagi tadi.
Jangan pasang bahan kempen pada infrastruktur elektrik - SESB
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) meminta semua parti politik yang bertanding agar tidak memasang bahan kempen berhampiran tiang elektrik.