Kurang kefahaman agama di kalangan masyarakat Melayu menjadi punca berlakunya bantahan penduduk di Taman Medan berhubung isu lambang salib yang dipasang pada gereja di tempat mereka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, apa yang berlaku itu adalah satu sikap tidak betul di mana masyarakat di tempat itu cuba mengambil tindakan sendiri.
Katanya, apa yang berlaku di Taman Medan merupakan satu perkara yang tidak sihat dan ia tidak seharusnya berlaku di negara ini.
"Mereka tidak sepatutnya mengadakan bantahan seperti itu dan pemimpin masyarakat di kawasan tersebut harus memainkan peranan dengan menjadi perantara dalam meleraikan kekusutan yang berlaku.
"Mereka boleh mengadakan perbincangan dan tidak perlu terjerit-jerit sebaliknya mereka harus memahami kehidupan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini," katanya ketika dipetik portal The Rakyat Post di sini hari ini.
Low berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada satu forum yang dianjurkan oleh Transparency International pada Jumaat.
Beliau berkata, semua rakyat Malaysia perlu menerima kepelbagaian dan perbezaan agama di negara ini.
Katanya, tidak kira apa sahaja fahaman ataupun pegangan agama, masyarakat di negara ini perlu menghormati apa yang terkandung di dalam perlembagaan khusus yang menyentuh tentang agama.
Low menambah, rakyat Malaysia perlu memberi tumpuan kepada isu-isu lebih besar daripada melibatkan diri dengan perkara-perkara tidak masuk akal seperti apa yang berlaku di Taman Medan.
Pada Ahad lalu, kira-kira 50 orang berkumpul di luar gereja baru itu yang terletak di sebuah rumah kedai, menuntut salib yang dilekatkan di rumah ibadat berkenaan diturunkan.
Penunjuk perasaan dilaporkan berkata, kewujudan salib di kawasan majoriti Melayu Islam itu merupakan satu cabaran kepada agama Islam dan boleh menjejaskan akidah anak muda.
Salib berkenaan kemudiannya diturunkan beberapa jam selepas protes itu.
Astro Awani
Fri Apr 24 2015

PAUL: Kurang fahami agama lain punca protes di Taman Medan - Gambar fail

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Polis Singapura tahan lelaki tempatan serang paderi
Siasatan awal mendapati suspek yang berusia 22 tahun merupakan jemaah tetap gereja dan didakwa menyerang paderi selepas upacara gereja.

Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.

Nigeria: Sekurang-kurangnya 10 maut dalam insiden rempuhan di gereja
Pengagihan barangan bantuan menjelang sambutan Krismas bertukar menjadi huru-hara pada pagi Sabtu di Gereja Katolik Holy Trinity di Maitama.

PM New Zealand mohon maaf atas penganiayaan di pusat penjagaan
Permohonan maaf rasmi itu dibuat selepas pendedahan bahawa ribuan orang yang berada di bawah pusat penjagaan telah didera di negara itu.

Paderi mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Seorang paderi mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki di sebuah gereja.

SUV rempuh parkir gereja: 'Tiada unsur sabotaj, henti spekulasi' - Polis
Insiden sebuah SUV yang hilang kawalan sebelum terbabas dalam kawasan parkir Gereja St Ignatius, Petaling Jaya tidak melibatkan unsur sabotaj atau khianat.

Seorang maut dalam serangan bersenjata ke atas gereja di Istanbul
Dua penyerang bertopeng dipercayai mengambil bahagian dalam upacara keagamaan di gereja itu.

Krismas berbeza buat penduduk Palestin, sepi dan suram
Gereja-gereja di Bethlehem memutuskan untuk mengekalkan ritual keagamaan dan membatalkan perayaan lain untuk musim Krismas.

Hampir 2,000 penganut Kristian hadir ke Cathedral of St John rai Krismas
Penganut Kristian yang hadir diingatkan untuk sentiasa bersyukur dan mengingati rakyat di Palestin yang sedang menderita.

Gereja Ortodoks Baitulmaqdis kecam serangan Israel ke atas gereja di Gaza
Pihak gereja Orthodox Patriarchate of Jerusalem mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas perkarangan gerejanya di Gaza pada Khamis malam.