GOMBAK: Seorang suri rumah yang berbuka puasa dengan martabak terpaksa mengeluarkan semula makanan dikunyah apabila ketulan disangka daging sebenarnya sebatang paku.
Noor Syarina Azhar, 29, berkata, dia berasa aneh apabila 'daging' yang dikunyah kira-kira 10 minit itu itu tidak hancur.
Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia sedang berbuka puasa bersama anaknya pada Khamis.
"Pada mulanya saya rasa ada sesuatu yang aneh tetapi menyangkakan ia cebisan daging keras.
"Semakin lama dikunyah, bentuk 'daging' tersebut semakin pendek, jadi saya ingatkan cebisan jari kaki ayam.
"Selepas 10 minit saya kunyah dan keluarkan dari mulut barulah saya nampak paku itu," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Noor Syarina berkata dia turut memeriksa kuah kari martabak yang dihidangkan namun tiada benda asing yang dikesan dalam kuah tersebut.
Dia juga memuat naik luahan berkenaan kejadian tersebut di Facebook dan hantaran tersebut menerima banyak kecaman daripada warganet yang kesal dengan penjual martabak tersebut.
Tambah Noor Syarina, dia turut berpesan kepada suaminya supaya memaklumkan kepada penjual untuk berhati-hati ketika menyediakan makanan kepada pelanggan.
"Kita tidak tahu jika kejadian tersebut disengajakan atau tidak tetapi saya masih hairan macam mana paku tersebut boleh ada dalam martabak itu," katanya.
Berita asal: Kunyah 'daging' tak lumat, rupanya paku dalam martabak
Sinar Harian
Fri Apr 16 2021
![Kunyah 'daging' tak lumat, rupanya paku dalam martabak Kunyah 'daging' tak lumat, rupanya paku dalam martabak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51618611680_MurtabakPaku.jpg)
Noor Syarina menjumpai sebatang paku dalam martabak yang dijamah yang disangkakan jari kaki ayam. Hantaran Syarina dalam Facebook berkenaan paku yang ditemui dalam martabak yang dia jamah. -Sinar Harian
![AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024 AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733218742_AirAsiaflight.jpg)
AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.
![48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM 48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739371731_RusminiKuAhmad.jpg)
48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM
Menerusi program intervensi itu, guru-guru membantu murid Tahun Satu yang masih belum boleh membaca sehingga mereka mampu membaca, menulis dan mengira.
![Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739394985_Botnelayan.jpg)
Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang
Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5.35 petang, bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat.
![Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710219915_BazarRamadan.jpg)
Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berniaga secara haram di 244 bazar Ramadan di Selangor.
![MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739364988_Masis.jpg)
MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.
![MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714149308_TBMohdKhalidHarun.jpg)
MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.
![Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738552691_TBbanjir.jpg)
Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.
![Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739361007_NikNazmiPameranT.jpg)
Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
![Kunyah 'daging' tak lumat, rupanya paku dalam martabak Kunyah 'daging' tak lumat, rupanya paku dalam martabak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51618611680_MurtabakPaku.jpg)
Kunyah 'daging' tak lumat, rupanya paku dalam martabak
Kunyah 'daging' tak lumat, rupanya paku dalam martabak