Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, hari ini dipersembahkan dengan kunci simbolik kota Bangkok oleh Gabenor Sukhumbhand Paribatra.
"Beta amat berbesar hati menerima kunci simbolik kota Bangkok ini susulan lawatan negara kali kedua beta ke Thailand sebagai Yang di-Pertuan Agong.
"Beta mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Gabenor Bangkok atas penghormatan diberikan kepada beta dan juga kepada Malaysia," titah Tuanku Abdul Halim dalam ucapan baginda selepas menerima kunci itu.
Turut berangkat ke upacara yang berlangsung di Bilik Chao Phraya, Hotel Mandarin Oriental di sini ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah, Putera Mahkota Thailand Putera Maha Vajiralongkorn dan Puteri Maha Chakri Sirindhorn.
Persembahan kunci itu adalah istiadat sambutan simbolik untuk setiap ketua negara yang melawat Thailand.
Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah tiba di sini hari ini untuk lawatan negara selama tiga hari ke Thailand.
Yang di-Pertuan Agong berharap lawatan baginda berdua akan memperkukuhkan lagi hubungan antara Thailand dan Malaysia.
Pasangan diraja itu dijadual menghadap Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej dan Permaisuri Sirikit di Istana Klai Kangwon di Hua Hin di sini petang ini.