Kumpulan terakhir Malaysian Battalion 850-5 (Malbatt 850-5) tiba di tanah air hari ini selepas menamatkan misi pengaman selama setahun di Lubnan.
Kumpulan seramai 192 pegawai dan anggota itu tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini pada 5.40 petang dan disambut Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
Kontinjen Malbatt 850-5 yang keseluruhannya dianggotai 850 anggota memulakan misi United Nations Interim Force in Lebanon pada 20 September 2017 dan menamatkan perkhidmatan pada Isnin lepas (24 September).
Kumpulan pertama, kedua dan ketiga telah kembali ke tanah air secara berperingkat bermula 7 September lepas.
Menurut kenyataan Unit Komunikasi Strategik Kementerian Pertahanan, kontinjen Malbatt 850-5 mempamerkan disiplin dan mutu kerja cemerlang serta membuktikan keupayaan sebagai Angkatan Tentera Malaysia.
"Kontinjen ini berjaya mengekalkan reputasi baik selaku pasukan pengaman yang disegani masyarakat setempat dan antarabangsa," kata kenyataan yang dikeluarkan pada Majlis Sambutan Kepulangan Kumpulan Malbatt 850-5 di sini.
Kontinjen Malbatt 850-5 dengan rasminya telah menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada Malbatt 850-6 yang diketuai Kol Azhan Md Othman, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 28 2018
Sebahagian 192 pegawai dan anggota dari kumpulan terakhir Malaysian Battalion 850-5 (MALBATT 850-5) mengibarkan bendera United Nations sebaik tiba di tanah air pada jam 5.40 petang di Pangkalan Udara TUDM Subang, pada Jumaat. - Bernama
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Laporan pertama akan dibawa ke DUN Sarawak
Laporan Pertama Ombudsman Sarawak dijangka dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun hadapan sejurus urusan penyediaan sistemnya selesai.
Tuntutan satu pertiga kerusi parlimen mesti ikut MA63 - Kelvin
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menyokong tuntutan satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen yang dibuat oleh Sarawak dan Sabah. Namun harus dibuat berdasarkan apa yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
Kerajaan negeri menyambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Kabinet tidak bincang isu Majlis Profesor Negara - Fahmi
Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu berkaitan Majlis Profesor Negara (MPN) selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji sem
Kemuncak Monsun Timur Laut hujung Nov, taburan hujan tinggi
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan hujan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Lelaki maut maut di Hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam satu insiden tembakan di kawasan parkir kenderaan sebuah hotel di Bintulu pada lewat malam Khamis.
Pantau Agenda Reformasi: IPSOS: Rasuah kekal jadi kerisauan utama rakyat Malaysia
Isu rasuah kekal menjadi kebimbangan utama di Malaysia, diikuti oleh pengangguran dan kemiskinan. Sementara, kerisauan utama pada peringkat global ialah kadar inflasi, jenayah dan tahap kemiskinan.
Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan
Salah satu letusan itu amat kuat, menghamburkan debu setinggi 11 kilometer.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
GPM Malaysia kutuk serangan Israel, zahirkan solidariti kepada pasukan Malbatt
Serangan itu bukan sahaja menjejaskan keselamatan anggota pasukan pengaman malah mengancam kestabilan serta keamanan di rantau tersebut.
[TERKINI] Empat anggota pengaman UNIFIL Malaysia cedera dalam serangan Israel di Lubnan
Serangan berkenaan menyasarkan sebuah kereta sewaktu ia mendekati pos pemeriksaan.
EU terkejut dengan serangan udara terbaharu Israel di selatan, timur Lubnan
Pesawat tempur Israel pada awal pagi Khamis melancarkan beberapa siri serangan udara di seluruh Lubnan.
Jepun amat bimbang keadaan di Lubnan, seru gencatan senjata
Jepun mengecam sebarang ancaman terhadap keselamatan dan keamanan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL).
Konflik Lubnan: Kerajaan sedia pelan evakuasi jika PBB putuskan MALBATT berundur
Sebarang keputusan untuk berundur atau sebaliknya memerlukan mandat PBB kerana pasukan UNIFIL di bawah panji-panji PBB.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
'Jangan lupa, Israel dibentuk melalui PBB' - Presiden Perancis ingatkan Netanyahu
Kenyataan Macron itu dikongsikan oleh seorang individu yang bercakap kepada agensi berita Perancis, AFP, dan meminta agar tidak dinamakan.
72 petugas perubatan, pesakit terbunuh di Lubnan sejak 17 September - WHO
Sejak 1 Oktober, Israel telah melancarkan operasi darat terhadap kumpulan Hizbullah di selatan Lubnan sambil meneruskan serangan udara.
Jerman kecam tembakan terhadap pos UNIFIL di Lubnan
Jerman sedang menunggu penjelasan penuh dengan segera dan telah berhubung dengan pihak Israel mengenai isu itu.