BALIK PULAU: Menjelang Tahun Baharu Cina, kuih bakul atau 'Nian Gao' yang melambangkan tuah dan kemakmuran terus mendapat permintaan tinggi khususnya yang dibuat dengan kaedah tradisional.
Seorang suri rumah Lee Li Yong, 53, yang tinggal di rumah tepi gunung di Jalan Tun Sardon berkata, beliau mewarisi kaedah tradisional membuat kuih bakul daripada neneknya.
"Saya mula belajar ketika sekolah rendah lagi dengan membalut daun pisang pada tin silinder dan selepas hampir 10 tahun baru saya dibenarkan untuk menguruskan setiap proses menghasilkan kuih bakul," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.
Lee berkata, beliau telah membuat kuih bakul selama lebih 30 tahun dan permintaan pada musim perayaan Tahun Baharu Cina ini amat tinggi.
Beliau berkata, sebelum ini, keluarganya menggunakan batu pengisar secara manual untuk mengisar beras pulut bagi menghasilkan tepung, yang disifatkan proses paling sukar dalam pembuatan kuih bakul.
"Oleh kerana itu, saya memutuskan untuk membeli mesin yang boleh membantu menjadikan proses itu lebih mudah untuk kami dan dapat menghasilkan lebih banyak kuih bakul, supaya kami dapat menjualnya," katanya.
Lee berkata, kebanyakan proses membuat kuih bakul masih secara tradisional seperti menggunakan kayu api untuk memasak secara perlahan dan mengukusnya serta menggunakan daun pisang untuk membungkus kuih bakul.
"Ia adalah proses yang panjang dan perlahan, tetapi kami mahu mengekalkan rasa tradisional dalam kuih bakul kami supaya semua orang dapat menikmati kuih bakul ini yang disediakan oleh tiga generasi terakhir," tambahnya.
Lee yang dibantu oleh ibunya Chen Ah Moy, 78, dan anaknya Tan Zheng Ying, 24, serta saudara-mara dapat menghasilkan hingga 400 kuih bakul pelbagai saiz dalam sehari dan menjualnya pada harga RM4 hingga RM10 bergantung kepada saiz kuih dan lokasi jualan.
"Kami mengagihkan tugas-tugas seperti membelah kayu api, melayur daun pisang di atas api, membuat adunan kuih daripada tepung pulut, air dan gula serta mengisi dalam tin silinder dan mengukus kuih bakul hingga 14 jam," katanya.
Menurut masyarakat Tionghua moden hari ini, bunyi perkataan Nian Gao dalam Mandarin hampir sama dengan perkataan yang bermakna tahun yang lebih tinggi terutama dari aspek pendapatan.
Kepercayaan itu menggalakkan semua penghuni rumah menghidangkan kuih bakul kepada tetamu selain mengamalkan pembuatan kuih bakul sendiri sebagai menghormati adat resam dan tradisi masyarakat Tionghua.
Sementara itu di PADANG BESAR, Perlis, Chaing Chai, 66, meneruskan perniagaan keluarganya menjual kuih bakul bagi melengkapkan sambutan Tahun Baharu Cina.
Chaing berkata, beliau belajar membuat kuih bakul daripada mendiang ibunya Wong Fung apabila sering membantu menyediakan juadah tradisional itu di dapur sejak berusia 10 tahun, sekali gus perniagaannya itu mengimbau kembali nostalgia bersama mendiang ibunya.
"Bagi saya tidak lengkap sambutan Tahun Baharu Cina tanpa kuih bakul yang menjadi hidangan wajib setiap tahun, sepertimana masyarakat Melayu yang perlu ada rendang dan ketupat untuk hidangan pada pagi raya," katanya ketika ditemui di pekan Kaki Bukit hari ini.
Chaing berkata, membuat kuih bakul memerlukan kesabaran kerana proses mengukus mengambil masa kira-kira 10 hingga 12 jam dan kuih bakul yang dimasak sempurna dapat disimpan lama hampir dua tahun serta tidak cepat rosak.
"Untuk mendapatkan aroma dan bau wangi, kuih bakul perlu dimasak menggunakan kayu api," kata anak jati pekan Kaki Bukit itu yang menghasilkan sebanyak dua tan kuih bakul setiap tahun untuk dipasarkan di Perlis dan Kedah. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 18 2023

Kuih bakul atau 'Nian Gao' yang sangat masyhur dalam kalangan masyarakat Cina melambangkan tuah dan kemakmuran. - Gambar BERNAMA

Ringgit terus catat kenaikan pada sesi pembukaan selepas cecah paras tertinggi hampir tiga minggu
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4140/4225 daripada 4.4165/4200 pada Jumaat lepas.

TIC sasar 50,000 pelancong Indonesia ke Kelantan tahun ini
Menerusi promosi dibuat MyBHA, ia telah menjadikan Kelantan sebagai antara tempat pelancongan baharu kepada rakyat Indonesia.
AWANI Pagi: Revolusi pengurusan aset strategik - Pendekatan berasaskan data dan AI
Diskusi pagi Isnin bersama Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor ,(Penjanaan dan Prasarana) & Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) membincangkan mengenai apa itu pengurusan aset strategik dalam kontek penggunaan data dan kecerdasan buatan (AI).

Seorang remaja maut, dua selamat dalam kemalangan di Machang
JBPM Kelantan menerima panggilan kecemasan pada 3.34 pagi dan enam anggota daripada BBP Ketereh telah bergegas ke lokasi kejadian.

Skuad takraw Bihar 2025 buat simulasi awal Ramadan
Bekas tekong negara itu mahu pemain menggandakan usaha dalam membentuk kekuatan mental dan fizikal dalam baki sesi latihan.
FBMKLCI: Merosot 3.12 peratus, aliran keluar pelabur asing berterusan
FBMKLCI mencatat pulangan 13.02 peratus pada 2024, tetapi setakat 21 Februari 2025, indeks ini turun sebanyak negatif -3.12 peratus Kita juga melihat aliran keluar pelabur asing yang berterusan, dengan jumlah mencecah MYR10.9 bilion sejak Oktober 2024. Walaupun Ringgit semakin kukuh kepada 4.41 per USD dan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus pada 2024 dengan inflasi kekal rendah, pasaran saham masih menunjukkan kelemahan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Februari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama GeeGee Ahmad & Farhan Hakimi
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu

Pengurusan dana awam, kes buli antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Jamaludin ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan setiap peruntukan dana awam yang diumumkan dalam belanjawan tidak diseleweng.
Ringgit dijangka cecah paras sokongan 4.36 minggu ini
Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika minggu ini, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Kuih bakul halal resipi asli dikukus 16 jam
Nur Farrah Diba Azhar bertuah kerana ibunya berketurunan Cina dan semua kuih yang dihasilkannya adalah halal berdasarkan resipi tradisional.

Kuih bakul tradisional mendapat permintaan tinggi sempena Tahun Baharu Cina
Sambutan Tahun Baharu Cina tidak lengkap tanpa kuih bakul atau 'Nian Gao'.

Kuih bakul ubat kerinduan kepada mendiang ibu
Dengan membuat kuih bakul, Chang dapat melepaskan kerinduan terhadap ibunya yang meninggal dunia 10 tahun lepas.

Tahun Baharu Cina: Gadis Melayu OKU terima tempahan 4,000 biji kuih bakul
Kuih bakul hasil air tangan Haziqah Nurul Huda Harun, 20, istimewa kerana pembuatannya dipelajari daripada sahabatnya, yang berasal dari Beijing.

Kuih bakul diproses secara tradisional dapat permintaan tinggi
Penghasilan kuih bakul secara tradisional mendapat permintaan tinggi daripada masyarakat Cina untuk dijadikan hidangan wajib menjelang sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Kuih Bakul jana sumber pendapatan tambahan
B.Balamurali turut mendapat sumber pendapatan tambahan sempena Tahun Baru Cina dengan mengambil kesempatan mengusahakan kuih bakul.