Antaranya, data internet tidak mencukupi sehingga perlu selalu ditambah, atau ‘topup’.
Ada juga yang mengambil pelan yang mahal sehingga data internet tidak digunakan sepenuhnya.
Tentu sekali ia merugikan!
Para Pelanggan selama ini pun tidak mempunyai kuasa pilihan kerana harus memilih pelan sedia ada yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi.
Itu semua akan berubah dengan pelancaran Hotlink Postpaid Flex, pelan pasca bayar seumpanya di pasaran.
Ia menggabungkan ciri-ciri terbaik dari pelan prabayar dan pascabayar dan memberikan lebih kawalan kepada pelangggan.
“Ia amat penting bagi kami untuk memberi pelanggan kebebasan untuk mengalami Internet mengikut cara mereka sendiri,” kata Ketua Prabayar Maxis, Navin Manian.
Hotlink Postpaid Flex memberi kebebasan untuk membina pelan Internet anda sendiri berdasarkan penggunaan anda.
Ia juga cara paling mudah untuk memiliki pelan pascabayar mulai dari RM30.
Antara ciri-ciri lain Hotlink Postpaid Flex adalah:
- Panggilan dan SMS tanpa had dan data berkelajuan tinggi sebanyak 1GB
- Pilihan mana-mana aplikasi tanpa had (aplikasi sosial, chat dan muzik) serendah RM5
- Pengalaman Internet berkelajuan tinggi di rangkaian 4G No. 1
Pelanggan juga boleh menikmati kemudahan menguruskan pelan mereka dalam satu bil bulanan.
Pendaftaran untuk Hotlink Postpaid Flex boleh dilakukan di peniaga Hotlink terpilih, serta semua kedai Maxis dan Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara.