Pihak Hotlink mengesahkan masalah ini, dan tidak menyatakan sebarang punca di sebaliknya.
Sebagai alternatif untuk sementara waktu, pihak Hotlink minta pengguna mendail *100# untuk menyemak kredit dan membeli pas internet mudah alih.
Hotlink memberikan jaminan akan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin dan memohon maaf atas perkara ini.
Tiada sebarang garis masa diberikan berkenaan bilakah masalah ini akan selesai sepenuhnya.