Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kebakaran itu turut membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga dan motosikal.
Katanya, kejadian berlaku sekitar jam 5.55 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah, Pasir Puteh, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pusing dan Pekan Baru ke lokasi.
"Seramai 20 orang anggota bomba terbabit dalam kerja-kerja memadam kebakaran.
"Rumah kuarters tersebut musnah terbakar sebanyak 75 peratus, bagaimanapun tidak membabitkan mangsa," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.
Beliau menambah, ketua operasi melaksanakan sizeup seterusnya mengaplikasikan konsep RECEO dengan mengarahkan anggota membuat kerja-kerja pemadaman sehingga selesai.
Katanya lagi, operasi terkawal pada jam 6.04 petang dan tamat sepenuhnya 7.31 malam.