PAPAR: Penduduk di Kimanis, sebuah kawasan dalam daerah Papar, mengambil langkah berjaga-jaga susulan kawasan itu mengalami kualiti udara tidak sihat berikutan kebakaran hutan dan belukar akibat musim kemarau pada masa ini.
Dr Mohd Ruzaini Mohd Ridhwan yang berkhidmat di sebuah klinik swasta di Kimanis berkata penduduk mengambil langkah berjaga-jaga dengan antaranya memakai pelitup muka demi menjaga kesihatan.
"Minum air masak dengan kerap dan jangan selalu keluar rumah juga kita amalkan. Pada masa kemarau dan kualiti udara tidak sihat ini kita ambil langkah berjaga-jaga, jangan kita leka. Sememangnya sukar, tetapi ini bencana alam dan kita hadapi secara bersama-sama.
"Yang penting apabila kita menyaksikan mereka (ada individu) lakukan pembakaran terbuka atau ada kejadian seumpama itu, laporkan segera kepada pihak berkuasa," katanya kepada Bernama hari ini.
Dr Mohd Ruzaini, 30, meletak harapan terhadap kerajaan, jabatan serta agensi berkaitan untuk memainkan peranan membantu penduduk antaranya memberi bekalan air dan menyebar pemberitahuan tentang kualiti udara tidak sihat supaya lebih ramai penduduk mengambil langkah berjaga-jaga.
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, Kimanis iaitu kira-kira 62 kilometer dari Kota Kinabalu mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 155 iaitu bacaan tidak sihat setakat 4 petang ini.
Peniaga bazar Ramadan, Nurul Albiya Abdullah, 43, berkata kualiti udara tidak sihat itu disedarinya dan keluarga sejak petang semalam apabila keadaan mula berjerebu serta tekak berasa gatal, namun situasi agak baik pada petang ini berbanding semalam.
"Pada mulanya ingatkan disebabkan asap peniaga memasak di bazar Ramadan, tetapi gatal tekak itu lain macam. Petang ini lebih baik daripada semalam tetapi kita masih ambil langkah berjaga-jaga. Mencabar juga Ramadan ini, tetapi kita tempuhi juga lah," katanya.
Menurut Nurul Albiya setakat ini kualiti udara tidak sihat itu tidak menjejaskan peniagaan di bazar Ramadan terbabit dengan rata-rata pengunjung dilihat memakai pelitup muka dan tidak mengambil masa yang lama untuk membeli juadah.
Penghantar makanan Grabfood Mohammad Azrul Awang Ahmad, 28, berkata kualiti udara tidak sihat dan kemarau memberi kesan kepadanya kerana tidak mampu berada terlalu lama di luar untuk menghantar makanan.
"Kita (penghantar makanan) sudah pakai pelitup muka, tetapi dulu kita boleh buat (hantar makanan) dalam dua tiga jam sekali jalan sebelum rehat, sekarang satu jam pun seksa mahu habiskan. Selepas satu jam kita rehat dulu, bagi badan sejuk dan gatal tekak hilang. Selepas itu sambung lagi, tidak boleh paksa kena berjaga-jaga untuk kesihatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024

Penduduk di Kimanis, sebuah kawasan dalam daerah Papar, mengambil langkah berjaga-jaga susulan kawasan itu mengalami kualiti udara tidak sihat berikutan kebakaran hutan dan belukar akibat musim kemarau pada masa ini. - BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kualiti udara tidak sihat: Penduduk Kimanis ambil langkah berjaga-jaga
Penduduk mengambil langkah berjaga-jaga dengan antaranya memakai pelitup muka demi menjaga kesihatan.

Jerebu semakin buruk di Indonesia, pekerja diarah bekerja dari rumah
Pelajar diarah mengikuti pembelajaran secara dalam talian apabila kualiti udara dikategori sebagai berbahaya.