Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah didakwa hari ini atas pertuduhan gagal mengisytiharkan perolehan komisyen berjumlah hampir RM1 juta tiga tahun lalu.
Ku, 58, yang kini berkhidmat di bahagian urusetia JSJ Bukit Aman, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu selepas ia dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mohd Nasir Nordin.
"Faham dan saya minta bicara," katanya yang memakai kemeja putih dan berseluar hitam.
Terdahulu, Ku kelihatan ceria dan tersenyum ketika masuk ke bilik bicara di Mahkamah Sesyen di sini.
Beliau didakwa gagal mematuhi terma notis Pendakwa Raya di bawah Seksyen 49(1) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 bertarikh 23 Dis 2013 yang mana tertuduh gagal mengisytiharkan perolehan dari komisyen berjumlah RM961,500 di dalam surat akuan bersumpahnya bertarikh 8 Jan 2014.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Blok D6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, antara 23 Dis 2013 dan 21 Jan 2014.
Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 49(3) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM1 juta, penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi menawarkan wang jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin berdasarkan penalti di bawah seksyen berkenaan.
Ku yang diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent bagaimanapun berkata jumlah itu adalah tidak wajar dan memohon jumlah jaminan yang munasabah mengambil kira beberapa faktor termasuk tertuduh langsung tidak ada kebarangkalian melarikan diri.
"Tujuan jaminan hanyalah untuk menjamin kehadiran tertuduh ke mahkamah. Tertuduh adalah warga Malaysia dan merupakan seorang penjawat awam yang telah berkhidmat selama 37 tahun dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Tertuduh juga masih lagi berkhidmat dalam PDRM di bahagian JSJ Bukit Aman. Sepanjang siasatan selama dua setengah tahun, tertuduh telah dipanggil beberapa kali dan hadir ke SPRM tanpa gagal termasuk yang terakhir pada 21 Jan (semalam)," hujahnya.
Geethan Ram berkata tertuduh juga nekad membersihkan namanya di mahkamah dan memohon mahkamah membenarkan wang jaminan RM10,000.
Hakim Mohd Nasir membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Feb depan untuk sebutan semula kes.
Bernama
Fri Jan 22 2016

Ku diiringi peguam ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini. - fotoBERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Ku Chin Wah bebas dari tuduhan gagal isytihar perolehan harta
Hakim Sohaini Alias membuat keputusan itu selepas pasukan pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Ku Chin Wah didakwa gagal isytihar perolehan komisyen hampir RM1 juta
Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah KL itu gagal mengisytiharkan perolehan dari komisyen berjumlah RM961,500 di dalam surat akuan bersumpahnya bertarikh 8 Jan 2014.

Polis keluarkan foto fit suspek kes culik bayi lelaki warga British
PDRM hari ini mengeluarkan foto fit (gambaran) suspek yang terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak British di Bangsar semalam.

Dera: Pemilik taska serah diri di IPPKL hari ini
Wanita itu menyerah diri pada 10.30 pagi setelah diarah polis untuk berbuat demikian, semalam dan ditahan reman bermula esok.

Polis yakin dapat tahan majikan suspek utama kes pembunuhan Najadi - Bakri
Polis yakin dapat menahan majikan suspek utama kes pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia (AmBank) Hussain Ahmad Najadi dengan kerjasama pihak Interpol.

Alvin dan Vivian akan serah diri di Bukit Aman - Ku Chin Wah
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata pasangan itu akan hadir bersama peguam mereka.

Tiada pengawal keselamatan ketika rumah Khairy dirompak - Polis
Hasil siasatan awal polis mendapati rumah menteri itu di Jalan Setiabistari, Bukit Damansara di sini tidak mempunyai sebarang kawalan keselamatan semasa kejadian itu.

Warga asing ditemui mati selepas sambutan tahun baru
Seorang lelaki warga Myanmar yang baru sahaja pulang dari meraikan sambutan tahun baru di ibunegara telah ditemui mati dipercayai dibunuh
Suspek kes dadah mati mengejut di lokap
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata kematian lelaki berusia 51 tahun itu disedari seorang daripada sembilan tahanan yang berada di dalam lokap itu.