KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah baik dan mempertingkatkan garis panduan perkhidmatan tren sewaan khasnya (Charter Train) demi kepentingan orang awam dan syarikat itu.
Ini susulan kontroversi penganjuran pesta hiburan sempena ulang tahun 'Pinkish Festival' di tren sewa khas yang membuat perjalanan pergi dan balik dari Stesen Kuala Lumpur ke Serendah, Khamis lepas.
Dalam kenyataan hari ini, KTMB memaklumkan, pihak penyewa berkenaan telah mematuhi syarat ditetapkan oleh pihaknya.
"KTMB telah menetapkan syarat-syarat seperti larangan merokok, alkohol, penggunaan dadah dan tidak melakukan perkara yang boleh melanggar undang-undang dan ia telah dipersetujui dan dipatuhi oleh pelanggan kami," menurut KTMB dalam satu kenyataan hari ini.
"Peranan KTMB adalah sebagai penyedia perkhidmatan di mana kami menyediakan keseluruhan tren dan koc-koc mengikut permintaan pelanggan dan aktiviti yang direncana ditentukan sendiri oleh pihak pelanggan mengikut garis panduan dan terma-terma yang telah ditetapkan,"katanya.
Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan penumpang mengadakan parti di dalam gerabak KTMB di media sosial dengan lokasinya dipercayai di Kuala Lumpur.
Dalam kenyataan sama KTMB memaklumkan ia telah memperkenalkan perkhidmatan Charter Train sejak Sept 2021 kepada syarikat atau individu yang berminat untuk membuat sewaan tren khas.
"Perkhidmatan ini mendapat sambutan menggalakkan dan pernah disewa khas oleh pihak-pihak kementerian, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat swasta dari dalam dan luar negara serta persatuan-persatuan," menurut kenyataan itu. - BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah baik dan mempertingkatkan garis panduan perkhidmatan tren sewaan khasnya (Charter Train) demi kepentingan orang awam dan syarikat itu.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

KTMB catat peningkatan penumpang semasa Thaipusam
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencatatkan peningkatan jumlah penumpang menerusi perkhidmatan KTM Komuter tanpa henti sempena Thaipusam pada 9 hingga 12 Feb lepas.

Thaipusam: Penumpang komuter Lembah Klang nikmati tambang percuma dua hari
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari sempena Thaipusam bermula 10 Feb.

KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.

Seorang maut, empat cedera dilanggar tren komuter
Seorang individu maut manakala empat lagi cedera ringan selepas dilanggar tren komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) dalam kejadian di KM 34.734 antara Teluk Pulai dan Klang pada pagi Selasa.

KTMB tawar tren tambahan sempena musim perayaan, 630 tiket disediakan sehari
KTMB menyediakan tren ETS tambahan bagi perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar dan Padang Besar ke KL Sentral sempena Tahun Baharu Cina.

KTMB sedia dua perkhidmatan tren ETS tambahan sempena Tahun Baharu Cina
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah dua perkhidmatan Elektrik Train Service (ETS) bagi perjalanan pergi dan balik antara KL Sentral dan Padang Besar sempena Tahun Baharu Cina.

Tren My Sawasdee Edisi Penang mula operasi hari ini
Pengenalan laluan baharu itu memberi peluang kepada penumpang untuk menikmati perjalanan yang selesa tanpa perlu menukar tren.

KTMB perkenal tren MySawasdee edisi Pulau Pinang mulai 29 Dis ini
Tambang sehala adalah RM45, dengan perhentian di stesen utama seperti Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Setar, Arau, dan Padang Besar.

10 set tren ETS baharu dijangka beroperasi suku pertama 2025 - Hasbi
Kerajaan telah memperoleh 10 set tren elektrik (ETS) baharu yang dijangka memulakan operasi pada suku pertama tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

Industri rel tawar kira-kira 25,000 peluang pekerjaan kepada lepasan TVET
Ahmad Zahid menggalakkan lebih ramai pelajar Maahad Tahfiz untuk menyertai bidang TVET termasuk memenuhi keperluan teknikal industri rel.