JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menghentikan sementara operasi tren antara Stesen Johor Bahru Sentral (JBS) dan Kempas Baru berkuat kuasa Selasa ini (23 Nov) hingga Mei tahun depan.
Ketua Pegawai Operasi KTMB Mohd Zain Mat Taha berkata ia berikutan pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-JBS (PLBEGJB) yang dijalankan di antara kedua-dua stesen berkenaan.
"Berikutan itu, operasi perkhidmatan tren Ekspres Selatan bagi laluan JBS-Gemas-JBS dan tren Ekspres Rakyat Timuran bagi laluan JBS-Tumpat-JBS akan mengalami perubahan.
"Bagi perkhidmatan Shuttle Tebrau antara JBS-Woodlands-JBS masih tidak beroperasi sehingga kerja-kerja pembinaan ini selesai," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mulai Selasa ini, penumpang yang membuat perjalanan menggunakan perkhidmatan tren Ekspres Selatan dan Ekspres Rakyat Timuran perlu ke Stesen Kempas Baru kerana perkhidmatan tren tamat dan bermula di stesen itu.
Menurut Mohd Zain, penumpang yang membeli tiket dari atau ke JBS serta tidak berhasrat untuk meneruskan perjalanan, pemulangan tambang penuh akan dikreditkan ke dalam KTM Wallet melalui aplikasi KTMB Mobile.
"KTMB akan bekerjasama dengan syarikat e-hailing untuk memastikan ketersediaan pengangkutan alternatif di stesen terlibat," katanya sambil menambah pengguna disarankan merancang perjalanan bagi memudahkan pergerakan dan tidak menghadapi kesukaran pada masa akan datang.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dan jadual terkini dengan menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-22671200.
PLBEGJB di sepanjang 192 kilometer merentas empat daerah iaitu, Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru telah bermula pada Dis 2016 dan dijangka siap pada Jun 2023 sekali gus melengkapkan laluan landasan berkembar di Kawasan Pantai Barat Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 20 2021
![KTMB henti operasi tren Stesen JBS - Kempas baru mulai Selasa KTMB henti operasi tren Stesen JBS - Kempas baru mulai Selasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618241795_KTMKomuter.jpg)
Mulai Selasa ini, penumpang yang membuat perjalanan menggunakan perkhidmatan tren Ekspres Selatan dan Ekspres Rakyat Timuran perlu ke Stesen Kempas Baru - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![ETS beroperasi melalui jadual baharu mulai 1 Ogos - KTMB ETS beroperasi melalui jadual baharu mulai 1 Ogos - KTMB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716650419_TBETS.jpg)
ETS beroperasi melalui jadual baharu mulai 1 Ogos - KTMB
KTMB mengumumkan perkhidmatan ETS akan beroperasi melalui jadual perjalanan baharu untuk semua laluan dengan masih mengekalkan 32 perkhidmatan sehari mulai 1 Ogos ini.
![KTMB sedia empat tren tambahan sempena Aidiladha KTMB sedia empat tren tambahan sempena Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716650419_TBETS.jpg)
KTMB sedia empat tren tambahan sempena Aidiladha
Sebanyak 9,450 tiket tren tambahan termasuk koc kelas perniagaan akan mula dijual pada 3 petang hari ini.
![Pesta dalam tren di luar pengetahuan MOT – Loke Pesta dalam tren di luar pengetahuan MOT – Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716456355_TBLoke.jpg)
Pesta dalam tren di luar pengetahuan MOT – Loke
KTMB telah memberikan penjelasan dan menyatakan akan lebih tegas dalam garis panduan dan acara yang akan diadakan di tren miliknya pada masa hadapan.
![KTMB perhalusi garis panduan tren sewaan khas KTMB perhalusi garis panduan tren sewaan khas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/41576046942_KTMB.jpg)
KTMB perhalusi garis panduan tren sewaan khas
KTMB akan tambah baik dan mempertingkatkan garis panduan perkhidmatan tren sewaan khas demi kepentingan orang awam dan syarikat itu.
![Johor cadang tambah gerabak KTMB JB Sentral - MB Johor cadang tambah gerabak KTMB JB Sentral - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715586625_OnnHafizGhazi.jpg)
Johor cadang tambah gerabak KTMB JB Sentral - MB
Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan untuk menambah bilangan gerabak Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di Johor Bahru Sentral (JB Sentral).
![LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693999863_TBFERIPENANG.jpg)
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
![Aidilfitri: Tiket ke utara, tren ELA ke Pantai Timur habis dijual - Loke Aidilfitri: Tiket ke utara, tren ELA ke Pantai Timur habis dijual - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712324599_AnthonyLoke.jpg)
Aidilfitri: Tiket ke utara, tren ELA ke Pantai Timur habis dijual - Loke
Semua tiket melibatkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) menghala ke Utara dan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) ke Pantai Timur telah habis dijual sempena sambutan Aidilfitri.
![Jualan tiket ETS KTMB Aidilfitri: Lebih 80 peratus telah dijual Jualan tiket ETS KTMB Aidilfitri: Lebih 80 peratus telah dijual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704799186_ETS.jpg)
Jualan tiket ETS KTMB Aidilfitri: Lebih 80 peratus telah dijual
Lebih 80 peratus daripada 119,880 tiket perkhidmatan ETS KTMB yang ditawarkan bagi tempoh perjalanan Aidilfitri dari 1 hingga 15 April, telah terjual setakat pagi tadi.
![Kerajaan pertimbang guna kaedah pajakan untuk aset pengangkutan - Loke Kerajaan pertimbang guna kaedah pajakan untuk aset pengangkutan - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710166722_AnthonyLoke.jpg)
Kerajaan pertimbang guna kaedah pajakan untuk aset pengangkutan - Loke
Kerajaan mempertimbangkan model baharu dengan mengguna pakai kaedah pajakan terhadap mana-mana produk, aset dan perkhidmatan pengangkutan.
![Tambang RM5 sehala tren Shuttle Tebrau untuk warganegara mulai 1 Ogos Tambang RM5 sehala tren Shuttle Tebrau untuk warganegara mulai 1 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671532551_KTMB.jpg)
Tambang RM5 sehala tren Shuttle Tebrau untuk warganegara mulai 1 Ogos
Ketika ini kadar tambang dari JB Sentral ke Woodlands adalah RM5 manakala bagi perjalanan sehala dari Woodlands ke Johor Bahru adalah SGD5.