KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KSM) berharap isu pengangguran dalam kalangan Keluarga Malaysia dapat ditangani dengan lebih berstruktur, berkesan dan menyeluruh.
Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata pihaknya telah mengarahkan PERKESO sebagai penyedia perkhidmatan pekerjaan negara untuk mengadakan lebih banyak program termasuk Insentif Penggajian JaminKerja di bawah Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja).
Sehubungan itu, beliau berkata, seramai 300,000 individu disasarkan mendapat pekerjaan menerusi insentif Penggajian JaminKerja.
“Pada tahun ini, seramai 300,000 individu dijangka mendapat pekerjaan menerusi insentif penggajian JaminKerja, dengan fokus utama diberikan kepada golongan sasar melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM2 bilion.
“Antara golongan sasar yang dimaksudkan termasuklah pekerja kehilangan pekerjaan, individu menganggur, golongan mudah terjejas termasuk warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), bekas banduan, veteran askar, Orang Asli, graduan menganggur serta wanita.
“Tumpuan turut diberikan kepada individu yang memasuki sektor kritikal seperti pelancongan bagi menyokong pemulihan dalam industri ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022, di sini pada Sabtu.
Ia dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan turut hadir Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia terdiri daripada tiga komponen utama iaitu Insentif Penggajian JaminKerja, MySTEP serta Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran dengan peruntukan RM4.8 bilion.
Mengulas lanjut, Saravanan berkata, KSM melalui agensi-agensinya sentiasa berusaha untuk meningkatkan ketersediaan dan kebolehpasaran bakat melalui pelbagai platform termasuk melalui Upskill Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri pada 2 Disember lalu.
“Upskill Malaysia ini menyediakan maklumat menyeluruh berkaitan dengan semua program latihan dan
pembangunan kemahiran untuk warganegara yang ditawarkan oleh kerajaan melalui pelbagai kementerian dan agensi.
“Platform ini membolehkan individu untuk merancang serta merekodkan pengalaman, kelayakan serta latihan profesional mereka. Selain, meneroka pelbagai pilihan latihan kemahiran dan padanan terhadap kursus yang terbaik,” ujar beliau.
Tambahnya, inisiatif tersebut yang sehingga kini disertai 18 agensi merangkumi 10 kementerian dapat menangani isu berkaitan kekurangan pekerja dalam sektor tertentu yang telah dikenal pasti oleh kerajaan.
Sehubungan itu, beliau berkata dengan pelaksanaan inisiatif JaminKerja, kerajaan yakin lebih ramai lagi Keluarga Malaysia akan dapat mengecapi peluang kerjaya yang berkualiti dan bermakna.
Hasimi Muhamad
Sat Feb 19 2022
Saravanan berkata pihaknya telah mengarahkan PERKESO sebagai penyedia perkhidmatan pekerjaan negara untuk mengadakan lebih banyak program. - Foto BERNAMA
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
KSM mahu isu pengangguran ditangani dengan lebih berstruktur
Seramai 300,000 individu disasarkan mendapat pekerjaan menerusi insentif Penggajian JaminKerja.