KUALA LUMPUR:Kementerian Sumber Manusia komited memperkasakan modal insan dan pasaran buruh semasa dengan peruntukan RM4.134 bilion yang disalurkan kepada agensi di bawah kementerian itu membabitkan program perlindungan sosial, latihan kemahiran dan insentif pengambilan pekerja.
Menterinya Datuk Seri M. Saravanan berkata daripada peruntukan itu, sejumlah RM1.5 bilion diberikan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi pelaksanaan Program Subsidi Upah 2.0.
"Insentif ini menggalakkan syarikat mengambil pekerja tempatan. Had 200 pekerja dinaikkan kepada 500 orang untuk syarikat besar di bawah sektor pelancongan dan peruncitan.
"Berbanding negara lain, kerajaan dapat mengurangkan kadar pengangguran melalui subsidi upah yang mana Perkeso membantu hampir 2.7 juta pekerja daripada hilang pekerjaan serta menyelamatkan 300,000 syarikat daripada gulung tikar," katanya pada sidang media khas berhubung Belanjawan 2021 di sini hari ini.
Beliau berkata dana yang diperuntukkan itu akan digunakan bagi mengatasi isu pengangguran, melahirkan peluang pekerjaan serta menambah kemahiran seperti ‘upskilling,’ ‘reskilling,’ ‘crosskilling’ dan ‘realskilling.’
Saravanan berkata kadar pengangguran negara yang dicatatkan sebanyak 5.3 peratus pada Mei dan turun kepada 4.7 peratus pada September adalah hasil pelaksanaan inisiatif seperti Program Subsidi Upah serta PenjanaKerjaya.
Beliau juga berkata susulan kejayaan program PenjanaKerjaya, sebanyak RM2 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan siri kedua program tersebut.
"Insentif untuk pekerja bergaji RM1,500 ke atas akan dinaikkan daripada kadar rata RM800 sebulan kepada 40 peratus daripada gaji bulanan.
"Pengambilan pekerja (yang terdiri daripada) orang kelainan upaya (OKU), penganggur jangka panjang, ibu tunggal dan pekerja yang diberhentikan, majikan akan diberikan lagi insentif tambahan sebanyak 20 peratus daripada gaji bulanan pekerja berkenaan," katanya.
Selain itu, Saravanan berkata insentif tambahan sebanyak 20 peratus daripada gaji bulanan akan ditawarkan bagi pekerja tempatan yang menggantikan pekerja asing dan kadar maksimum program latihan dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM7,000 bagi menjalani program kemahiran tinggi atau sijil profesional.
Katanya kementerian turut menerima peruntukan RM1.288 bilion bagi perbelanjaan tahunan kementerian.
-- BERNAMA
Hafizi Rosli
Thu Nov 12 2020
Kerajaan dapat kurangkan kadar pengangguran melalui subsidi upah, Perkeso bantu hampir 2.7 juta pekerja dan selamatkan 300,000 syarikat - Menteri Sumber Manusia (Datuk Seri M. Saravanan) - Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
SPRM tahan pengurus sumber manusia kemuka tuntutan palsu lebih RM200,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pengurus sumber manusia bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM200,000.
Pengusaha kantin buat tuntutan palsu insentif program Penjana didenda RM50,000
Pertuduhan pilihan dibacakan kepada tertuduh dan dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu setelah menerima tawaran pengakuan daripada pihak pendakwaan.
LIMA '23: UMT lebar kerjasama dengan enam pemain industri
UMT pada Khamis melebarkan kerjasama sempena LIMA'23 dengan meningkatkan rangkaian menerusi memorandum MoA dan MoU dengan enam pemain industri.
12 lagi ditahan SPRM kemuka tuntutan palsu Penjana Kerjaya
Penahanan suspek berusia 29 sehingga 53 tahun itu dilakukan malam Selasa secara serentak di seluruh negara.
PENJANA: 47 pengarah syarikat ditahan seleweng dana
Tangkapan ke atas 47 individu berkenaan terdiri daripada 14 wanita dan 33 lelaki dilakukan sejak petang semalam.
Ops Hire: Tekad SPRM banteras ketirisan, penyelewengan dana awam
Di bawah strategi -Pemerkasaan Penguatkuasaan Berkesan-, SPRM memberi penekanan terhadap tiga bidang utama iaitu perolehan kerajaan, sektor penguatkuasaan dan dana awam atau peruntukan khas kerajaan.
Kerajaan salur RM20.92 bilion bagi program subsidi upah - Tengku Zafrul
Program Subsidi Upah adalah untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran.
Kerajaan salur RM20.89 bilion bagi Program Subsidi Upah - Tengku Zafrul
Ia untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan dan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.
Pengarah syarikat ditahan bantu siasatan kemuka laporan palsu kepada MAFI
Lelaki berusia 32 tahun ditahan di pejabat SPRM Kedah, di sini pada pukul 11.18 pagi tadi.
Kerajaan salur RM20.147 bilion kepada 357,429 majikan melalui PSU - Tengku Zafrul
Ia bagi mengekalkan penggajian 2,951,854 pekerja tempatan dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.