KUANTAN: Seorang kru sebuah kapal tangki warga Rusia, dilaporkan hilang dikhuatiri terjatuh ke laut di perairan Tanjung Gelang, Kuantan pada Selasa jam 10.30 malam.
Mangsa yang dikenali sebagai Nerkrasov Sergey, 48 tahun, kali terakhir dilihat berada di atas kapal pada kedudukan sekitar 4.2 batu nautika barat daya Pulau Aur, Mersing dan disedari hilang pada kedudukan sekitar 1.6 batu nautika Timur Tanjung Gelang, Kuantan.
Menurut Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pahang Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh, Maritim Rescue Sub-Centre (MRSC) Kuantan telah menggerakkan bot ronda Maritim yang sedang beroperasi di sekitar lokasi untuk melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.
Kapal tangki yang berdaftar di Liberia itu dilaporkan sedang belayar dari Pasir Gudang, Johor menuju ke Pula, Croatia.
Maritim Negeri Pahang telah menyalurkan maklumat kepada MRSC Johor, aset udara Maritim Malaysia, komuniti Nelayan Tempatan dan beberapa rakan agensi bagi memberi bantuan pencarian mangsa.
Astro Awani
Wed Feb 23 2022

Mangsa yang dikenali sebagai Nerkrasov Sergey, 48 tahun, kali terakhir dilihat berada di atas kapal pada kedudukan sekitar 4.2 batu nautika barat daya Pulau Aur, Mersing. - Foto Media sosial/MarineTraffic.com

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemukan di perairan Bangladesh
Buat masa ini, mayat mangsa masih berada di Bangladesh untuk proses bedah siasat.

Kru kapal dikhuatiri lemas selepas jatuh laut
Seorang kru kapal warga Bangladesh dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, semalam.

Pencarian kru kapal jatuh laut ditamatkan
Keseluruhan keluasan pencarian adalah 159.36 batu nautika persegi iaitu di perairan Selangor berdekatan sempadan Malaysia - Indonesia.

Kru kapal kargo hilang dikenal pasti
Kelima-kelima kru kapal MV Dai Cat 06 ialah dua warganegara Indonesia dan tiga warga tempatan.

Kru kapal layar masih gagal ditemui
Sembilan pegawai dan 57 anggota dari lima agensi terlibat dalam operasi tersebut.

Mayat kru kapal jatuh sungai ditemui hampir reput
Menurut Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii, mayat mangsa ditemui sekitar jam 2.03 petang.

Kru kapal tangki warga Rusia hilang dikhuatiri jatuh laut
Seorang kru sebuah kapal tangki warga Rusia, dilaporkan hilang dikhuatiri terjatuh ke laut di perairan Tanjung Gelang, Kuantan pada Selasa jam 10.30 malam.

Maritim Perak bantu kru kapal tangki cedera ke hospital
Bot Benteng Maritim Malaysia tiba di lokasi kejadian sekitar jam 3 pagi dan terus melaksanakan pemindahan mangsa.

COVID-19: Singapura catat satu lagi kematian babitkan kru kapal Ukraine
Pada 25 Julai lelaki itu dilaporkan demam, batuk dan kelesuan sebelum mengalami sesak nafas pada 31 Julai.

Seorang maut, tiga cedera kebocoran gas ammonia
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, kapal dagang itu dari Turki dan dikenali sebagai MV Hamburg DW.