KUALA LUMPUR: Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) membuat laporan polis berhubung kes pecah amanah disyaki berlaku dalam pengendalian akaun bank badan induk itu.
Menurut kenyataan dikeluarkan KRM, kejadian pecah amanah yang belum diketahui jumlah kerugian itu disyaki dilakukan seorang daripada kakitangannya yang tidak dapat dihubungi dan dikesan.
"Kakitangan tersebut disyaki memalsukan tandatangan Presiden dan Bendahari Kehormat KRM bagi memasukkan nama beliau sebagai seorang daripada penandatangan cek.
"Dia juga kemudiannya memalsukan tandatangan untuk membuat pengeluaran-pengeluaran wang tunai daripada bank," menurut kenyataan itu.
Susulan kejadian itu, KRM akan membantu siasatan pihak polis bagi membolehkan tindakan undang-undang sewajarnya diambil.
KRM dalam pada itu tetap meneruskan aktiviti-aktiviti dirancang untuk hujung tahun ini termasuk menjadi tuan rumah Kejohanan Ragbi Asia Lelaki Bawah 19 tahun melibatkan empat pasukan di Padang Astaka, Petaling Jaya dari 14 hingga 18 Dis .
Kejohanan melibatkan pasukan dari Hong Kong, Korea Selatan, Taiwan dan Malaysia itu adalah pusingan kelayakan bagi Kejohanan Ragbi Dunia Piala Remaja 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 05 2022

Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) membuat laporan polis berhubung kes pecah amanah disyaki berlaku dalam pengendalian akaun bank badan induk itu. - foto Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM)
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

Bekas kakitangan Kesatuan Ragbi Malaysia didakwa guna 58 cek palsu lebih RM2 juta
Tertuduh mengaku tidak bersalah atas 58 tuduhan menggunakan cek palsu berjumlah lebih RM2 juta milik kesatuan itu, dua tahun lepas.

Kesatuan Ragbi Malaysia harap individu disyaki pecah amanah didakwa segera
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) berharap individu di sebalik isu pecah amanah disyaki berlaku dalam pengendalian akaun bank badan induk itu didakwa segera.

Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.

KRM buat laporan polis pecah kes amanah libatkan kakitangan
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) membuat laporan polis berhubung kes pecah amanah disyaki berlaku dalam pengendalian akaun bank badan induk itu

Pemain ragbi negara era 80-an meninggal dunia
Arena sukan ragbi negara menerima perkhabaran duka apabila bekas pemain kebangsaan Mohd Rafee Md Aris meninggal dunia pada Sabtu.

KRM tunda kejohanan domestik sehingga Jun 2021
Keputusan terpaksa dibuat kerana KRM berdepan masalah kehilangan potensi penaja utama disebabkan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.

ARC 2018: Hong Kong, Korea Selatan nantikan kejutan pasukan negara - Duke
Bintang ragbi kebangsaan menyuarakan keyakinan dengan mengambil kira persiapan lebih bertenaga pasukannya bagi menghadapi kejohanan tersebut.

Kenapa pemain naturalisasi penting untuk pasukan ragbi Malaysia?
Pemain naturalisasi yang berpengalaman dan komited memberi kesan positif kepada skuad ragbi negara.

Tiga latihan mampu ubah persembahan skuad ragbi negara
Ia membabitkan penggunaan alat peranti digital Sistem Kedudukan Global (GPS), Sportscode serta elemen sains sukan dalam sesi latihan.

Demi lencana didada, skuad Bunga Raya tidak gentar pasukan lawan
Pelbagai persiapan sedang giat dijalankan pasukan ragbi Malaysia 15s termasuklah bakal menjalani latihan di New Zealand tidak lama lagi.