Kritikan penganalisis politik berasal dari Perancis, Sophia Lemeire terhadap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) merupakan sebenarnya satu penghargaan kepadanya meskipun ia disuarakan oleh mereka yang tidak terkenal dan tiada "kelas", kata presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, Datuk Ibrahim Ali.
Dalam satu kenyataan menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS), Ibrahim berkata beliau tidak berkecil hati dengan kenyataan Lemeire yang mengatakan Perkasa tidak layak mendapatkan tempat di media malah tidak kisah sekiranya penganalisis politik itu mahu bertemu janji dengannya.
"Saya tidak terasa langsung, namanya Lemeire. Bagi saya dia ialah kucing. Saya begitu terkenal sehingga perlu membawa sampah (Lemeire) ke Malaysia.
"Kepada Lemeire, saya berharap anda bergembira di Malaysia kalau anda ingin bertemu janji dengan saya bila-bila masa saja amat dialu-alukan,” katanya ketika mengulas dakwaan Lemiere dalam satu forum bertajuk “Misplaced Democracy: State, Illegality and Political Violence” di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Lemeire dilaporkan berkata Perkasa menjadi perhatian media kerana pertubuhan itu “laku” apabila menyamakannya dengan parti politik fasis di Perancis, National Front yang membantu akhbar melariskan jualannya.
"Bagi Ibrahim, bukan sebab dia lucu atau kata-katanya betul atau salah tetapi kerana beliau banyak bercakap,” katanya merujuk kepada presiden Perkasa itu.
"Cara media pula hari ini, mahu mencari sudut berita yang glamor dan seksi, walaupun saya tidak merujuk Ibrahim seorang yang glamor dan seksi," katanya seperti dilaporkan Malaysiakini pada Rabu.
Mengulas perkara berkenaan, Ibrahim berkata sekiranya beliau pemeriksa doktor falsafah (PHD) Lemeire, beliau akan membuang tesisnya.
"Ini kerana ia (tesis) amat berat sebelah dan tidak benar. Tempatnya adalah di tandas," katanya.
Semalam, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali turut membidas Lemeire apabila menggelarkan beliau mungkin tali barut Yahudi.
Astro Awani
Fri Jan 09 2015
![Kritikan Lemiere satu penghargaan buat Perkasa - Ibrahim Ali Kritikan Lemiere satu penghargaan buat Perkasa - Ibrahim Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/81373959358_295x200.jpg)
IBRAHIBRAHIM: Bagi saya dia (Lemeire) ialah kucing. Saya begitu terkenal sehingga perlu membawa sampah (Lemeire) ke Malaysia.
!['Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley 'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723768502_JohnBeasley.jpg)
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.
![Penganjuran sukan mampu kukuhkan kerjasama keselamatan - Ab Rauf Penganjuran sukan mampu kukuhkan kerjasama keselamatan - Ab Rauf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723768689_abraufyusoh.jpg)
Penganjuran sukan mampu kukuhkan kerjasama keselamatan - Ab Rauf
Penganjuran sukan dapat memperkukuh kerjasama dalam memelihara keselamatan dan keamanan, kata Ketua Menteri Melaka.
![Sedut 'gas ketawa', Tottenham gantung pemain menjelang aksi pembukaan Sedut 'gas ketawa', Tottenham gantung pemain menjelang aksi pembukaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723768526_soccermatch.jpg)
Sedut 'gas ketawa', Tottenham gantung pemain menjelang aksi pembukaan
Pemain berusia 27 tahun itu menyifatkan tindakannya 'tidak wajar' dan memohon maaf menerusi satu video, selepas dia menyedut nitrus oksida.
AWANI Pagi: iFUTURE 2024 : Pemerkasaan mahasiswa merentas benua
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi membincangkan mengenai bagaimana usaha pemerkasaan mahasiswa yang merentasi benua digerakkan menerusi iFUTURE 2024. Diskusi bersama dua tetamu, Prof Dr. Azlinda Azman, Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi dan Syahril Ahmad Sofian, Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK). Ikuti perbincangannya, 7:30 pagi
![SUKMA 2024: Berbasikal terus jadi lubuk emas Terengganu SUKMA 2024: Berbasikal terus jadi lubuk emas Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723767551_MuhammadIqbalDanie.jpg)
SUKMA 2024: Berbasikal terus jadi lubuk emas Terengganu
Dua emas itu diperoleh daripada Muhamad Iqbal Daniel Mohd Nawawi dalam kategori individu yang pada masa sama membantu acara berpasukan.
![Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723767192_TBquranhour.jpg)
Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri
Ia membolehkan masyarakat membebaskan jiwa mereka daripada unsur kemungkaran dan mendekatkan diri kepada keadilan Islam.
![Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723767295_WalidLachkar.jpg)
Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun
Walid tampil dengan gerakan tangkas dan kemas di Dewan Wushu SSC di sini, berjaya memikat hati juri untuk menghadiahkan mata tertinggi 9.613.
!['Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar 'Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723766033_RakamanCCTVNidza.jpg)
'Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar
Abang ipar kepada Allahyarham, Muhammad Effrie Amron berkata, itu antara rakaman CCTV premis yang dikatakan diterima pihak keluarga.
Aktres veteran Gena Rowlands meninggal dunia
Aktres veteran Amerika Syarikat (AS), Gena Rowlands, yang membintangi filem box-office The Notebook dan Another Woman, meninggal dunia pada Rabu di usia 94 tahun.
Bintang Friends: Lima termasuk dua doktor dituduh penyebab kematian Matthew Perry
Lima individu termasuk dua doktor dan seorang pembantu peribadi kepada pelakon Matthew Perry didakwa membekalkan bintang 'Friends' itu dengan ketamin iaitu ubat penenang kuat yang menyebabkan kematiannya akibat terlebih dos setahun lalu.
![PRN: Putra tiada masalah guna logo PN - Ibrahim Ali PRN: Putra tiada masalah guna logo PN - Ibrahim Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/51582194316_DatukIbrahimAli.jpg)
PRN: Putra tiada masalah guna logo PN - Ibrahim Ali
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) berharap dapat bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), dan diberi peluang oleh gabungan itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
![Putra perhalusi gabungan Amanah Merdeka Rakyat Putra perhalusi gabungan Amanah Merdeka Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-06/41561277073_IBRAHIMALI.jpg)
Putra perhalusi gabungan Amanah Merdeka Rakyat
Putra menolak gabungan itu sekiranya ia turut disertai oleh parti DAP.
![Putra pertikai sidang media bersih nama Azam Baki, mahu kerajaan tubuh jawatankuasa bebas Putra pertikai sidang media bersih nama Azam Baki, mahu kerajaan tubuh jawatankuasa bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/51582194316_DatukIbrahimAli.jpg)
Putra pertikai sidang media bersih nama Azam Baki, mahu kerajaan tubuh jawatankuasa bebas
Jawatankuasa bebas ini perlu diberi hak untuk menyelongkar segala maklumat dengan semua pihak dan diberi masa tiga bulan untuk menyediakan laporan siasatan.
![PRN Melaka medan persiapan Putra ke gelanggang PRU15 - Ibrahim Ali PRN Melaka medan persiapan Putra ke gelanggang PRU15 - Ibrahim Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/51582194316_DatukIbrahimAli.jpg)
PRN Melaka medan persiapan Putra ke gelanggang PRU15 - Ibrahim Ali
Langkah PUTRA bertanding pada PRN Melaka adalah sebagai persiapan parti itu untuk menghadapi PRU15, kata Presidennya Datuk Ibrahim Ali.
![PRN Melaka: Putra umum calon bertanding di lima kerusi DUN PRN Melaka: Putra umum calon bertanding di lima kerusi DUN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/51582194316_DatukIbrahimAli.jpg)
PRN Melaka: Putra umum calon bertanding di lima kerusi DUN
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) yang membuat penampilan pertama kali dalam pilihan raya akan mempertaruhkan lima calon bagi bertanding kerusi DUN pada PRN Melaka.
![Saya mengaku terima cek peribadi daripada Najib - Ibrahim Ali Saya mengaku terima cek peribadi daripada Najib - Ibrahim Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/51582194316_DatukIbrahimAli.jpg)
"Saya mengaku terima cek peribadi daripada Najib" - Ibrahim Ali
Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
![Lim Guan Eng menang rayuan berhubung ganti rugi kes saman terhadap Perkasa Lim Guan Eng menang rayuan berhubung ganti rugi kes saman terhadap Perkasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81614321384_TBLimGuanEngjpg.jpg)
Lim Guan Eng menang rayuan berhubung ganti rugi kes saman terhadap Perkasa
Mahkamah membenarkan kos RM50,000 diberikan kepada Lim, yang merupakan Setiausaha Agung DAP dan juga bekas Menteri Kewangan.
![17 individu fail saman terhadap kilang cemar Sungai Gong 17 individu fail saman terhadap kilang cemar Sungai Gong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41599572100_SungaiGong.jpg)
17 individu fail saman terhadap kilang cemar Sungai Gong
Tuntutan saman itu difailkan peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, yang mewakili 17 individu.
![Pas, UMNO tidak tamak untuk jadi PM - Tuan Ibrahim Pas, UMNO tidak tamak untuk jadi PM - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71593854621_TBTuanIbrahimTuanMa.jpg)
Pas, UMNO tidak tamak untuk jadi PM - Tuan Ibrahim
PAS menafikan Muafakat Nasional tidak mempunyai calon berkelayakan untuk diangkat sebagai Perdana Menteri kerana menyokong pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
![Sokong Muhyiddin bukti Muafakat Nasional tidak ada tokoh layak jadi PM? - Ibrahim Ali Sokong Muhyiddin bukti Muafakat Nasional tidak ada tokoh layak jadi PM? - Ibrahim Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/51582194316_DatukIbrahimAli.jpg)
Sokong Muhyiddin bukti Muafakat Nasional tidak ada tokoh layak jadi PM? - Ibrahim Ali
Parti Putra Malaysia (Putra) akan mengumumkan calon perdana meteri apabila parlimen dibubarkan.