Situasi memuncak selepas serangan dron ke atas dua kilang minyak Aramco dilancar pada 14 September lepas.
Susulan serangan itu, Arab Saudi menggantung sementara pengeluaran minyak di dua loji berkenaan.
BACA: Arab Saudi dakwa serangan fasiliti minyak Aramco ditaja Iran
Penghasilan minyak di loji milik Saudi Aramco itu mungkin akan kembali normal dalam tempoh beberapa bulan lagi.
Terbaharu, kumpulan pemberontak Houthi Yaman kini mengugut untuk menyerang Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
BACA: Dituduh taja serangan fasiliti minyak, Iran bidas dakwaan Arab Saudi
Jurucakap pemberontak Houthi, Yahia Sarie dalam satu sidang media berkata mereka sedia untuk menyerang berpuluh-puluh sasaran di UAE.