PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius dapatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menerima 106,764 alamat protokol Internet (IP) berdaftar di negara ini, yang disyaki berkongsi kandungan lucah golongan kanak-kanak di Internet, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Rina berkata jumlah tersebut direkodkan sejak 2017 hingga Ogos lepas.
"Angka amat membimbangkan dan kempen ini kami jalankan untuk beri kefahaman juga kepada kanak-kanak.
"KPWKM melihat trend ini sebagai perkembangan tidak sihat terutamanya melibatkan golongan vulnerable memandangkan pendedahan kepada bahan pornografi kanak-kanak mendorong kepada ketagihan seks yang akhirnya boleh membawa kepada perlakuan seksual yang lain," katanya.
Rina berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-Kanak di sini hari ini.
Bagi mengekang perkara itu, beliau berkata KPWKM melaksanakan kempen itu sebagai satu daripada inisiatif dalam membantu dan membimbing kanak-kanak, ibu bapa serta komuniti untuk berhadapan dengan cabaran jenayah siber pada masa kini.
Katanya, terdapat lima objektif utama pelaksanaan kempen itu antaranya meningkatkan kefahaman kanak-kanak terhadap penggunaan media sosial secara bijak dan selamat, memberi pendedahan tentang bahaya media sosial yang tidak dikawal serta memberi kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat berhubung penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak.
Berkongsi statistik kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak, Rina berkata sejak Januari hingga Jun lepas, PDRM menerima 47 kes rogol berkumpulan, 95 kes (seks luar tabii), 127 kes (sumbang mahram), 438 kes (cabul) dan 641 kes melibatkan jenayah rogol.
Beliau berkata KPWKM melaksanakan pelbagai usaha antaranya menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Bersepadu Pengurusan Isu-isu Sosial Kanak-Kanak di media sosial pada 15 Jun 2021, memperkasakan perkhidmatan kaunseling di 108 Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah serta memperkasakan peranan komuniti dengan melantik 299 Pembantu Pelindung di Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Katanya, KPWKM juga akan menganjurkan Persidangan Kanak-Kanak kali pertama selama dua hari mulai esok, yang akan dihadiri Majlis Perwakilan Kanak-Kanak (MPKK) dari seluruh negara bagi mewakil suara kanak-kanak di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 04 2022
Rina berkata jumlah tersebut direkodkan sejak 2017 hingga Ogos lepas. - Gambar fail/BERNAMA
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
KPWKM pandang serius peningkatan alamat IP kongsi kandungan lucah kanak-kanak
KPWKM memandang serius dapatan PDRM yang menerima 106,764 alamat IP berdaftar di negara ini, yang disyaki berkongsi kandungan lucah golongan kanak-kanak.
'Guna Signal' - Elon Musk minta orang ramai waspada terma baharu WhatsApp
Aplikasi yang menggunakan tagline say hello to privacy' itu dijangka menjadi pesaing kepada aplikasi WhatsApp.