Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius kes perkahwinan bawah umur melibatkan budak perempuan berumur 11 tahun di Kelantan, yang tular di media sosial sejak semalam.
Kementerian itu dalam kenyataan hari ini berkata siasatan awal mendapati pendaftaran perkahwinan itu merupakan perkahwinan yang dimohon oleh pasangan dan anggota keluarga tanpa unsur paksaan dan dibuat secara sukarela.
Namun, ia menjelaskan bahawa jika seorang budak perempuan berumur bawah 16 tahun dinikahkan tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Hakim Mahkamah Syariah, ia merupakan tindakan yang menyalahi peruntukan Seksyen 40 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan.
"Semasa kenyataan ini dibuat, tiada sebarang rekod sama ada di mahkamah ataupun Pejabat Agama Gua Musang yang membenarkan perkahwinan itu," kata KPWKM.
Individu terbabit boleh dihukum denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Menurut KPWKM, Undang-undang Syariah di negeri lain juga mempunyai peruntukanyang sama mengenai umur minimum bagi perkahwinan.
Kisah perkahwinan budak perempuan berusia 11 tahun dengan seorang lelaki 41 tahun yang tersebar di media sosial sejak semalam telah mengundang reaksi banyak pihak.
KPWKM berkata siasatan awal pegawai pelindung dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan mendapati perkahwinan itu dijalankan di Golok, Thailand dan ibu bapa kanak-kanak itu juga merupakan warganegara Thailand.
"Persetujuan antara ibu bapa budak itu dan suaminya adalah supaya budak itu hanya tinggal bersama suami setelah dia mencapai umur 16 tahun," kata KPWKM.
Dalam pada itu, KPWKM berkata bagi meneliti dan menangani isu perkahwinan bawah umur, Majlis Kebangsaan Kanak-Kanak menubuhkan satu pasukan petugas terdiri daripada agensi kerajaan yang berkaitan, ahli akademik dan aktivis kanak-kanak.
Antara perkara yang dicadangkan ialah mensyaratkan penyediaan dua jenis laporan iaitu laporan kesihatan oleh doktor perubatan (psikologi) dan laporan sosial oleh pegawai pelindung untuk mendapatkan kelulusan perkahwinan bawah umur.
Laporan itu mungkin dapat membantu hakim syarie (untuk kes orang Islam) serta ketua adat dan ketua menteri/menteri nesar/menteri Wilayah Persekutuan (untuk kes orang bukan Islam) membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum memberi kelulusan.
"KPWKM mengambil pendirian bahawa budak itu perlu diberi peluang untuk mengembangkan potensi mereka sepenuhnya," katanya.
Perkahwinan bawah umur akan memberi cabaran yang meliputi tekanan daripada segi fizikal dan mental yang merangkumi pelbagai aspek seperti kesihatan, pendidikan, dan kewangan terhadap seorang kanak-kanak.
"Membenarkan kanak-kanak berkahwin tanpa asas yang kukuh bermakna meletakkan beban dan tanggungjawab berat sebagai suami isteri atau ibu bapa atas bahu mereka.
"Jika mereka belum bersedia dengan tanggungjawab berat ini, dikhuatiri ia membuka lebih ruang berlaku perceraian pada usia muda dan masalah sosial yang lain," kata KPWKM.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 30 2018

Sejak semalam, telah tular berita perkahwinan bawah umur melibatkan budak perempuan berumur 11 tahun di Kelantan. - Sinar harian/Media sosial

PM Anwar seru umat Islam perkukuh ibadah dan takwa di bulan Ramadan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.

Dua lelaki melecur dalam kebakaran bengkel di Klang
Dua lelaki melecur dalam kebakaran membabitkan sebuah bengkel kenderaan di Jalan Sungai Puloh 5, Kawasan Perindustrian Sungai Puloh di Kapar, Klang hari ini.
AWANI Borneo [1/3/2025] – Kebakaran | Sambut ramadan di PPS | Majlis berbuka puasa MADANI
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- 80 rumah setinggan di Likas musnah dalam kebakaran
- Mangsa banjir di Telupid dan Paitan sambut Ramadan di PPS
- Majlis Berbuka Puasa MADANI, PM rancang berbuka puasa bersama rakyat
- 80 rumah setinggan di Likas musnah dalam kebakaran
- Mangsa banjir di Telupid dan Paitan sambut Ramadan di PPS
- Majlis Berbuka Puasa MADANI, PM rancang berbuka puasa bersama rakyat

Tiada peruntukan jelas dakwa aktiviti campur beras - KPKM
Tiada peruntukan undang-undang yang jelas bagi mendakwa aktiviti mencampur beras putih import (BPI) dan beras putih tempatan (BPT).

KKM perluas aktiviti pemantauan jualan makanan di hotel sepanjang Ramadan
Ia bagi memastikan semua pihak terlibat mematuhi piawaian kebersihan dan keselamatan ditetapkan sepanjang bulan Ramadan ini.
250 acara disenarai dalam Kalendar Pelancongan Sarawak 2025
Sarawak menyenaraikan sekurang-kurangnya 250 acara di dalam kalendar pelancongannya bagi tahun 2025 demi mencapai sasaran ketibaan lima juta pengunjung pada tahun ini.
Rina Jainal serah kepada pimpinan GRS tentukan calon di DUN Kukusan
ADUN Kukusan, Datuk Rina Jainal menyerahkan kepada pucuk pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk memilih calon bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke17 (PRN17).
Ketua masyarakat diseru kuasai teknologi AII
Ketua masyarakat di kawasan Petra Jaya akan dilengkapkan dengan ilmu kecerdasan buatan (AI) dalam memastikan mereka kekal relevan dan tidak ketinggalan dari sudut teknologi.

Rancangan tender semula helikopter Black Hawk sedang dilaksanakan
Rancangan untuk membuat tender semula bagi helikopter Black Hawk untuk kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat di masa hadapan sedang dilaksanakan.
JIM Sabah akan pantau peniaga warga asing di bazar Ramadan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah akan memantau kehadiran warga asing yang mengambil kesempatan menyalah gunakan pas berniaga di bazar bazar Ramadan sekitar negeri itu.

Rogol kekasih, Ronaldo diarah jalani khidmat masyarakat 240 jam
Seorang pelajar kolej diarah menjalani hukuman khidmat masyarakat atas pertuduhan merogol teman wanitanya yang bawah umur.

Pekerja kontrak mengaku rogol gadis bawah umur tiga kali
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol seorang perempuan berusia 16 tahun di dalam sebuah bilik hotel di Medan Pengkalan Impian.

Atlet OKU didakwa rogol remaja bawah umur
Seorang atlet Orang Kurang Upaya (OKU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan merogol seorang remaja perempuan bawah umur, tahun lepas.

Pesawah didakwa 10 tuduhan rogol, liwat anak jiran
Seorang pesawah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas 10 pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga anak jirannya, bulan ini.

Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel

Lelaki dipenjara 36 tahun, 40 sebatan rogol anak saudara bawah umur
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 36 tahun dan 40 sebatan ke atas seorang lelaki atas kesalahan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak saudaranya berusia 14 tahun

Keputusan benarkan jurulatih para renang kembali bertugas tepat - MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menegaskan keputusan membenarkan jurulatih para negara yang terkait dakwaan kes salah laku seksual kembali bertugas, adalah tepat selepas melalui proses siasatan menyeluruh s

Pusat Racun Negara USM terima 111 kes keracunan akibat pendedahan rokok elektronik
Sebanyak 111 kes berhubung pendedahan keracunan berkaitan rokok elektronik dan cecairnya telah dirujuk ke pusat panggilan PRN USM sejak 2015 hingga tahun lepas.

Budaya jual vape tanpa kira umur sukarkan usaha kawal jual beli
Budaya peniaga yang menjual produk merokok, seperti rokok elektronik atau vape kepada pembeli tanpa mengira umur, menyukarkan usaha kerajaan untuk mengawal penjualan dan pembelian.

Empat pemain remaja Real Madrid ditahan, disyaki edar video seks bawah umur
Polis Sepanyol telah mengesahkan penahanan empat pemain Real Madrid atas dakwaan berhubung video seks bawah umur.