PASIR MAS: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) membuat permohonan peruntukan sebanyak RM33 juta bagi membeli barangan keperluan sebagai persediaan menghadapi gelombang kedua banjir.
Timbalan Menterinya Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata permohonan kepada Kementerian Kewangan itu dibuat berikutan bekalan di depoh simpanan termasuk di pangkalan hadapan hampir kehabisan.
Beliau berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Khas Penyelarasan Banjir yang diadakan secara maya dan dipengerusikan oleh beliau pagi semalam.
"Sekiranya permohonan itu diluluskan ia akan digunakan bagi membeli bekalan keperluan kepada mangsa banjir seperti selimut, tikar, makanan kering, lampin pakai buang dan sebagainya.
"Barangan tersebut akan ditempatkan di pangkalan hadapan di negeri-negeri berisiko termasuk Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan banjir di Kampung Tersang dan Lanchang di Rantau Panjang di sini semalam.
Mengulas lanjut, Siti Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata ketika banjir melanda Pahang baru-baru ini, pihaknya terpaksa menghantar bekalan daripada Kelantan manakala bekalan dari Kedah dihantar ke Selangor selepas kedua-dua negeri itu kehabisan bekalan.
Sementara itu, Siti Zailah berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menghadapi kekangan petugas berikutan ada dalam kalangan mereka menjadi mangsa banjir.
"Buat masa sekarang kita mempunyai kakitangan yang terhad. Sebagai contoh di Temerloh, Pahang kita ada 88 pusat pemindahan sementara (PPS) tetapi hanya ada 37 kakitangan JKM sebahagiannya juga menjadi mangsa banjir.
"Di PPS Selangor pula JKM memiliki 47 petugas yang menguruskannya namun cuma 15 orang dapat bertugas. Disebabkan masalah ini kita amat memerlukan bantuan daripada agensi lain selain sukarelawan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 27 2021

Keadaan banjir di Kg Batu Kapor, Mentakab, Pahang pada 23 Dis lalu. Masih banyak rumah yang ditenggelami air sehingga paras bumbung. -- Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.

Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.

Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.

Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.

Mesyuarat Khas Parlimen: Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar
Ia termasuk memaksa syarikat terlibat membayar ganti rugi kepada mangsa yang mengalami kerosakan harta benda dan kerugian.

Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ada yang memilih untuk melaksanakan umrah berbanding mengutamakan nyawa rakyat.

Tidak boleh beri laluan mudah pengeluaran KWSP, tapi tambah peruntukan - Anwar
Cadangan Anwar pertimbang bantuan tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 lagi kepada individu yang terkesan.

Impak banjir: Keluaran ekonomi dianggar berkurang antara RM4 bilion - RM8 bilion
Unjuran pertumbuhan KDNK negara kekal antara tiga hingga empat peratus.

Tiga cabaran utama perlu ditambah baik segera bagi pengurusan bencana - PM
Pengurusan bencana negara sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan.

Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM
Peruntukan itu bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.