MELAKA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengguna pakai had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan pada kadar RM1,169 bagi penyaluran bantuan membabitkan golongan miskin tegar yang masih tinggi.
Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata KPWKM sebelum ini mengguna pakai had PGK purata pendapatan isi rumah sebanyak RM980 sebelum meningkatkannya kepada RM1,169 berdasarkan kajian dilakukan Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2019.
"Setakat ini, kita kekal menggunakan had PGK Makanan itu," katanya kepada pemberita selepas program penyampaian surat tawaran bantuan kebajikan kepada klien Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Cheng di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKM Fatimah Zuraidah Salleh yang menjalankan tugas Ketua Pengarah JKM dan Pengarah JKM Melaka Burhanuddin Bachik.
Rina berkata demikian bagi menjelaskan kekeliruan beberapa pihak terutama pemohon bantuan berhubung penggunaan had PGK bagi melayakkan mereka mendapatkan bantuan di bawah KPWKM.
Dalam pada itu, Rina berkata JKM Melaka telah menyalurkan bantuan hampir RM94 juta kepada 24,838 penerima di Melaka dalam tempoh Januari hingga September tahun ini berbanding RM90.27 juta melibatkan 24,913 penerima pada tahun lepas.
"Bantuan yang disalurkan melibatkan Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Warga Emas, Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (OKU), Elaun OKU Tidak Berupaya Bekerja, Bantuan Am Negeri, Geran Pelancaran dan bantuan alat tiruan atau sokongan.
"Selain bantuan kewangan dan psikososial, kita juga melihat keperluan lain yang diperlukan seperti membantu anak penerima mendapatkan pekerjaan menerusi kerjasama antara kementerian dan agensi lain," katanya.
Menurut beliau golongan OKU disaran segera berdaftar di bawah JKM bagi membolehkan mereka mendapat kad OKU sekali gus menerima 32 faedah yang disediakan kerajaan bagi membantu dan meringankan beban mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 19 2021
Rina menyampaikan surat kelulusan bantuan kanak-kanak berjumlah RM300 sebulan kepada penerima bantuan Narriman Husin, 56, (tengah) ketika melakukan lawatan ke rumah beliau di Jalan Cheng Lama hari ini. - Foto BERNAMA
Semua mangsa nahas pesawat Jeju Air berjaya dikenal pasti
Daripada jumlah mangsa yang ditemukan, 103 diserahkan kepada keluarga masing-masing, manakala selebihnya ditempatkan di bilik mayat sebelum dihantar kepada waris.
SynBorneo Sustainable Farm cipta persekitaran biodiversiti lestari
SynBorneo Sustainable Farm di Lahad Datu telah menghasilkan transformasi amalan pertanian di Sabah dengan pendekatan pertanian sintropik sejak tahun 2023.
Kedudukan Sarawak di garis khatulistiwa jadi lokasi strategik
Kedudukan Sarawak yang terletak di garis khatulistiwa menjadikannya lokasi strategik untuk projek Aeroangkasa.
Bedah siasat mangsa maut dilakukan Isnin depan
Pihak Polis masih menjalankan siasatan berhubung insiden rumah runtuh Jalan Stampin Baru, di Kuching yang menyebabkan kematian seorang lelaki awal pagi Sabtu.
Zaidatul optimis KOM mampu selesaikan isu rekod kebangsaan tidak diiktiraf
Ratu pecut negara Zaidatul Husniah Zulkifli optimis Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mampu menyelesaikan isu rekod kebangsaan diciptanya yang masih belum mendapat pengiktirafan Olahraga Dunia (WA).
Operasi mangsa jatuh tongkang ditangguh ekoran cuaca buruk
Operasi carilamat seorang warga emas yang terjatuh ke laut dari sebuah tongkang, Linau 27 di Perairan Muara Rejang memasuki hari ke-empat.
Amaran ribut petir di 9 negeri termasuk Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak.
Bersama pertahan semangat setiakawan, harmoni pelbagai kaum
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyeru semua pihak mempertahankan keharmonian dan semangat setiakawan di negeri ini yang menjadi teladan perpaduan di Malaysia.
Pengampunan Najib: Bersolidariti ikut musim sangat memualkan - Khaled
Khaled berkata, UMNO tidak akan berhenti berjuang mendapatkan keadilan terhadap Najib, dan akan dilakukan mengikut lunas perundangan.
Konsol mudah alih Atari Gamestation Go akan dilancarkan di CES
Gamestation Go juga mempunyai dua port USB-C dan port HDMI, serta mungkin hadir dengan 200 permainan klasik Atari secara terbina.
Mangsa banjir di Johor dan Kelantan meningkat malam ini
Jumlah mangsa banjir di Johor dan Kelantan, masing-masing menyaksikan peningkatan setakat 8 malam ini.
Majoriti kanak-kanak GISB di perak telah dituntut keluarga - Exco
Sebahagian besar daripada 55 kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Perak telah dituntut ahli keluarga masing-masing.
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
1,580 jurulatih SST, AST digerakkan bantu emosi, akademik pelajar di PPS
KPM menggerakkan 1,580 jurulatih utama SST dan AST di PPS bagi membantu pelajar yang terjejas akibat banjir dari aspek emosi dan akademik.
GISB: 130 kanak-kanak masih belum dituntut oleh ibu bapa - Nancy
Seramai 130 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan dengan GISB masih belum dituntut ibu bapa mereka.
Depoh simpanan keperluan bencana JKM di Kelantan akan ditambah baik - Nancy
Depoh simpanan keperluan bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kelantan akan ditambah baik dari semasa ke semasa.
Pemerkasaan OKU langkah penting ke arah masyarakat inklusif
Setiap individu, tanpa mengira kekurangan fizikal, mental atau deria, perlu diberikan peluang lebih besar untuk menjadi pemimpin dalam pelbagai sektor.
Jumlah mangsa banjir terus berkurang malam ini
Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Melaka dan Pahang terus berkurang setakat 8 malam ini.
Keadaan banjir di enam negeri beransur pulih
Bagaimanapun, bilangan mangsa di Pahang sedikit meningkat menjadikan jumlah keseluruhan mangsa di tujuh negeri berkurang kepada 57,980 orang.